Turkey 2019 : Itinerary & Budget Perbelanjaan Ke Turkey | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : Itinerary & Budget Perbelanjaan Ke Turkey

/
29 Comments
October 31, 2019
TRIP TURKEY 2019 : ITINERARY & BUDGET PERBELANJAAN KE TURKEY. Alhamdulillah selesai juga akhirnya perkongsian pengalaman perjalanan aku ke Turkey. Lama betul rasa nak siapkan sebab mood pun ada pasang surut nak menaip. Aku ke Turkey bersama Juara Travel & Tours jadi kali ni tak jalan sendiri. Semua diuruskan dengan baik dan layanan super tip top from A to Z memang puas hati sangat. Kalau korang malas nak rancang perjalanan sendiri boleh consider untuk pergi dengan Juara. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan perjalanan kami selama berada di Turkey. Untuk budget, aku senaraikan yang penting saja bukan segalanya. Harga barang-barang yang dibeli dan gambaran harga souvenirs semua aku dah kongsikan dalam entries lepas. Terlalu banyak kalau nak aku senaraikan jadi aku hanya pilih few things yang selalu ditanya. Perkongsian ini hanya untuk bagi gambaran saja bukan niat negatif sebaliknya. Tak suruh ikut bulat-bulat tak kata inilah yang terbaik dan sebagainya. Buat timbang tara dan judgement sendiri. Yang baik bolehlah korang cedok dan yang mana tak sesuai jangan ikut.


BUDGET DAN PERBELANJAAN DI TURKEY

Tukaran mata wang :
TL1.00 : RM0.78
USD1.00 : RM4.03

Package ke Turkey bersama Juara Travel & Tours April 2019 :
RM4679.00

Tukar USD100.00 :
RM403.00

Hot Air Balloon Ride di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
USD230.00 Credit Card (RM926.09 approx)

Whirling Dervishes di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
TL200.00 Cash (RM156.00) *deduct dari duit belanja

Duit belanja (Shopping)
TL1800.00 (RM1404.00)

RM4679.00 + RM403.00 + RM926.09 + RM1404.00 
RM7412.09 approx

Baca : ITINERARY PERJALANAN 9M 7H DAN BUDGET PERBELANJAAN DI TURKEY

Disebabkan aku pergi dengan travel agency, jadi kena bayar mahal sikitlah untuk package. Dah dibawa berjalan makan minum disediakan tempat tidur mewah jadi kenalah bayar untuk semua services yang diberikan. Boleh jimat banyak kalau pergi sendiri tapi kena atur baik-baik perjalanan dan sebagainya. Kedua-dua cara pun ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Aku memang bawa duit belanja untuk beli souvenirs untuk family members dan kawan-kawan rapat. Wajiblah dah berjalan jadi kita bawa balik kenangan sikit untuk diorang yang tak dapat ikut. Banyak jugalah aku belanja tapi untuk keluarga aku tak akan berkira dan tak akan aku pertikaikan. Ada rezeki kita kongsi sama-sama. Kalau ada duit banyak memang semua aku bawa berjalan sekali. Aku bawa duit untuk aktiviti wajib juga seperti Hot Air Balloon Ride di Cappadocia. Dari awal memang dah asingkan jadi kat sana tak adalah lari budget. Memang dah sedia maklum harga akan mahal sampai sana tak terkejut sangat. Rancanglah perbelanjaan korang baik-baik sebab kita berjalan ni tak mahulah stress kalau tak cukup duit atau tiba-tiba kena keluarkan belanja dah jenuh nak cari kat mana. Asingkan juga wang kecemasan dan simpan jangan kacau. Activekan juga Debit atau Credit Card senang nak swipe bila perlu - biasalah perempuan kalau shopping semua nak beli bukan ingat duit dah kurang. Kenalah cari jalan lain nak membeli. Apa-apa pun.. soal budget ni kena tanya selera masing-masing. Ada orang pandai sangat manage perbelanjaan jadi memang tip top dapat berjimat. Aku ni tak berapa pandai sangat sebab jenis boros. Tapi ikut kemampuan jugalah - kalau tak ada budget nak boros pun tak boleh. Apa yang ada sajalah.. You know yourself better dari orang lain so you are free to plan your trip the way you want it to be.


ITINERARY 9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS

Aku pergi dengan travel agency jadi perjalanan dah ditetapkan dan aku rasa kalau pergi dengan travel agency mana-mana pun lebih kurang saja itinerary yang dah dirancang. Mungkin kalau berbeza pun beberapa tempat mengikut kesesuaian musim.

Day 1
17042019
Wed

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul

  • Berkumpul di KLIA pada pukul 06:00AM
  • Penerbangan ke Muscat, Oman menaiki Oman Air pada pukul 09:30AM
  • Kuala Lumpur - Muscat (07 jam 10 minit)
  • Transit di Muscat selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul
  • Muscat - Istanbul (05 jam 30 minit)
  • Tiba di Istanbul disambut oleh Ali
  • Check-in Ramada Encore Hotel Istanbul

Day 2
18042019
Thurs

Dari Istanbul ke Bursa

  • Lawatan sekitar Istanbul - Hippodrome, Blue Mosque, Topkapi Palace dan Hagia Sophia
  • Meneruskan perjalanan ke Bursa 
  • Istanbul - Bursa (175KM / 02 jam 30 minit)
  • Shopping Turkish Delight di Munira Bursa
  • Check-in Ramada Nilufer Hotel Bursa

Day 3
19042019
Fri

Dari Bursa ke Kusadasi

  • Lawatan sekitar Bursa - Ulu Mosque, Silk Market (dibatalkan kerana jalan ditutup sempena aktiviti berbasikal kebangsaan)
  • Green Mosque dan Bursa Silk House
  • Meneruskan perjalanan ke Kusadasi
  • Bursa - Kusadasi (181KM / 02 jam 45 minit)
  • Isa Bey Mosque
  • Temple of Artemis
  • Sekitar Kusadasi - free and easy
  • Souvenirs shopping - Baklava etc
  • Check-in Carina Hotel Kusadasi

Day 4
20042019
Sat


Dari Kusadasi ke Pamukkale

  • Lawatan sekitar Kusadasi - Leather Factory, Ephesus Ancient City
  • Meneruskan perjalanan ke Pamukkale
  • Kusadasi - Pamukkale (191KM / 03 jam)
  • Lawatan di Pamukkale - Hierapolis Ancient City Ruins - Cotton Castle
  • Check-in Pamukkale Triopolis Hotel

Day 5
21042019
Sun

Dari Pamukkale ke Cappadocia

  • Perjalanan ke Cappadocia melalui Konya
  • Pamukkale - Konya (150KM / 02 jam)
  • Lawatan di Konya - Mevlana Museum, Sultanhani Caravanserai
  • Meneruskan perjalanan ke Cappadocia
  • Konya - Cappadocia (225KM / 03 jam 45 minit)
  • Check-in Tassaray Hotel Cappadocia (2 malam)

Day 6
22042019
Mon

Cappadocia

  • Lawatan sekitar Cappadocia - Goreme Open Air Museum, Turkish Turquoise Store, Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill dan Pottery In Avanos
  • Aktiviti malam (optional) - Whirling Dervishes

Day 7
23042019
Tues

Cappadocia ke Bolu

  • Aktiviti awal pagi (optional) - Hot Air Balloon Ride
  • Meneruskan perjalanan ke Bolu - kami bersepakat untuk tidak ke Ataturk Mausoleum di Ankara
  • Cappadocia - Bolu (500KM / 06 jam)
  • Bolu - free and easy (shopping)
  • Check-in Hampton by Hilton Bolu

Day 8
24042019
Wed

Dari Bolu ke Istanbul

  • Bolu - Istanbul (290KM / 03 jam)
  • Lawatan sekitar Istanbul - Bosphorus Cruise, Grand Bazaar
  • Tukar itinerary - rancangan asal adalah ke Suleymaniye Mosque dan Ayub Al Ansari Mosque
  • Itinerary baru - Emirgan Park
  • Bergerak ke Istanbul Airport

Day 9
25042019
Thurs

Istanbul - Muscat - Kuala Lumpur

  • Penerbangan pulang awal pagi ke Muscat, Oman
  • Transit dua jam di Muscat
  • Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur



Alhamdulillah selesai. Satu pengalaman manis untuk dijadikan kenangan. Aku dah senaraikan cerita-cerita berkaitan sepanjang berada di Turkey buat rujukan. Rasanya semua dah dikongsikan yang mana patut. Mana baik rasa korang rasa sesuai boleh jadikan panduan. Yang tak okay tak sesuai buang jauh. After all, it is your journey jadi rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin supaya berbaloi setiap langkah menapak dan setiap sen yang telah dibelanjakan. Aku doakan semoga murah rezeki semua untuk terjah meneroka bumiNya. Stay safe dan happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

29 comments:

  1. Wah... menarik... iti full & lengkap sekali dengan budget.. boleh buat rujukan ni di masa akan datang.. tq ya.. 😊

    ReplyDelete
  2. Antara negara yang EM mau pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti rezeki EM pulak kesana..
      lepas Covid ni boleh rancang =)

      Delete
  3. Melancong ikut kehendak dan kesesuaian serta jumlah duit yang hendak dibelanjakan. Asalkan gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ikutla budget yang kita ada.
      kalau ada duit extra happy sikit sebab semua boleh beli ehhe..

      Delete
  4. Thanks for sharing! Boleh refer post ni kalau nak pergi Turkey after this virus gone nanti!

    ReplyDelete
  5. Bestnya Turki. Nak pi juga nanti. Harap wabak cepat berakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. pengalaman yang best.
      insyallah lepas Covid boleh rancang kesana =)

      Delete
  6. turki salah satu negara yang kak ana nak pergi sangat. moga ada rezeki dpt ke sana. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah Kak Ana.. semoga dimurahkan rezeki untuk kesana =)

      Delete
  7. Bestnya. Istanbul tu teringin nak pergi sebab cantik sangat.
    Nak pergi kena menabung awal2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kena menabong supaya kita jalan senang hati =)

      Delete
  8. Turki is awesome!! Kalau ada rezeki nak pegi jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki kesana nanti oookay =)

      Delete
  9. I wish will be there 🌹🌹

    ReplyDelete
  10. memang mahal tapi berbaloi bila baca perkongsian ct sepanjang kat turki tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal bila dah involve aktiviti2 bebayar. kalo memang sighseeing je boleh cut down budget sangat2. cuma entrance tempat2 tertentu kena juga bayar dah alang2 sampai.

      Delete
  11. Sempena PKP ni boleh la baca buat isi masa lapang. Kena menabung betul2 ni kalau nak ke Turki. Nantilah lepas habis corona baru boleh sembang travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. currency diorang kecik dr kita tapi tulaaa benda2 mahal juga especially aktiviti2 disana. so kena ada jugala duit extra kalau nak enjoy betul2 puas hati.

      Delete
  12. Mil mama patut go turkey April ni tapi terpaksaa lah Di postpone. Xsesuai wktu skrg nk pi jln

    ReplyDelete
    Replies
    1. better sangatla cancel sebab dengar citer kat Turkey sebelum lockdown pun da rumit sangat tapisan di airport. insyallah ada rezeki boleh pergi =)

      Delete
  13. In sya Allah dah berangan lama nak ke Turki tapi nampak gayanya macam lama lagi nak kena menabung sebab priority dah jadi lain selepas covid19 ni. Thanks Siti cerita in detail pasal trip Turki ni. Banyak boleh jadikan panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. rasanya lepas Covid ni ekonomi mungkin terganggu sikit kan. priority da ke tempat lain. xpela berjalan ni rezeki extra Tuhan kasi. kita kena utamakan perkara lain yang lebih penting.

      Delete
  14. Pakai pakej lagi berbaloi.. Lebih kurang 8 ribu dah dapat macam2 ye siti.. nice sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi dari segi keselesaan perjalanan makan minum penginapan semua. tapi kalau bab bab lain kalo pergi sendiri jimat banyak juga..

      Delete
  15. Baru berangan nak pergi bulan sept ni nak pergi musim buah tapi dah wabak covid ni nampak gaya anjak tahun depanlah. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ape kak.. nanti2 da clear semua boleh pergi jalan dengan tenang takyah risau apa2 dah. kita duduk rumah menabong dulu okay..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.