April 2020 | SITI.YANG.MENAIP

Photobook Hokkaido Dan Kansai Dari Pixajoy Akhirnya Siap Juga | Dah hampir dua tahun setengah balik dari Jepun baru sekarang dapat siapkan Photobook 2017 Hokkaido Kansai Japan. Dari tahun lepas edit sikit-sikit akhirnya complete juga. Tak rajin sangat sebenarnya nak duduk mengadap gambar-gambar yang nak dipilih masuk buku itu yang bercinta rasa. Tapi semangat kadang-kadang berkobar tinggi nak siapkan. Hahaha.. macam ada love hate relationship jugalah sepanjang process nak siapkan. Next buku tak tahulah bila pula nak siap. Tak decide lagi nak buat yang mana. Aku tak pernah guna service lain selain dari service Pixajoy. First time buat aku rasa senang jadi terus sajalah buat Photobook yang lain dengan Pixajoy juga. Usually aku akan susun dulu gambar-gambar dan beli voucher kemudian. Baru-baru ni tengok ada discount terus aku beli dan print buku.

Bila rasa rindu boleh belek-belek balik. Cuci mata..



Sikitlah aku kongsi content Photobook aku yang terbaru ni..
Kalau korang berminat nak buat buku juga bolehlah jenguk Pixajoy..
Tak !! Not sponsored pun.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Senang Rupanya Nak Masak Udang Butter




Pergi kedai Acheh tengok ada udang besar dan harga pun tak mahal sangat. Apa lagi.. Tangkap beberapa ekor menjala disitu juga. Sejak MCO dan Ramadhan ni banyak pula aku share gambar masakan yang aku cuba. Huahua.. Cerita travel mana ? Nanti dulu letak tepi sat..

Selalu aku order Udang Butter di kedai seafood atau ikan bakar sebab tak reti buat sendiri. Rasa macam serdak telur tu susah sangat nak buat tapi rupanya senang saja. Dah rasa teringin sangat aku belajar dengan Youtube ikut step by step tengok rasa macam boleh buat. Puas hati setelah bertukang berperang di dapur dan MamiZ pun kata sedap.

First time cuba dan alhamdulillah menjadi..

Resepi Udang Butter Mudah Dan Sedap (Hidangan 8 - 10 Ekor Udang Besar) :

Udang Besar - jangan buang kulit (buang kepala tinggal sesungut)
Salut udang dengan telur dan golek dalam tepung jagung - goreng !!

Minyak masak
Butter (3 Sudu Besar)
Daun Kari 2 Tangkai
Bawang Putih 3 Ulas
Bawang Merah 1 Biji (optional)
Cili Padi (optional)
Telur kuning (4 biji - nak serdak banyak lagi banyaklah kena guna)
Garam
Gula

Cara Masak Udang Butter Yang Mudah Dan Sedap :

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan butter. Tunggu sehingga butter cair.
  2. Pukul kuning telur dan masukkan sikit demi sedikit dalam kuali sambil kacau minyak tanpa henti.
  3. Masukkan daun kari, bawang putih, bawang merah dan cili padi.
  4. Goreng semua sehingga naik bau.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Jangan goreng terlalu lama nanti telur terlebih garing dan geras.
  7. Tapis bahan-bahan yang digoreng dan tos.
  8. Tabur diatas udang yang sudah digoreng bersama tepung jagung.
  9. Siap !!
Aku letak gula sebab itu yang buat rasa bertambah kick.
Rasa macam nak buat lagilah. Nampaknya kena cari udang..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |



Alhamdulillah esok bakal bertemu lagi kita dengan Ramadhan Qareem. Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan Bloggers. Didoakan semoga kita semua diberikan kesihatan berpanjangan untuk focus dan beribadat mengejar pahala bulan ini. Tahun ini Ramadhan kita sedikit berbeza tapi tak apa.. ujian sedikit untuk manis yang berganda.

Make use of those days in Ramadhan. May Allah shower our paths with light and knowledge.. grant our prayers and accept our devotions. 

#stayathome
#kitajagakita



Aku bukan nak share recipe tapi saja nak tayang bukti seorang pemalas masak pemalas masuk dapur kini dah semakin rajin berkungfu. Berkat terperap dalam rumah sepanjang PKP. Aku minat masak-masak tapi sumpah tahap malas aku level diraja. Cuma bilaaa terbit aura rajin tuuu haaa.. terhasil jugalah macam-macam. Sepanjang PKP ni banyak juga menu baru aku try - lauk kuih dan kek. MamiZ pun kagum tengok anak dia dah semakin menjadi manusia. Hasil campak-campak bahan yang ada jadilah buat hilang kempunan. Buat sendiri boleh letak macam-macam bahan meriah jadinya. Nak kata sedap sangat tu tidaklah first time oookay aku buat Kuey Teow Kungfu sendiri tapi rasa tu luluslah nak masuk perut time lapar. Kena practice lagi biar nampak kemas dah lebih sedap.

Masuk bakul angkat sendiri.


TIPS DAN PERSEDIAAN PERSIAPAN KE NEW ZEALAND | Sebelum memulakan perjalanan tak kira kemana jua kena ada persiapan dan persediaan penting yang perlu dilakukan supaya semua urusan berjalan lancar. Kali ini aku akan kongsikan persediaan yang dilakukan sebelum trip aku dan MamiZ ke New Zealand pada bulan December 2019 yang lepas. Persediaan seperti tiket penerbangan, penginapan, aktiviti-aktiviti yang kami lakukan disana dan sebagainya. Alhamdulillah setelah beberapa tahun tunda akhirnya sampai juga rezeki kami untuk kesana. Entry kali ini akan panjang sebab aku nak membebel banyak perkara jadi tabahlah membaca kalau korang berminat. Aku akan kongsikan juga beberapa tips yang aku dapat sepanjang berada disana. Sharing session kali ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan MamiZ kesana - pengalaman peribadi kami jadi pendapat kita mungkin berbezaApa yang kita lalui tak sama dan pahit manis perjalanan pun berlainan. Buat yang sedang mencari maklumat untuk merancang perjalanan, aku harap entry ini membantu. Buang yang keruh ambil yang jernih.

NEGARA NEW ZEALAND : PULAU UTARA & PULAU SELATAN

Sebelum bercerita lebih lanjut aku nak kongsikan sikit mengenai negara New Zealand. Ada yang bertanyakan di Instagram tentang kedudukan dua buah pulau utama disana - ramai keliru tentang North Island dan South Island dan serba sedikit info mengenai New Zealand. Benda-benda basic yang nak disembangkan supaya senang nak bagi gambaran. Mari kita bincang sikit tentang kedua-dua pulau utama New Zealand - North Island dan South Island dan pulau mana lebih berbaloi untuk diterjah dan regions disana. 

New Zealand adalah sebuah negara yang terletak lebih kurang 2000KM dari Australia melintasi Laut Tasman dan lebih kurang 1000KM ke selatan kawasan Pacific Island of New Caledonia, Fiji dan Tonga. Kat sana aku jumpa ramai orang Fiji yang datang ke New Zealand. New Zealand terdiri daripada dua buah pulau utama - Kepulauan Utara (North Island) dan Kepulauan Selatan (South Island) dan dikelilingi hampir 600 buah pulau kecil. Ramai ingat Auckland adalah ibu negara sebab jumlah kepadatan penduduk paling tinggi tapi sebenarnya Wellington adalah capital of New Zealand. New Zealand telah diteroka buat pertama kalinya oleh Polynesians yang mengamalkan kepercayaan dan mengembangkan budaya gaya hidup masyarakat MaoriPolynesians ni masuk category orang-orang pre-historic sikit sebab memang primitive Oceania di Pacific Ocean. Macam dalam cerita Moana tu lebih kurang.. Kemudian, Abel Tasman - pengembara Dutch sampai pula ke New Zealand setelah meneroka Van Diemen's Land (sekarang dah jadi Tasmania - Australia) dan orang pertama yang nampak kepulauan Fiji. Tak lama lepas tu seorang wakil British pula datang dan tanda tangan perjanjian dengan puak Maori - Treaty of WaitangiMulalah era New Zealand menjadi negara colony British dan kemasukkan orang-orang British ke New Zealand. Macam biasalah.. British ni kerja jajah tempat orang lepas tu angkut orang-orang dia membiak disana dengan jayanyaHampir separuh family trees masyarakat New Zealand sekarang kalau dikaji mesti ada susur galur British. Sebab tu diorang disana macam orang putih betul - kalau tidak mana dapat kulit sebiji orang Barat kalau hanya Polynesians yang wujud di New Zealand dan sedihnya dengan kemasukan British, puak Maori pula menjadi minoritiPerubahan peradaban yang berlaku bukan makan masa setahun dua tapi berpuluh-puluh sehingga ratusan tahunNew Zealanders pun dah tak mahu mengaku datuk nenek moyang diorang asalnya dari British walau hakikatnya tak boleh ubah dah tercatat dalam sejarah. Tapi diorang tak neglect tau hakikat sebenar sejarah negara yang Maori adalah peneroka asal New Zealand. Disebabkan ini jugalah, ada banyak tempat dan bangunan disana yang dipengaruhi budaya dan peradaban British. Aku cerita sikit sudahlah kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut boleh cari sendiri. Panjang berjela pula kalau aku share semua.

Orang Maori panggil New Zealand dengan nama Aotearoa yang bermaksud - Land of The Long White Cloud dan nama ini hanya merujuk kepada North Island (Pulau Utara). Ketika awal penerokaan pembukaan New Zealandkebanyakan settlement hanya di kepulauan utara sehinggalah datangnya immigrants dari British barulah diorang label kedua-dua pulau sebagai North Island dan South Island dan kawasan di selatan pun dimajukanPada tahun 2013, barulah secara rasminya kedua-dua nama pulau diiktiraf dan both English dan Bahasa Maori diterima pakai untuk menamakan dua pulau utama di New Zealand - Te Ika-a-Māui (North Island) dan Te Waipounamu (South Island). Kiranya kalau korang hebat nak bercakap dalam Bahasa Maori, dua nama yang disenaraikan diterima pakai disana. Orang sana faham tapi berbelit lidah.. kita stick dengan bahasa yang senang faham sajalah.



NORTH ISLAND ATAU SOUTH ISLAND YANG BERBALOI UNTUK DILAWATI

Soalan yang kerap aku dapat..
Pulau mana yang lagi menarik untuk dilawati ? Ada orang yang tak punya banyak masa dan cuti untuk cover both islands jadi kena pilih salah satu saja. 

Dilemma sebenarnya bila nak jawab soalan ni sebab aku takut mempengaruhi keputusan orang lain jadi solution terbaik kena tanya selera sendiri juga. Aku memang tak boleh decide tapi boleh untuk kongsi sedikit pandangan. Kalau boleh kena cover kedua-dua pulau disana baru puas hati tapi aku faham ada yang berdepan dengan kekangan. It is oookay mana-mana pulau pun yang dipilih janji serasi dengan jiwa. Ini adalah pendapat peribadi aku - bagi aku North Island lebih meriah dengan aktiviti dan padat dengan penduduk berbanding South Island. Jadi sedikit sibuk dan tak bosan sangat tapi kalau korang pencinta alam semula jadi dan memang nak pergi cuci mata tengok permandangan, semestinya South Island adalah pilihan terbaik. Di South Island pun ada banyak aktiviti menarik sama seperti di North Island. Di North Island, permandangan tetap cantik ladang lembu dan biri-biri dikiri kanan tapi tak dapat menandingi cantiknya view di South Island siap dengan gunung yang cantik belaka. Cuma di South Island, perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain sangat lama dan memerlukan kekuatan tenaga nak memandu. Walaupun view cantik kiri kanan depan belakang tapi penat dan mengantuk. Speed limit pun slow yang amat memang cabaran jugalah waktu memandu. Keseronokan dan kepuasan di kedua-dua pulau adalah berlainan dan disinilah korang kena decide sendiri apa yang korang nak capai dari trip ke New Zealand.


Persediaan ke New Zealand :

Musim-Musim & Cuaca Di New Zealand : Met Service & Accuweather
Cuaca di New Zealand sangat unpredictable - kita boleh experience macam-macam perubahan cuaca dalam masa sehari. Boleh rujuk dua apps penting untuk sentiasa update dengan cuaca di NZ seperti Met Service - NZ National Weather Website dan Accuweather. Aku lebih suka Met Service sebab lebih tepat. Semak ramalan cuaca at least seminggu sebelum depart untuk beri gambaran keadaan disana dan bila dah sampai jadikan habit untuk semak sehari sebelum gerak ke destinasi tertentu. Awal pagi sebelum mula perjalanan pun aku akan semak lagi. Melalui Met Service, kita akan dapat macam-macam info berkaitan New Zealand selain daripada cuaca. Setakat aku gunakan Met Service, semua information yang diberikan hampir 90% tepat. Tapi ingat ya.. ini semua adalah ramalan semata untuk dijadikan panduan. Jangan bergantung harap sangat sebab soal cuaca bukan kita yang control.

Nak pergi musim apa semua itu terpulang korang kena decide sendiri. Pilihan aku adalah ketika musim bunga (Spring September - November) dan musim panas (Summer December - February). Aku prefer Spring dan Summer sebab waktu siang lebih panjang dan puas hati nak berjalan cuci mata tengok keindahan alam. Sampai tempat penginapan lewat sikit pun tak apa sebab langit masih cerah. Musim lain pun menarik juga seperti musim luruh (Autumn March - May) dan musim sejuk (Winter June - August). Pergilah musim apa sekalipun.. kita akan tetap dapat experience kecantikan New Zealand. New Zealand adalah negara empat musim dan musim-musin di New Zealand adalah sama saja seperti di Australia. Terletak di Southern Hemisphere jadi musim-musim adalah bertentang dengan negara-negara di Northern Hemisphere. Walaupun mengalami suhu empat musim, suhunya berbeza-beza mengikut negeri. Kawasan di utara selalunya lebih panas berbanding di selatan. 

Apply Visa - New Zealand Electronic Travel Authority (NZeTa)
Nak pergi New Zealand kena apply visa atau tidak ? Jawapannya iyaaa kena kena apply visa dan jatuh hukum wajib. Bermula 1st October 2019, Malaysians yang ingin masuk ke New Zealand wajib ada NZeTa. Mana nak apply ? Ada banyak platform seperti apply online menerusi website New Zealand Immigration (NZD12.00 / RM32.00 approx) atau melalui application percuma smartphone (NZD9.00 / RM25.00 approx) atau minta travel agent untuk buatkan. Setiap permohonan akan dikenakan juga bayaran tambahan International Visitor Conservation and Tourism Levy IVL (NZD35.00 / RM95.00 approx). Ini memang wajib semua kena bayar. Apply sendiri melalui application smartphone atau online adalah lebih murah berbanding minta tolong agent tapi aku malas nak isi borang application sendiri jadi aku ambil jalan mudah - aku minta agent buatkan dan dikenakan bayaran sebanyak RM160.00 seorangCarilah mana-mana travel agent yang offer perkhidmatan buat NZeTa. Tak lama pun dalam dua tiga hari dah boleh dapat jawapan. Ikutkan tak perlu print pun tapi untuk ketenangan jiwa, eloklah print satu copy bawa bersama kesana. Sama seperti ETA Australia, NZeTa juga valid selama satu tahun dari tarikh lulus permohonan untuk kemasukkan multiple entries tidak melebihi tiga bulan sekali masuk ke New Zealand.

Apply NZeTa atau beli tiket penerbangan dulu ? Apply NZeTa dulu !! Dalam apa-apa urusan pun tolonglah apply visa dulu baru beli tiket penerbangan. Bila nak apply ? Ikutlah bila pun tapi make sure ada masa untuk buat preparation. Aku apply in August untuk penerbangan December.

Tiket Penerbangan Ke New Zealand & Penerbangan Domestic
Ohooo bab-bab harga tiket memang selalu ditanya. Macam mana nak dapat harga murah ? Bila nak beli ? Jujurnya aku bukan orang terbaik untuk jawab persoalan ini. Semua bergantung pada jenis airlines yang kita nak naik. Kena rajin juga survey dan compare. Ada beberapa pilihan sama ada nak penerbangan direct atau ada transit sekejap. New Zealand ada empat airport utamaAuckland dan Wellington (North Island) Christchurch dan Queenstown (South Island)Penerbangan direct dari Kuala Lumpur adalah dengan menaiki Malaysia Airlines terus ke Auckland (North Island) saja. Range harga yang aku survey sejak dua tahun lalu adalah sekitar RM3000 - RM5000 return. Kadang-kadang aku tengok ada yang mencecah RM8000 return untuk Economy Class. Memang mahal kalau direct lagi-lagi ketika musim panas sebab tengah peak season. Kalau naik Singapore Airlines pun harga lebih kurang sama dengan Malaysia Airlines tapi boleh pilih nak ke airport mana. Ramai yang prefer naik Low Cost Airlines sebab boleh dapat harga yang murah sayangnya Air Asia dah berhentikan penerbangan ke New Zealand. Jangan risau.. kita masih boleh naik Air Asia untuk ke New Zealand cuma kena beli tiket ke Australia dan beli ticket connecting flight ke New Zealand pula. Ada banyak choices yang bersesuaian dengan budget seperti - Qantas, Air New Zealand, Virgin Australia dan Jetstar. Memang dari awal berangan ke New Zealand nak naik MAS direct sampai jadi gigih menabung. Alhamdulillah aku dapat harga tiket RM2880 return seorang ketika Matta Fair bulan August.

Masa tengok harga tengah murah, aku terus minta agent buat NZeTa.
Dapat saja kelulusan baru beli tiket.




Untuk penerbangan domestic North Island dan South Island pula terpulang pada budget masing-masing. Antara laluan domestic yang menjadi pilihan ramai adalah Auckland - Christchurch, Auckland - Queenstown dan Queenstown - Auckland. Ramai akan pilih Jetstar sebab boleh dapat harga murah dan selalu ada promo. Kalau ada extra naiklah Air New Zealand - antara airlines terbaik di dunia. Aku memang teringin nak naik Air New Zealand at least sekali untuk penerbangan domestic yang aku beli tapi harga memang mencekik. Akhirnya tetap memilih Jetstar untuk dua tiket penerbangan domestic yang aku pilih sebab ada discount untuk multiple cities : Wellington - Christchurch dan Queenstown - Auckland. Baca terms elok-elok especially jumlah luggage yang dibenarkan dan limit berat.

Tolong Beli Insurance Perjalanan
Mohon ada kesedaran yang Travel Insurance adalah sangat penting unless korang memang dari keluarga kaya raya tak kisah nak keluarkan perbelanjaan extra untuk tampung kos rawatan atau kos-kos lain yang mengejut di negara orang. Aku akan beli Travel Insurance Travel 360 Takaful tak pernah lagi cuba yang lain. Kalau korang memang kaki berjalan dalam setahun banyak kali akan fly keluar, terus beli yang untuk setahun.  Nauzubillah.. bukan kita doakan yang buruk tapi ini adalah langkah berjaga-jaga. Dulu aku pun tak hirau sangat bab ni tapi dah baca banyak pengalaman buruk yang dilalui orang lain buat aku lebih alert tentang kepentingan Travel Insurance. New Zealand adalah salah satu negara prone natural disasters - gempa bumi, tanah runtuh dan banjir adalah common disana. Kita tak tahu bila kejadian-kejadian tak diingini ini bakal terjadi maka elok kita buat persiapan sekiranya kita terperangkap dalam keadaan yang tak diduga.. kita ada back up. 

Dua minggu sebelum depart ke New Zealand kawasan Wanaka dan Queenstown banjir. Kawasan West Coast completely ditutup sebab tanah runtuh. Ramai yang kongsi tak dapat teruskan journey ke Christchurch sebab jalan ditutup jambatan runtuh dan air sungai melimpah. Kena cari alternative lain dan ada yang terpaksa beli tiket penerbangan balik yang baru. Seminggu sebelum depart ada volcano eruption pula di White Island dan sehari sebelum fly ada kebakaran hutan di Auckland. Haaa.. susah hati betul aku rasa. Inilah yang aku maksudkan.. kita tak tahu apa akan terjadi that is why kita kena prepare untuk sebarang kemungkinan. Selebihnya kita tawakal kepadaNya - semoga setiap langkah kita dijaga dan dilindungi.

Itinerary Perjalanan & Tempat-Tempat Menarik
Okay boleh mula susun itinerary. Jangan terlalu nak cover banyak kawasan sampai korang kejan masa. Aku faham kita ada perasaan nak cepat dan kalau boleh nak cover seberapa banyak tempat possible. No no nanti jatuh sakit demam lagi susah kena make sure ada masa untuk rehat. Katakanlah jarak dari A ke B adalah 45KM dan usually akan ambil masa 45min - 1jam. Jangan percaya !! Tolong tambah sekurang-kurangnya extra 30min untuk setiap satu jarak. Jalan raya di New Zealand tak sama dengan negara kita. Di airport, korang akan nampak signage 'Our Road Is Different' peringatan untuk allocate extra masa sekiranya nak buat road trip. Aku tak faham mula-mula kenapa tapi dah memang habit aku akan spare extra masa dalam itinerary jadi tak risau sangat. Bila dah drive sendiri dan lalui pengalaman tu baru faham. Jalan di NZ ada yang berbukit dan bercerun, ada banyak yang single lane dan jalan berbatu. Speed limit pun manja jadi tak boleh nak pecut. Belum lagi tambah dengan masa kita nak berhenti tepi jalan bergambar sebab setiap ceruk cantik. Semua tu perlu diambil kira jadi aku faham kenapa kerajaan NZ sendiri mengingatkan kita untuk tambah masa dalam perjalanan. Nak mula dari North Island kemudian ke South Island atau vice versa terpulang ikut keselesaan. Aku mula dari North kemudian ke South. Nak plan road trip make sure kita susun tempat-tempat menarik ikut kawasan supaya kita tak ke hulu ke hilir bercelaru. Memandu disana adalah memenatkan juga dan jarak dari satu tempat ke tempat yang lain adalah jauh. Kalau ada extra driver lagi bagus boleh ganti. Aku senaraikan semua tempat wajib pergi kata orang tapi tak semua aku terjah. Pilih yang dirasakan berbaloi saja dan kena dengan minat. Disebabkan aku pergi dengan MamiZ, sedikit terhad untuk melakukan aktiviti-aktiviti extreme. Aku pun bukan minat sangat jadi kami pilih aktiviti-aktiviti santai saja. Aku suka pergi petik buah jadi mesti nak selit juga aktiviti petik buah if possible. Alhamdulillah !! Musim panas di NZ adalah musim buah. Sepanjang trip aku hanya menggunakan Google Maps sebagai panduan dan memang ada kawasan yang berada diluar coverage. Kita boleh set sesiap laluan yang nak lalu dan download untuk digunakan kat tempat yang tak ada line. Tapi sikit sangat tempat yang tak ada line tuuu jadi jangan risau sangatlah. Tak perlu sewa GPS dari syarikat kereta sewa. Sediakan itinerary dalam bentuk hard copy dan soft copy senang untuk rujukan. Tempahan tiket entrance fee secara online pun better buat salinan sekali senang kalau diminta bukti.

Kereta Sewa Di New Zealand
Lesen memandu Malaysia diterima pakai disana. Janji jangan hulur driving license yang dah expired sudah. Di NZ kami sewa kereta dari syarikat Apex Car Rental untuk kedua-dua road trip di North Island dan South Island. Banyak options syarikat kereta sewa disana jadi ambil masa untuk banding harga dan cari kereta yang sesuai dengan keadaan kita. Baca juga satu per satu kelebihan yang kita akan dapat dan paling penting adalah coverage jika berlaku perkara yang tak diingini !! Ingat satu perkara.. rate ketika peak season memang mahal jadi tolong tempah awal. Memandangkan kami hanya berdua tak perlu nak sewa kereta yang besar cukup sekadar yang kecil dan comel saja. Setelah dibandingkan harga dengan companies lain memang rate yang ditawarkan oleh Apex adalah paling murah untuk musim panas. Aku buat booking sekitar bulan 10 - dua bulan sebelum kesana lepas dah confirm berapa hari nak sewa. Di North Island, kami sewa kereta Totoya Yaris selama 5 hari (NZD416.88 / RM1100.00 approx) pick up di Auckland City dan return di Wellington Airport. Di South Island pula kami tempah kereta Nissan Tiida selama 7 hari (NZD750.33 / RM2000.00 approx) pick up di Christchurch City dan return di Queenstown. - ini option paling murah dalam pilihan tapi rezeki dapat upgrade ke kereta baru Toyota Corolla Sedan yang harga lebih mahal tanpa perlu top up bayaran. Aku tengok harga Toyota Corolla kalau ikut tempoh yang aku nak hampir RM4000.00. Bayaran dibuat ketika nak pick up kereta tak ada bayaran deposit diperlukan (Apex) tiada bayaran bond dibuat sebab aku ambil full coverage. Bayaran dibuat menggunakan Debit Card tapi standby juga Credit Card incase kalau tak boleh sedut dari Debit Card aku. Masa pick up kereta, sila ambil gambar setiap sudut kereta kalau boleh buat video sekali. Kalau masa ambil memang dah ada calar dan rosak sikit, make sure kita alert dan simpan rekod supaya nanti tak dipersalahkan. Ada yang berkongsi pengalaman kena ambil simple driving test sebelum dapat pick up kereta di page Road To New Zealand di Facebook. Seram sejuk jadinyaaa sebab aku terbaca perkongsian itu seminggu sebelum fly. Ada juga responses from few other people yang diorang pun ada diuji. Bukan ujian memandu on the road cuma ujian bergambar tentang undang-undang jalan raya disana. Diberi beberapa peluang dan kalau tak lepas tak boleh ambil kereta. Cemas sangat !! Nayaaa kalau tak dapat kereta habis semua urusan tergendala. Alhamdulillah aku tak berdepan situasi itu dan semua urusan kereta sangatlah cepat dan mudah. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga ambil tahu serba sedikit tentang undang-undang jalan raya di NZ serta road signs yang digunakan disana. Hampir sama saja dengan negara kita tapi ada beberapa road signs yang unik. Baca sikit peraturan-peraturan jalan raya sebagai info tambahan.

Pilih Penginapan Yang Sesuai : Lodge / Motel / Hostel / AIRBNB
Soal ini korang pandai decide sendiri ikut bilangan ahli-ahli rombongan. Kalau ramai memang terbaik sewa AIRBNB. Aku decided untuk tak duduk di AIRBNB dan Hostel sebab hanya berdua dengan MamiZ. Kami pilih penginapan yang just nice ada ruang yang okay dan selesa. Pilihan personal aku - tak mahu tempat tinggal yang kena kongsi toilet dan dapur. Semua kami nak asing kami nak our own private space senang untuk solat dan memasak. Aku tak kisah sangat kalau tempat tinggal tak sediakan microwave dan kitchen utensils yang lain pun sebab memang tak guna. Yang penting ada hob sebab nak panaskan lauk dan goreng telur. Kalau tak sediakan TV pun tak apa tak sempat nak tengok pun, sampai terus nak rehat. Kalau nak semua kemudahan ada dalam bilik kena spend extra sikit. Kedua, aku akan pilih tempat tinggal yang setingkat atau at least ada dua tingkat saja. Jadi aku cenderung untuk pilih Inn, Lodge dan Motel sebab boleh park kereta terus depan pintu masuk. Kami selalu bertukar-tukar penginapan jadi tak kuasalah nak usung luggage keluar masuk kereta banyak kali. Luggage semua kami tinggal dalam kereta dan keluarkan yang perlu saja.

Harga Minyak Petrol Di New Zealand
Sama seperti di Australia, harga petrol berbeza-beza mengikut companies, tempat dan jenis petrol. Aku pernah baca ada orang sarankan sewa kenderaan yang guna Diesel sebab lagi murah berbanding RON91. Tapi majoriti kereta yang menggunakan Diesel ni kereta yang besar dan boleh memuatkan ramai passengers. Dalam situasi aku dan MamiZ, sewa kereta besar bukan satu keperluan jadi kami stick dengan kereta yang kecil saja. Bila nak sewa kereta di laman web ada disertakan details dan info mengenai kereta yang kita nak sewa. Berapa CC, tahun bila dan ciri-ciri lain yang perlu kita tahu. Dari situ aku akan plan amount yang diperlukan dan asingkan siap-siap duit khas untuk isi minyak saja. Aku buat ikut hari dan kira jarak menggunakan Google Maps dari Point A ke Point B x harga minyak per kilometerLebihkan sikit jangan asingkan cukup-cukup takut nanti ada ralat here and there.



Perkhidmatan Airport Shuttle : Super Shuttle, Ola Cab & Uber
Kami tak naik any public transport sepanjang di NZ melainkan perkhidmatan Super Shuttle dari airport ke hotel - hotel ke airport, service Ola Cab dan Uber untuk bergerak dari satu location ke location yang lain masa hari yang tak sewa kereta. Super Shuttle pun ada application juga tapi aku tak download sebab booking memang dah dibuat dari Malaysia. Senang sangat - just isi masa pick up, location, berapa luggage dan passengers. Di airport memang ada tempat khas pick up untuk Super Shuttle. Aku prefer Super Shuttle sebab kita dihantar terus sampai depan pintu hotel. Kalau naik bus masih kena menapak sebab diturunkan di stop terdekat saja. Harga berbeza mengikut location dan jumlah penumpang. Lagi ramai dalam satu group lagi murah bayaran. Bayaran boleh dibuat online atau ketika pick up. Sangat mudah !! Option lain adalah teksi dan bus.

Kami jalan-jalan di bandar menggunakan perkhidmatan Ola Cab dan Uber. Boleh download siap-siap tapi sampai sana baru boleh activate. Lepas dah beli simcard baru boleh activate sebab Ola Cab akan hantar verification code. Kena masukkan nombor Debit Card automatic potong terus tak perlu guna cash. Menariknya Ola Cab, untuk dua minggu pertama semua trip yang ditempah ada potongan harga 50% jadi sangatlah jimat. Kalau dari point A ke point B dikenakan bayaran NZD8.00 (RM21.50 approx)  bayhanyaar half saja. Dua minggu tu !! Ola Cab available di bandar-bandar besar seperti Auckland, Wellington, Christchurch dan Queenstown. Uber pun sama concept tapi aku prefer Ola Cab sebab ada discount. Uber penyelamat ketika Ola Cab susah nak dapat tapi mahal sikitlah kena bayar.

Beli Entrance Tiket Dan Aktiviti Murah New Zealand Di Klook & Bookme
Aku hanya rujuk dua websites ini - Klook dan Bookme untuk beli tiket entrance fee dengan harga yang lebih murah. Memang those yang ke NZ akan beli di Bookme - dapatlah murah sikit dari harga biasa. Nak dapat harga murah kena selalu check website ikut tarikh yang kita nak sebab very limited. Kadang-kadang hanya limited kepada dua pax saja. Siapa cepat dia dapat cepat-cepat kena beli.. Ada juga beberapa yang aku beli direct dari website rasmi macam entrance ticket ke Hobbiton Movie Set tak ada discount di Klook atau Bookme. Nak tak nak kena beli direct.. Bila nak beli tickets dari Klook atau Bookme, tolong baca terms and conditions sehabis baik especially bab refund. Tengok apa situation yang membolehkan kita dapat refund lagi-lagi bab cuaca. Sila alert dengan timing juga sebab harga yang dapat murah tu boleh redeem pada waktu-waktu tertentu saja. Contohnya.. Aku beli entrance ticket dengan harga murah ke Maori Village pukul 09:30AM jadi kena redeem pukul 09:30AM saja. Tak boleh beli ticket murah waktu pagi tapi redeem waktu petang. Kalau tertulis yang tickets adalah available sepanjang hari then no need to worry. Pukul berapa pun tak apa..


Makanan Yang Boleh & Perlu Dibawa Ke New Zealand
Bab makanan pun antara soalan yang selalu ditanya. Kita confuse boleh bawa certain food masuk ke NZ atau tak. Normal orang Malaysia mesti nak bawa makanan pergi mana pun. Aku pun macam tu juga. New Zealand mengamalkan kawalan kemasukan makanan yang ketat. Rujuk SINI - Items To Declare untuk senarai barangan yang boleh dan tak boleh dibawa masuk ke NZ. Basically hampir sama dengan Australia. Walaupun nampak macam strict, tak adalah teruk sangat. Ini undang-undang negara orang yang perlu kita patuhi. Paling senang kalau tak pasti just declare semua benda yang dibawa especially makanan. Tick semua kotak-kotak yang berkaitan dalam Arrival Form dari kantoi jenuh nak bayar denda. Aku tick semua kotak sebab memang bawa instant food dari Malaysia dan tak pasti ingredients yang digunakan dibenarkan atau tak. Kalau pihak kastam nak check, itu adalah hak dan kuasa mereka. Jangan takut kalau makanan yang dibawa dirampas setelah kita dah tick kotak-kotak yang berkaitan - kita dah terlepas dari masalah. Kita dah declare dan terpulang pada mereka nak rampas atau tak. Yang jadi masalah bila kita nak sorok makanan-makanan yang kita bawa dan tak jujur. Tiba-tiba kantoi maka siap sedialah untuk bayar denda on the spot. Nak lagi mudah boleh buat list makanan dan ingredients tapi aku tak pernah buat pun sebab malas dan setakat aku lalu kastam Australia dan New Zealand, diorang tak minta pun list makanan. But it is good untuk prepare tak ada salahnya. Tolong bawa makanan-makanan yang dibungkus dalam pek komersial yaaa.. Jangan bawa makanan yang dibungkus ikat getah. Serunding atau sambal pun sila beli yang siap dilabel cantik dan kemas.

Tolong susun makanan dibawa dalam satu luggage. Jangan sikit dalam luggage suami sikit luggage isteri dan bahagi seorang sikit dalam luggage kawan-kawan. Kalau pihak kastam nak check diorang akan tanya dulu (diorang pun tak rajin sangat nak check semua - ikut rezeki kitalah kalau kena check) makanan dalam luggage mana ? Haaa.. Kalau kita susun sepah-sepah jenuh nak kena buka semua luggage. Kita anggap sajalah luggage kita bakal dibuka (probability tinggi) jadi susun bagi kemas jangan berterabur. Diorang akan selongkar saja mana-mana items yang rasa nak check dan dah selesai diorang tolak luggage kita ketepi - pandailah sendiri susun balik. Aku nampak satu family Malaysia sama flight sama beratur tunggu turn nak lalu kastam - buka luggage terus tergolek tin sardin. Kemudian semua 3-in-1 sachets disekalikan dalam satu plastic besar (diorang tak bawa original packaging siap-siap keluarkan ada Milo Nescafe dan few others) jadi satu per satu jenis minuman pegawai tu keluarkan susun dan check. Tak tahulah pegawai kastam tanya apa tapi ada nampak juga Q&A session berlaku. Muka pegawai dah ketat habis.. Cuak !! Walaupun makanan diorang tak ada yang dirampas tapi tak bestlah bila kita sangkut dalam keadaan serabut macam tu. Bila kita susun barang elok-elok dalam luggage kita pun tolong diorang cepatkan process nak check sama-sama senang hati. Control facial expression jangan tunjuk sangat tengah cuak sangat bila dah sampai giliran tu.. Elok diorang nak check simple saja terus kena check semua. Cover sikit baca ayat-ayat apa patut hembus slowly hihihi.. Insyallah semua okay saja. Alhamdulillah walaupun aku beratur lama gilaaa tunggu giliran (paling lama dalam sejarah) tapi process check makanan yang aku bawa hanya 10 minit.


Makanan Halal Di New Zealand : Daging, Ayam Dan Restaurant Halal
Tak susah nak dapatkan bekalan makanan halal (poultry) especially di bandar-bandar besar. Kalau korang decide nak masak elok ambil tahu location kedai-kedai menjual daging halal. Rujuk SINI - Halal Guide For New Zealand untuk senarai kedai makanan halal dan info yang berkaitan. Aku rujuk website Zabihah untuk cari restaurant makanan halal disana sebab memang plan untuk makan luar juga. Tak adalah masak bekalan sepanjang masa. Ini senarai beberapa restaurants dan kedai yang menyediakan hidangan halal di New Zealand :


- Burger Fuel (serata NZ ada - request halal options)
- Nandos
- Kedai Kebab
- Uncle Man Restaurant (Auckland)
- Kuta Bali / Kampung Malaysia (Foodcourt Ponsonby Auckland)
- Chamate (Auckland)
- Pedro's House of Lamb (Auckland, Christchurch & Queenstown)
- Erik's Fish & Chips (Wanaka & Queenstown)
- Milanos Halal Pizza (Hamilton)
- Fez Kebab (Matamata)
- Cinta Malaysian Kitchen (Wellington)
- Straits Kitchen (Taihape)
- Dapur Johor (Wellington)

Brand jenama Tegel dikatakan halal - korang buat research sendiri yaaa sebab aku tak pasti sangat. Based on info yang aku dapat dari ex students yang study disana, diorang makan jenama Tegel. Aku tak beli daging sebab semua lauk pauk instant aku bawa dari Malaysia. Pergi mart beli telur dan sayur saja buat top up menu. Aku malas nak berperang di dapur prepare makanan dahlah seharian memandu jadi ambil jalan mudah hanya panaskan instant food dan goreng telur. Kalau rajin adalah sayur campur sekali. Cepat mudah dan sedap. Lepas tu boleh berehat..

Makanan Ready To Eat Sharifah Food & Ezeefood
Kami bawa periuk nasi mini senang nak masak nasi - beli beras disana. Peralatan masak pula aku hanya bawa sudu, garfu dan bekas lunchbox murah beli di Eco. Dah habis guna nak balik terus buang. Disana aku beli pisau dan pan memasak sekitar NZD15.00 - NZD20.00 dah boleh dapat non stick pan yang elok. Pan bawa balik Malaysia jangan tinggal pula. Gula dan garam pun beli disana tak kuasa aku nak usung dari Malaysia. Aku malas nak berperang di dapur sediakan makanan lagipun aku hanya berdua dengan MamiZ. Prepare instant food saja senang panaskan masak nasi goreng telur sayur campur sikit settle !! Masa plan itinerary aku dah plan siap menu yang kami akan makan. Siapkan sekali menu untuk bekalan sepanjang road trip. Nak kunyah masa memandu - best option adalah buah. Dah susun menu baru aku beli makanan instant yang nak dibawa. Favourite aku adalah Sharifah Instant Food yang memang sedap. Banyak kali dah beli Sharifah Instant Food tak mengecewakan. Kali ni ada few yang aku beli dari jenama lain juga seperti Ezeefood (order dari Shopee), pes masakan seperti sambal instant dan instant noodles.

Lunchbox RM2.10 dari ECO Shop yang sangat berbakti.

Prepare untuk lunch. Lauk instant yang dipanaskan dan sayur campur.

Contoh bekal dan masakan simple yang kami makan.

Antara bekalan yang dibawa - Sharifah Food dan Ezee Food.

Baca : SHARIFAH READY TO EAT & READY TO COOK YANG SEDAP

Gadgets : Power Bank, Extra Battery, Charger, Camera, Laptop & Drone
We need good gadgets untuk kita rakam kenangan. Walaupun aku bukan professional photographer ambil gambar pun tunggang langgang aku tetap pastikan ada kelengkapan sekurang-kurangnya ada satu yang elok. Ini untuk kepuasan diri sendiri tak wajib pun ikut koranglah nak macam mana. Aku buat list khas untuk pastikan aku ada semua kelengkapan barangan electronic untuk digunakan disana. Aku spend sikit untuk beli additional batteries untuk Gopro dan power bank baru. Untuk aku dan MamiZ, masing-masing kami ada extra power bank. Aku nak beli flash drive untuk iPhone tapi rasa malas pula dan dah lari budget jadi aku usung laptop dan external hardisk kesana. Hahaha.. first time bawa laptop masa trip.

Drone pula.. aku tak ada drone. Belum ada sebab belum rasa ada kepentingan. Aku tak tahulah perlu atau tak nak dibawa ke NZ sebab majoriti tempat-tempat yang kami pergi ada signage 'No Drone' tapi kalau korang dah ada drone bawa sajalah. No harm pun.. Kalau tak ada halangan terbangkan saja drone sebab view mesti lagi awesome kalau guna drone. Ada aku baca di certain tempat kena apply kebenaran untuk fly drone. Tapi aku tengok banyak videos on Youtube yang share footage di NZ dengan menggunakan drone. Tahla.. Aku pun tak pasti sangat - kena buat research sendiri.

Shopping Di New Zealand : Souvenirs Murah
Aku rasa NZ ni bukanlah negara yang orang suka pi untuk shopping pun. Aku allocate juga masa nak shopping tapi selit sikit sajalah mostly untuk cari souvenirs. Personally aku tak rasa excited pun nak shopping di NZ berbanding Australia. Tapi dah namanya berjalan memang akan membeli juga macam-macam. Untuk souvenirs, aku borong terus macam-macam souvenirs di DF Souvenirs Queenstown. Ada juga aku beli di few places kalau dah berkenan dan di DF Souvenirs di Queenstown adalah paling murah. Majoriti diorang jual benda yang sama saja hanya harga yang berbeza. Kalau nak beli fridge magnet yang exclusive ada nama tempat tertentu kena cari di location itu.. Senang nak jumpa. Souvenirs di NZ ni aku rasa sangat mahal berbanding di Australia walaupun currency NZ lagi kecil. Range fridge magnet yang kira quality elok pun sekitar NZD3.00 ke NZD10.00. Keychain pula ada yang dijual in bulk murah sikit dan kalau nak yang quality cantik duit pun kena sedia cantik jugalah. First time aku rasa nak catu beli souvenirs sebab mahal yang amat. Lebih rela beli chocolates dan makanan untuk dibawa balik. Souvenirs apa aku beli nanti aku kongsikan dalam entry lain.

Lain-Lain Tips & Persediaan Ke New Zealand
Ini pula adalah tips dan persediaan sampingan. Yang mana aku teringat nak selit-selit kongsikan dengan korang untuk dijadikan rujukan.

  • Nak sewa pocket wifi atau beli simcard ? Beli simcard senang dan murah. Kalau korang nak guna applications seperti Super Shuttle, Ola Cab dan Uber - kena ada nombor telefon NZ yang valid. Aku beli package NZ Travel Sim dari Vodafone New Zealand NZD59.00. Cukup digunakan untuk dua minggu disana kongsi hotspot dengan MamiZ. Bila dah sampai hotel guna wifi.
  • Jangan kutuk All Blacks !! Ini penting !! Hampir 100% New Zealanders adalah peminat All Blacks dan All Blacks is their everything. Walaupun korang bukan peminat rugby dan tak tahu menahu langsung pasal All Blacks, do not leave any negative remarks atau comments mengenai All Blacks.
  • Harga penginapan dan kereta sewa adalah mahal ketika musim Summer - Summer adalah peak season di NZ. Perbelanjaan untuk kereta sewa dan logding adalah mahal. Buat perancangan awal dan tempah semua lebih awal.
  • Sabun Taharah - Untuk samak segala perkakas dapur yang disediakan. Aku tak bawa pun sebab memang tak gunakan langsung kitchen utensils dan anything yang disediakan. Aku elak guna microwave juga semua panaskan dalam kuali yang dibeli.
  • Sunblock dan UV protection tolong jangan lupa pakai. Walaupun cuaca sejuk berangin tapi panas terik tetap terasa. Tapi aku jenis rimas pakai cream so sentiasa bertopi dan sediakan payung. Cuaca di NZ tak menentu. Raincoat pun aku beli siap di Eco. Poncho disana pun paling murah NZD3.00 / RM9.00 - benda boleh dapat RM2.00 di negara sendiri kenapa perlu membazir ?
  • Portable iron - kalau ada boleh bawa sebab ada beberapa penginapan memang tak sediakan iron. Kalau ada pun mungkin kena minta di reception.
  • Bawa bekalan toiletries yang mencukupi sesuai dengan tempoh perjalanan. Kalau gerak satu family senang bawa barang mandi kongsi semua sekali. Aku tak tuang masuk bekas baru pun terus bawa guna sampai habis kemudian buang terus. Nail clipper pun tolong bawa sebab dah pergi dua minggu mesti kuku makin panjang. Kalau tak bawa daaa kena berjalan dengan kuku macam hantu. Peringatan untuk diri sendiri juga sebab tertinggal kit - kena bayar NZD7.00 untuk beli nail clipper baru. Untuk girls.. prepare sesiap keperluan yang wajib. Tak mahulah di tempat orang kena keluar belanja extra untuk membeli keperluan yang sememangnya kita boleh stand by dari Malaysia.
  • Kalau terjumpa kawan-kawan lain dari Malaysia, jangan sombong. Paling kurang pun senyumlah. It is okay kalau diorang tak senyum balik. 
  • Aku berdua dengan MamiZ perempuan saja aku decide untuk tak singgah solat dimana-mana masjid kecuali di Wellington kena singgah untuk solat sebelum ke airport. Disebabkan aku kesana musim panas jadi siang panjang - waktu solat Zohor dan Asar pun panjang. Kelebihan ni aku pastikan kami akan check-in ke hotel paling lewat pukul 06:00PM jadi sangat sempat untuk jama'.
  • Islamophobia memang wujud dimana-mana saja !! Walaupun kita rasa dah selamat, wajib doa semoga dilindungi dan berhati-hati dimana saja. Pengalaman pertama juga berdepan dengan situasi yang tak diingini dengan tourists Russia yang freak out dengan kami bila tahu kami Muslims. Teruk betul over tak kena tempat.. Alhamdulillah tak ada apa. Aku buat tak tahu saja bila aku dengar dia macam marah merungut. Lantaklah malas campur sebab tak nak provoke.
  • Extension dan travel adapter adalah sangat penting. Kepala plug Malaysia dan New Zealand tak sama. Invest sikit untuk beli travel adapter yang berkualiti. 
  • Jangan tinggal barang-barang berharga dalam kereta. Bahaya ada dimana-mana. Ada beberapa kejadian kes pecah kereta dilaporkan tak kiralah kereta persendirian atau kereta sewa.
  • Join travel groups di Facebook - Banyak sangat tips menarik yang dikongsikan.

Semua persiapan dah dibuat !! Jom kita ke New Zealand !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |


Egg Rolls Ala Korea : Gyeran Mari Or Tamagoyaki


Kalau tengok menu makanan Korea dan Jepun mesti ada Egg Rolls dan sangat sedap. Ini adalah percubaan pertama dan aku rasa okay sangat dah bab rupa memandangkan aku first timer. Part paling susah adalah nak gulung. Nak lagi gebu kena pecah telur banyak biji pukul pun lama sikit. Baru puas hati tengok ada banyak lapisan.. Ni atas bantuan kawan juga ajar aku tolong flip telur bagi jadi elok sebab aku kekok nak buat. Kena berlatih banyak kali baru jadi elok. Kalau aku sorang buat rasanya terus jadi scrambled egg jawabnya. Kalau orang Korea dan Jepun kadang-kadang siap ada pan khas untuk buat Egg Rolls - yang bentuk empat segi tu.. Pakai non stick pan biasa pun okay dah janji tak melekat sangat nak gulung.

Bahan-bahan untuk buat Egg Rolls :
Telur (ikut suka nak banyak mana - lagi banyak biji lagi banyak gulung)
Bawang Hollang
Carrot
Cili Padi (kalau nak pedas)
Cheese (aku pakai cheddar keping saja - masa kat kuali aku carik kecil-kecil)
Susu segar (agak-agak ikut kuantiti telur - jangan cair sangat)
Garam
Black Pepper (optional)

Sedap !!Letak cheese banyak sikit sebab masing-masing hantu cheese tapi jangan letak masa dua gulungan pertama takut tembus keluar tak cantik nanti.

Selamat mencuba.





Dah lama tak join any aktiviti blog. Jom kawan-kawan semua kita memeriahkan segmen dari Aisyhah Nyais. Syarat-syarat pun sangatlah mudah.


Kalau yang pergi Jepun mesti akan beli chocolates as souvenirs bawa balik selain daripada souvenirs wajib seperti fridge magnets, keychains dan tshirts. Antara yang famous adalah Meiji Macadamia dan Bourbon Alfort (biskut coklat kapal Jepun). Few months ago RaihanF pergi Osaka dan belikan aku chocolates diatas as souvenirs. KitKat pun banyak sangat choices menarik disana tapi kena belek betul-betul tengok ingredients sebelum beli. Diorang suka sangat letak mirin (sejenis alcohol) dalam makanan. Kalau korang tak ada idea nak beli souvenirs apa untuk kawan-kawan, belilah dua jenis chocolates diatas. Meiji Macadamia sedikit mahal lebih kurang 300Yen - 500Yen (RM9.00 - RM15.00 approx) sekotak tapi Bourbon Alfort atau biskut kapal Jepun yang lebih popular boleh dibeli dengan harga paling murah sekitar 100Yen (RM3.00 approx) sekotak di kedai-kedai tertentu. Kalau dah jumpa dengan harga 100Yen tu rasanya dah murah habis. Biskut kapal usually terhad sikit pembelian kalau korang jumpa kedai jual murah. Sebab orang Jepun tau ramai suka nak borong. Maybe sekali purchase boleh beli 10 kotak saja. Tak semua kedai, sesetengah saja yang macam ni. Mana nak cari ? Seingat aku masa disana, aku banyak jumpa coklat kapal di kedai-kedai menjual snacks dan juga kedai-kedai yang menjual barangan kecantikan. Banyak kedai yang jual dan yang membezakan adalah harga saja. Kena pergi ulang beli banyak kali.. Bagi aku dedua sedap dan berkualiti nak dijadikan souvenirs tapi Meiji Macadamia lagi awesome. Majoriti kedai-kedai di Jepun memang ada jual chocolates ni jadi jangan risau nak cari dimana.

Kat Malaysia sekarang pun dah ada dijual especially di Family Mart dan big grocery stores jadi kalau teringin boleh dapatkan tak perlu susah payah ke Jepun semata nak membeli.  Aku pun dah few times beli bila rasa rindu nak merasa. Cuma harga disini sedikit mahal berbanding disana. Tapi sesekali apa salahnya..
Haluuu semua !! Korang masih okay ke tu ? Salam Movement Control Order fasa ketiga. Tak apa jangan risau jangan runsing. Aku rasa ramai dah mula redha kena berkurung dalam rumah. Fikir balik rasa normal dan jadi routine sudah. Tak apalah.. we play our part baik-baik. Paling kecil sumbangan kita kepada negara - duduk rumah. Hari tu aku share senarai KDrama yang aku nak tengok dan hampir 90% dah tengok. Kena buat senarai baru nampak gayanya marathon drama hari-hari. Nak put aside KDrama sekejap kali ni nak share pula senarai movies yang aku dah senaraikan nak tengok. Ada yang memang berlapuk dalam simpanan ada yang aku plan nak tengok secara online.

Majoriti movies yang aku dah tengok dan nak repeat balik.

Inilah masanya untuk tengok balik sequel Harry Potter. Favourite aku adalah Harry Potter & The Goblet Of Fire. Semua pun favourite tak jemu tengok.

Men In Black | Now You See Me | Fantastic Beast | Maleficent

Haaa.. ini pun nak repeat tengok. Suka MIB yang Chris Hemsworth berlakon. Series Now You See Me ada magic semua aku sukalah. Series Fantastic Beast mengubat rindu nak tengok filem dari hasil penulisan JK Rowling dan Maleficent sebab suka gila dengan scenes dalam movie ni.

Sejak Chris Pine mula berlakon series Star Trek - aku signed up jadi fan. Rasanya dah lebih 10 kali aku ulang Star Trek sampai kadang tu ada dialogues yang aku dah hafal. Tak jemu tengok.

Handsomenyaaa Captain James T. Kirk !!


Joker | Ip Man 4 | The Witcher | The 100
Shadowhunters | 6 Underground | Jack Ryan | Locke & Key

Baru lepas tengok Joker few days ago and that night susah nak tidur sebab teringat Joker punya cara gelak. Adooi !! Walaupun ramai kecam tapi aku rasa cerita Joker ni bawa message kepada masyarakat. Look at what will happen kalau kita terlalu menghukum seseorang. Asal jiwa baik saja tapi rosak sebab manusia sekeliling. Ip Man 4 yang baru tak tengok lagi. Final sequel katanya.. The Witcher pun best tapi pening betul nak faham peranan setiap watak. Cerita ni jangan tengok dengan kanak-kanak eyh.. Aku stress tengok The 100 tapi nak juga tengok sampai habis. Tension betul tak lekang dengan ujian setiap season. Comel sangat bila main leads got married in real life. Gituuu haaa.. Nak tengok balik Shadowhunters.. Best !! Watak-watak pun rasa lively tak slow sangat.

6 Underground aku dah tengok dan bukan sebab Ryan Reynolds.. tapi sebab Ben Hardy. Gosh !! British accent dia buat nampak handsome and sexy gila. Lepas tu excited tengok ada nama Dave Franco tapi kecewa.. sekejap saja dia berlakon. Huurm.. Jack Ryan obviously aku nak ulang tengok sebab Chris Pine tersayang. Tengok banyak kali tak apa..

Locke & Key belum mula tengok. Soon..

Kingsman : The Golden Circle | WU Assassins | Limitless | Snowpiercer

Kingsman saja yang dah tengok. Comel Eggsy !! Walaupun bagi aku cerita Kingsman ni agak ganas tapi jalan cerita dia awesome dan best sebab berlawan pakai suits. Cuma part yang brutal tu aku memang tutup mata. Takuttt nak tengok.. WU Assassins, Limitless dan Snowpiercer belum tengok tapi dah aim nak tengok bila tengok ada dalam senarai Netflix.

17 Again | Percy Jackson

Ohhh my Zac Efron !! Handsome !!
Ada yang kata taste movies aku macam kanak-kanak hahaha.. Biarlah !!

To All The Boys I've Loved | The Umbrella Academy

Aku layan juga films yang cheeky dan romantic ni.. Tengok pun tak stress tenang saja comel dan sweet. Ada lagi few dalam list nak tengok dan majoriti di Netflix saja. Tengah tunggu bilalah sambungan The Umbrella Academy nak keluar di Netflix. Lamaaa sangat hanging nanti terlupa dah jalan cerita. Kenalah ulang balik tengok.

Selain semua movies diatas aku dah susun few animations yang baru nak tengok dan few others yang nak repeat. Aku suka cartoons tak jemu tengok dan seronok. Jalan cerita tak heavy dan relax saja. Tak stress sangat pening kepala.


 Ada yang dah banyak kali tengok tapi still gelak kalau repeat. Tahlah..
Nak masuk 3 series dah aku ni.. tapi macam budak-budak. Suka yang ada watak animals sebab comel dan semua benda yang ridiculous dalam animations pun kita terima sebab tahu cartoon. 

Korang macam mana ? Movies apa korang layan sepanjang MCO ni ?

#StayAtHome
#KitaJagaKita






DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.