May 2020 | SITI.YANG.MENAIP


Barang baik kita kena kongsi beramai-ramai supaya nikmat terasa bersama. Kisah masa Ramadhan hari tu singgah kedai runcit beli barang ternampak pula chocolates di kaunter bayaran. Ehhh ada Cadbury baru campur dengan Chipsmore - dedua adalah favourites jadi wajiblah beli dan cuba. Patut orang cakap bahaya kaunter tu sebab ada saja benda last minute kita nak rembat sekali harung bayar terus. Tak payah cakap budak-budak, yang dewasa pun sama. Sabar jiwa tunggu waktu berbuka baru dapat cuba dan sangat puas hati sebab sedap. Aku memang minat Cadbury yang Dairy Milk ni selain daripada Black Forest dan Hazelnut. Aku juga peminat biskut Chipsmore jadi bila digabung kedua-keduanya memang meletup. Ralit makan sampai tak sedar dah habis.. Kongsi pula dengan anak-anak buah lagilah laju.

Personal review aku rasa Cadbury Dairy Milk with Chipsmore yang baru ni lagi sedap dari Cadbury Cookies & Cream. Yang Cookies & Cream aku suka juga tapi dah ada yang baru ni lupa sekejap yang lama. Come on.. Chocolates kot apa yang tak sedap kan ? Mungkin juga sebab aku suka Chipsmore jadi bias sikit.

Apa-apa pun yang nak cuba tu teruskan saja niat yang ada..
Gerenti sedap.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Haaa satu lagi segmen Hari Raya. Syarat-syarat semua mudah juga senang hati nak join. Jom kita ramai-ramai memeriahkan segmen rakan kita ni.

Cepat join..
tarikh tutup sehingga 4 June 2020 saja..






Masih dalam mood raya kan ? Jom join Segmen Hari Raya by Ummi ni..
Tarikh tutup adalah pada 9 June 2020..

Syarat-syarat semua mudah.
Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez

Senang sangat syarat-syaratnya.
Tarikh tutup esok jom join ramai-ramai support.

Glico Pocky Malaysia Exclusive Perisa Cendol Yang Sedap



Aku memang peminat chocolate sticks jadi selalu juga beli buat kunyah-kunyah. Aku suka chocolate yang ada biskut juga sebab crunchy bila makan. Pocky ni ada banyak gila flavours yang unik selain daripada few yang kita selalu jumpa. Ada yang made in Thailand dan ada yang made in Japan kalau tak silap. During MCO aku came across Glico Pocky perisa Cendol edisi khas Malaysia di Shopee.  Ada halal insyallah boleh dimakan tanpa rasa ragu. Rasa macam tak pernah nampak lagi dijual di kedai-kedai kan ? Ke korang pernah jumpa ? Walaupun aku tak minat cendol sangat, tapi rasa teruja nak cuba chocolate sticks perisa Cendol. Menarik gilaaa tapi banyak yang dah sold out atau dijual secara combo dengan perisa-perisa lain. Aku tunggu dulu sampailah one day aku jumpa seller yang jual individual pack. Teruslah beli.. Bagi aku rasa Pocky Cendol ni secara general sedap dan tak sedar dah habis dah aku makan. Nak kata kuat rasa cendol pun tak sangat more to rasa pandan atau ABC ditekak aku. Rasa gula merah sedikit strong tapi okay.

Cubalah juga kalau berminat.

*Update - Ada juga dijual di kedai-kedai yaaa..
bukan hanya di Shopee.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Ramadhan mulia cepat berlalu pergi meninggalkan kita..
Syawal pula muncul gilang gemilang tanda kemenangan. Alhamdulillah..

Ramadhan dan Syawal kita tahun ini sangat berlainan dilalui sedang negara kita diuji dengan ujian yang besar. Sayu hati hiba rasa namun kena yakin ujian yang datang tentu saja ada hikmahnya maka kita kena sabar #KitaPastiMenang. Beraya jauh dari ahli-ahli keluarga dan banyak pihak terpaksa berkorban masa dan tenaga. Bagi yang dapat beraya di kampung halaman tu kena bersyukur dan hargai setiap detik bersama keluarga. Jaga penjarakan sosial dan patuhi garis panduan yang sudah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Yang tak dapat beraya bersama tu jangan sedih sangat yaaa.. Faham perasaan syahdu tapi sabar banyak-banyak. Untuk kebaikan kita semua bersama pujuklah hati dan kuatkan semangat. Raya tetap raya jadi buatlah persediaan apa patut untuk menyambut kedatangan Syawal.

Kepada semua frontliners negara, terima kasih banyak-banyak diatas setiap jasa dan pengorbanan. Kalian adalah hero-hero negara. May Allah SWT protect all of you sentiasa dimana jua. Salam Lebaran Aidilfitri 2020 / 1441H buat semua rakan-rakan maya SitiYangMenaip. Ampun maaf dipinta andai ada diri kerdil ini pernah terguris hati dan perasaan sama ada secara sengaja atau tidak.

Jaga diri semua.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Hey cepat sikit masak tu.. Dah tak sabar nak makan ni.

Pokok nenas di rumah nenek. Sepupu rajin menanam alhamdulillah rezeki elok tumbuh subur. Dari satu pokok beranak pinak jadinya. Tak ingat dah ni buah nenas keberapa yang menjadi tapi this one looks extra sexy sikit masa lagi boleh ambil dah. Yumms !!


It is that time of the year again..

|14052020|
hey self,
Happy 30th Birthday.

Alhamdulillah selesai satu segmen : Bloglist SYM 1/2020.

Terima kasih semua kerana sudi join segmen yang tak seberapa ini. Aku decided untuk letak semua links dalam senarai bloglist sebagai tanda penghargaan. Boleh semak links korang di sidebar kecuali kecuali dua link - Lampu Hijau dan Sayidah Napisah. Dah banyak kali tekan 'add' tapi masih tak dapat detect untuk masuk senarai. Later aku cuba lagi yaaa..


Seperti yang dipersetujui ketika korang join, link SITIYANGMENAIP juga perlu diletakkan di dalam senarai bloglist di blog korang. Mutual agreement gituuu ada give and take. Jadi bolehlah update senarai bloglist masing-masing juga. Senarai bloglist ini akan kekal di blog ini sehingga segmen bloglist baru dibuat. Harap yang sama juga di blog korang. Salam perkenalan buat semua yang baru kenal dan semoga kita semakin rajin untuk blogwalking menjenguk blog rakan-rakan bloggers yang lain.

Selamat berblogging.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Kena Pandai Bezakan Keperluan Dan Kehendak

Bila baca perkongsian oleh pakar ekonomi, seram sangat memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Pergolakan ekonomi negara dan dunia dijangkakan akan berlaku buat rasa tak keruan. Risau sangat.. Diri sendiri pendapatan pun tak seberapa dan tak menentu masih terkontang kanting entahlah macam mana. Tengok pula kadar pengangguran yang semakin tinggi cabaran buat anak muda dan mereka yang bakal habis belajar. The struggle is real !! Nak menstabilkan ekonomi bukan mudah dan semua pihak kena mainkan peranan. Kita kena fikir tentang ekonomi keluarga juga. Itulah sekarang kena pandai bezakan benda yang menjadi keperluan dan benda yang semata-mata kehendak. Kalau dulu kehendak boleh juga dilayan apa nak boleh terus beli tak fikir panjang sangat, sekarang kena fikir banyak kali. Kena tanya diri sendiri persoalankan sama ada yang kita nak beli tuuu benar-benar keperluan atau keinginan. Memang susah nak didik diri supaya berfikir dengan lebih teratur supaya bezakan yang penting dengan yang kurang penting sebab dah terbiasa semua benda nak kita akan beli. Aku nekad cuba kawal diri especially dalam berbelanja. Aku mengaku untuk diri sendiri pun bukan senang. Usually aku tak ada halangan sangat nak beli apa aku nak yang masih dalam kemampuan tapi sekarang nak kena fikir banyak kali. 


Memang ikut hati rambang mata sangat nak beli itu ini serba baru sedangkan kadang-kadang benda dah ada pun.. Sentiasa rasa tak cukup memang perangai sangat. Kena stop beli tudung 'itik' dan tudung-tudung lain. Kena act macam B40 bukan M40 atau T20 huhuhu.. Kena berpijak di bumi yang nyata dan berbelanja mengikut kemampuan. Berhenti beli pakaian baru yang sedia ada pun tak terpakai. Tak salah nak membeli tapi berpada-pada. Kurangkan makan makanan-makanan acah fancy dan mahal-mahal. Sesekali tak apalah sebab bagi aku itu therapy. Kena jadi matang nak berfikir bukan untuk sehari dua kehadapan tapi berbulan atau bertahun. Simpanan kena ada kena mula dah dari sekarang. Generasi muda pun dah kena sedar dari sekarang. Walaupun tak nampak lagi masalah yang bakal timbul tapi possibilities itu ada. Tak semua dilahirkan dalam keluarga senang. I had a discussion dengan MamiZ, mungkin untuk setahun dua ni tak adalah trip kemana-mana. Diketepikan dulu keinginan untuk urusan yang lagi penting. Walaupun hati melonjak-lonjak gedik nak kesana sini, ini bukan keutamaan buat masa sekarang. Keadaan pun tak stabil dan tak mengizinkan jadi inilah hikmah suruh duduk rumah simpan duit.

Insyallah rezeki Allah SWT luas dan sentiasa ada buat hamba-hambaNya. Dalam kita kerisauan tu kena ingat sentiasa bahawa Dia yang jaga kita jadi kebergantungan kita padaNya jangan dilupakan. Kena doa sentiasa semoga Allah SWT lindung kita sentiasa dan dalam apa juga keadaan ujian pun akan diberikan jalan keluar jalan penyelesaian yang terbaik.

May Allah Ease

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SEGMEN TAMAT


Dah lama berhajat nak buat segmen ni tapi tak ada masa.. Jadi tengah ada kelapangan sikit ni bolehlah buat. Syarat-syarat yang simple saja. Jemput semua untuk join kalau sudi..

Syarat-syarat :

  1. Mesti ada blog dan masih aktif berblogging
  2. Wajib follow blog SITIYANGMENAIP
  3. Buat entry bertajuk 'Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020'
  4. Letak banner - backlink kepada entry INI
  5. Publish entry
  6. Tinggalkan link pada ruangan komen di entry INI
  7. Jika terpilih mesti letakkan juga link blog SITIYANGMENAIP di senarai bloglist anda selama mana link blog anda tersenarai di blog ini
  8. (Optional) Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI dan tinggalkan Youtube Channel anda di ruangan komen
  9. (Optional) Follow Instagram SITIYANGMENAIP di SINI
  10. Link blog yang terpilih akan kekal di blog ini sehingga segmen bloglist baru dilakukan

Senarai Peserta Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020 :

  1. http://me-soul-searching.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  2. http://www.ombakbergigi.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  3. https://thekaellaaaa.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  4. https://www.mimiazirah.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  5. https://www.myarosli.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  6. https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  7. https://munirahmohdhasan.blogspot.com/2020/05/segment-bloglist-siti-yang-menaip.html
  8. https://mummysupplementshop.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  9. https://inilampuhijau.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  10. https://www.njiakreatif.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  11. https://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  12. https://www.aienienka.com/2020/05/segmen-segmen-bloglist-siti-yang-menaip.html
  13. http://www.zianaeunos.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  14. https://www.vitaminwawa.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  15. https://www.mialiana.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  16. https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html#more
  17. http://zzzyy.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  18. https://www.shimajelani.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  19. http://fififizahresepi.blogspot.com/2020/05/segment-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html?m=1
  20. https://inspiringsharing.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  21. https://cempakabiru-nieda.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip.html
  22. https://alfathcom29.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  23. https://www.annursyuhadah.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  24. https://www.faizzahamir.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  25. https://cikguzim.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip.html
  26. http://www.sayidahnapisah.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  27. https://www.leaazleeya.com/2020/05/segmen-bloglist-sitiyangmenaip-12020.html
  28. SEGMEN TAMAT

Segmen tamat pada 09 Mei 2020 (Sabtu)
11:59PM waktu Malaysia

SEGMEN TAMAT

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |



Kena letak Ramadhan sebab sebelum Syawal mesti dah lesap.

Baru-baru ni tengok di Blog Warisan Petani ada petik buah jambu merah cantik ni.. Aku komen kata dah lama benar aku tak jumpa buah jambu kampung - aku panggil jambu ni jambu kampung sebab dulu waktu kecil aku tahu kat kampung rumah nenek ada jambu jenis ni dengan jambu susu. Teringat zaman dulu memang sakan petik jambu ni makan cicah garam. Inilah namanya rezeki bila aku terperasan rimbunan buah jambu yang ditanam oleh jiran sebelah rumah. Asalnya tak pasti buah apa tertarik menggoda warnanya merah cantik pergi tengok dekat-dekat rupanya jambu. Jiran offer suruh petik ambil banyak mana nak.

Pucuk dicita ulam mendatang. Terima kasih !!

Tengoklah tuuu.. !!


Petik sikit saja segan nak ambil banyak.

Mak Bee mana Mak Bee ??


Mari ramai-ramai join mmeriahkan segmen The Wonderful Jannah. Syarat-syarat penyertaan sangat mudah dan menarik - sambil join segmen sambil kongsi cerita pengalaman menarik sepanjang MCO.

Pengalaman sepanjang MCO :

  • Lebih rajin masuk dapur untuk masak. I love cooking tapi aku ni pemalas but since MCO kena jugalah masak tolong MamiZ. Seronok sebenarnya masak ni kalau kena time mood tengah okay. Tried few new recipes - buat cake kukus, kuih seri muka dan beberapa menu masakan dan alhamdulillah tak perlu masuk group viral Masak Apa Tak Jadi. Walaupun rupa mungkin tak sesempurna professional buat tapi tidaklah cacat. Yang penting rasa tetap ada uumph..
  • Sepanjang MCO ada beberapa kali juga keluar pergi beli barang di kedai Acheh berdekatan. Aku self proclaim diri sendiri as ketua keluarga. Masa first time keluar during MCO tiba-tiba kena attack rasa semput di kedai dan aku rasa itulah perasaan bila kena panic attack. Tak pernah rasa macam tu sebelum ni. Aku jadi takut tengok orang yang ramai dikedai membeli barang seolah-olah tak ada virus yang menular. Semua bersesak-sesak membeli dan berebut tidak menghormati arahan untuk menjaga jarak. Memang sakit dada sangat dan terpaksa berpaut pada rak-rak barangan untuk beberapa minit. Susah nak bernafas kena ketuk-ketuk dada. Bila rasa lega sikit cepat-cepat bayar masuk kereta tenangkan diri. Bawa ke esok hari jugalah rasa semput tu.. Alhamdulillah slowly rasa normal balik. Lepas tu ada keluar lagi kalau nampak ramai orang dalam kedai, aku tunggu sampai dah reda sikit.

Inilah serba sikit apa yang terjadi during MCO ni.. Tak adalah pengalaman menarik sangat just normal daily routines untuk mengisi masa terluang.




Satu lagi segmen Bloglist.. aku suka tukar-tukar bloglist ni..
Jomlah ramai-ramai join sebab senang saja syarat-syaratnya. Itu yang seronok tu..



Jom join ramai-ramai memeriahkan. Syarat-syarat pun senang yang amat.
Boleh tambah kawan-kawan baru jugaaa..

Tamat pada 15 May 2020.

LALUAN ROAD TRIP DI NEW ZEALAND, ITINERARY 19 HARI & BUDGET DAN PERBELANJAAN KE NEW ZEALAND | Aku dah kongsi tips dan persediaan penting sebelum dan semasa di New Zealand, kali ini nak share laluan road trip yang kami pilih, itinerary  19 hari disana dan budget perbelanjaan ke New Zealand musim panas December 2019. Kami pergi ke North Island dan South Island tak mahu terkejar-kejar. Alhamdulillah untuk kesempatan yang diberikanNya kali ini dapat aku bawa MamiZ ke New Zealand setelah berhempas pulas hampir 7 tahun menabung. Bukan duit turun dari langit yaaa.. Pelan-pelan kayuh bagi tabung penuh. Hampir 3 tahun aku baca pengalaman orang ke New Zealand dan ambil notes serba sedikit untuk pastikan aku puas hati merancang trip sendiri. Masa tu tak tahu lagi bila nak pergi just ambil semangat dan continue berangan.. Bila dah confirm ticket barulah aku lebih merancang perjalanan dengan serious. Trip aku dan MamiZ santai saja kami utamakan apa yang diminati dan make sure keselamatan terjaga sebab pergi hanya berdua. No rush and we took our own sweet time di setiap destinasi yang dituju. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan - ambil yang murni saja yang tak elok campak jauh.




Baca : TIPS DAN PERSEDIAAN KE NEW ZEALAND

LALUAN ROAD TRIP DI NEW ZEALAND : NORTH ISLAND & SOUTH ISLAND

Nak plan laluan mana pun ikut sukalah - mula dari North ke South atau dari South naik ke North ikutlah mana yang selesa. Jadikan tips dan pengalaman orang sebagai panduan tapi apa-apa pun utamakan minat diri sendiri dan ahli-ahli rombongan. Kalau korang pergi dengan kawan-kawan, usually ada ketua yang rancang journey. Aku nasihatkan tanya ahli-ahli rombongan apa yang diorang suka dan tak suka. Iyaaalah kita ni manusia ada pelbagai ragam dan perangai. Cuba capai kata sepakat fair and square bertolak ansur supaya semua dapat enjoy dan puas hati. Tak mahulah nanti ada yang monyok dan sedih. Duit habis sama banyak jadi keseronokan pun kenalah sama rata. Kali ni aku dan MamiZ hanya berdua, sangat mudah untuk plan laluan dan tempat-tempat yang kami nak pergi - tak banyak kepala tak banyak kehendak. MamiZ ikut saja macam mana aku atur perjalanan dan tempat-tempat yang kami nak pergi. Kami cuba untuk pergi ke tempat-tempat wajib singgah disana tapi ada beberapa yang aku rasa tak kena dengan jiwa jadi skip sajalah. Baik pergi buat aktiviti-aktiviti yang kita suka. Dari awal memang plan nak sewa kereta wajiblah buat road trip sendiri kalau ke NZ sebab lebih selesa ikut pace sendiri. Rasa nak berhenti boleh berhenti.

Ini adalah laluan road trip di NZ yang kami buat..

7 Hari di North Island

Auckland (2 Malam) - Hamilton - Matamata - Rotorua - Taupo - Wellington

9 Hari di South Island

Christchurch (2 Malam) -  Akaroa - Twizel - Oamaru - Dunedin - Te Anau -
Cromwell - Queenstown (2 Malam) - Auckland

Aku gerak dari Auckland ke Wellington dan naik flight ke Christchurch. Sewa kereta dari Apex Car Rental, pick up di Auckland dan return di Wellington. Usually ramai nak jimat masa, gerak dari Auckland ke Taupo dan patah balik ke Auckland untuk naik flight ke Christchurch atau Queenstown. Aku nak ke Wellington - the capital of New Zealand sebab ada ramai kawan-kawan yang study di Wellington cakap Wellington sangat cantik. Setuju !! Wellington memang cantik dan tak menyesal langsung lajak kesana. Plus, aku nak jejak kaki di keempat-empat main airports disana. Ramai yang kata di North Island kurang cantik berbanding di South Island tapi aku rasa di North Island pun cantik. Cantik di North Island tak sama dengan cantik di South Island tapi masih memuaskan mata yang memandang. Kena experience sendiri kedua-dua pulau baru dapat banding dan faham apa yang aku maksudkan. Ada banyak lagi tempat yang teringin nak cover di North Island tapi sayangnya waktu tak mencukupi. Kena utamakan tempat-tempat wajib dulu dan nak gerak ke South Island pula. Di South Island, aku gerak dari Christchurch sehinggalah aku sampai ke Queenstown. Masih sewa kereta dari Apex Car Rental, pick up di Christchurch dan return di Queenstown. Sebelum kejadian banjir dan tanah runtuh pun aku memang tak rancang untuk ke kawasan West Coast (Hokitika, Fox Glacier, Greymouth dan Arthur's Pass) - aku rasa perjalanan terlalu jauh dan masa tak mencukupi jadi kena ada win-win situation jugalah. You gain some you lose some. Kalau nak cover West Coast memang kena korbankan beberapa aktiviti lain. Tak nak !! Utamakan yang penting jadi tak apalah.. Insyallah kalau ada rezeki repeat for sure aku akan include kawasan West Coast sekali.

Jalan di NZ ni memang lain dari yang lain jadi masa rancang perjalanan tu kena tambah extra time. Speed limit paling laju pun 100/kmh itu pun di kawasan tertentu saja. Most of the time hanyalah 70/kmh - 90/kmh merangkak-rangkak. Tabah sangat !! Jalan banyak cerun dan single lane itu kena extra caution. Ada juga road signs yang sedikit pelik kena alert. Salah satu factor melambatkan adalah.. setiap ceruk kita rasa nak berhenti sebab kiri kanan sangat cantik. Dah berhenti nak bergambar nak posing semua makan masa. Memang kena adjust sesiap dalam itinerary untuk sebarang kemungkinan.




BUDGET DAN PERBELANJAAN DI NEW ZEALAND

Soal budget dan belanja memang memeningkan. Kadang-kadang kita risau sangat takut tak cukup budget. Aku pun sangatlah takut bab ini tapi syukur sangat semua masih under control dan ada duit lebih lagi. Apa yang nak dikongsikan hanyalah yang penting saja - tiket kapal terbang, penginapan, entrance fee ke tempat-tempat menarik di New Zealand, petrol dan bayaran lain yang utama. Aku prefer untuk selesaikan semua bayaran penginapan sebelum ke NZ cuma ada beberapa saja yang dibayar ketika check-in dan semua bayaran ticket entrance fee pun dah diselesaikan lebih awal. Hanya bawa duit emergency, makan, shopping dan apa-apa sajalah yang berkaitan. Sila wujudkan duit emergency kemana-mana saja dan dari awal tolong jangan kacau duit ni.. Kalau ada Credit Card mungkin boleh stand by tapi aku prefer cash. Duit ni hanya digunakan jika ada kecemasan saja kalau berlaku yang tak diingini. Ini adalah guidelines jadi pandai-pandai alter sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Currency Exchange
NZD1.00 : RM2.71

Malaysia Airline Kuala Lumpur - Auckland Return [60KG + Seats + Meals + Insurance]
= RM5790.00 / 2 = RM2895.00 pax

Jetstar Airways Wellington - Christchurch [40KG Check-In + Plus Bundle]
= RM674.66 / 2 = RM337.33 pax

Jetstar Airways Queenstown - Auckland [40KG Check-In + Plus Bundle]
= RM1287.73 / 2 = RM643.86 pax

TOTAL = RM2895.00 + RM337.33 + RM643.86
= RM3876.19 /pax

Etiqa 360 Degrees Travel Insurance
= RM272.14 / 2 = RM136.07 pax

Visa NZeTA (Travel Agent)
= RM320.00 / 2 = RM160.00 pax

Makanan Yang Dibawa Dari Malaysia [Instant Food]
= RM279.18 / 2 = RM139.59 pax

Apex Car Rental North Island Auckland City - Wellington Airport (6 Days)
= RM1129.75 / 2 = RM564.87 pax

Apex Car Rental South Island Christchurch City - Queenstown City (7 Days)
= RM2033.40 / 2 = RM1016.70 pax

TOTAL = RM136.07 + RM160.00 + RM139.59 + RM564.87 + RM1016.70
= RM2017.23 pax

Penginapan Sepanjang Di Zealand :
  1. Juicy Snooze Auckland City (2 Nights) = RM372.76 / 2 = RM186.38 pax
  2. Mill Lodge Hamilton (1 Night) = RM285.69 / 2 = RM142.84 pax
  3. Horse and Jockey Inn Matamata (1 Night) = RM278.91 / 2 = RM139.45 pax
  4. The Backyard Inn Hostel Rotoroa (1 Night) = RM306.14 / 2 = RM153.07 pax
  5. Acapulco Motor Inn Taupo (1 Night) = RM298.98 / 2 = RM149.49 pax
  6. Halswell Lodge Wellington (1 Night) = RM233.62 / 2 = RM116.81 pax
  7. Colonial Inn Motel Christchurch (2 Nights) = RM472.82 / 2 = RM236.41 pax
  8. High Country Lodge Twizel (1 Night) = RM392.95 / 2 = RM196.48 pax
  9. AAA Thames Court Motel Oamaru (1 Night) = RM406.50 / 2 = RM203.25 pax
  10. Dunedin Holiday Park & Motels (1 Night) = RM230.29 / 2 = RM115.145 pax
  11. Te Anau Lakefront Backpackaers (1 Night) = RM346.88 / 2 = RM173.44 pax
  12. Carrick Lodge Motel Cromwell (1 Night) = RM462.00 / 2 = RM231.00 pax
  13. Pinewood Lodge and Apartments (1 Night) = RM576.27 / 2 = RM288.14 pax
  14. Nomads Queenstown Hotel (1 Night) = RM565.99 / 2 = RM282.99 pax
TOTAL = RM2614.90

Entrance Ticket (Bookme, Official Website & Klook) : Bayar sebelum depart.
  1. Auckland Dolphin & Whale Safari (Bookme) = RM502.75 / 2 = RM251.38 pax
  2. Hobbiton Movie Set Matamata (Official Website) = RM449.92 / 2 = RM224.96 pax
  3. Rainbow Springs Nature Park (Bookme) = RM108.21 / 2 = RM54.11 pax
  4. Whakarewarewa Living Maori Village (Bookme) = RM172.85 / 2 = RM86.43
  5. Wellington Cable Car (Klook) = RM46.00 / 2 = RM23.00 pax
  6. Christchurch Tram City (Bookme) = RM80.78 / 2 = RM40.39 pax
  7. Avon Punting Christchurch (Official Website) = RM163.71 / 2 = RM81.86 pax
  8. Shamarra Alpaca Akaroa (Klook) = RM254.00 / 2 = RM127.00 pax
  9. Milford Sound Cruise (Bookme) = RM259.32 / 2 = RM129.66 pax
  10. Queenstown Gondola Luge (Official Website) = RM375.87 / 2 = RM187.94 pax
TOTAL : RM1206.73

Other Expenses 
Duit cash ditangan untuk perbelanjaan harian dua orang.

Currency Exchange :
NZD1.00 : RM2.71

RM4878 = NZD1800.00
  1. Petrol (13 Days) Original Budget NZ450.00 = NZD397.00
  2. Groceries Shopping Original Budget NZD300.00 = NZD244.68 
  3. Duit Makan Di Kedai Original Budget NZD250.00 = NZD184.30
  4. Souvenirs Shopping Original Budget NZD500.00 = NZD370.64
  5. Emergency Cash = NZD300.00 (tak digunakan)
  6. Seasider Train Ride Dunedin = NZD140.00
  7. Whatawhata Berry Farm Entrance Fee + Berries = NZD32.00
  8. Backyard Lavender Garden = NZD4.00
  9. Wilson Parking Wellington = NZD25.00
  10. Wilson Parking Dunedin = NZD12.00
  11. Super Shuttle Airport Transfer = NZD55.00
TOTAL : NZD1464.62 = RM3969.12 / 2
= RM1984.56

BALANCE : NZD1800.00 - NZD1464.62
= NZD335.38 (RM908.88)

Perbelanjaan Credit Card :
  1. Ola Cab (Boleh trace perbelanjaan melalui application) = NZD104.58
  2. Shopping Di Dress Smart etc = NZD90.30
TOTAL : NZD194.88 = RM528.12 / 2
= RM264.06 pax

GRAND TOTAL :
= RM3876.19 + RM2017.23 + RM2614.90 + RM1206.73 + RM1984.56 + RM264.06
= RM11963.67 pax

Ini adalah perbelanjaan kami selama 19 hari di New Zealand. Kalau yang cari budget backpacking memang aku tak reti. Secara jujurnya aku rasa amount yang kami belanjakan adalah decent dan berpatutan memandangkan kami kesana agak lama dan berdua. Mungkin ada yang rasa mahal sangat tapi korang kena consider banyak faktor dulu. Salah satu faktor utama perbelanjaan jadi mahal juga sebab kami kesana ketika musim panas - peak season musim orang bercuti jadi harga kereta sewa, ticket penerbangan domestic dan penginapan sangatlah mahal. Memang ada banyak perkara tak boleh elak daripada bayar amount yang banyak sebab berjalan ketika Summer. Tapi !! Aku tak terkilan dan terkejut. Aku tetap rasa aku dah buat kerja yang baik dengan merancang perbelanjaan kami disana. Aku tak restrict sangat berbelanja tapi masih within allocation yang aku dah buat. Kalau ada benda teringin nak beli tu beli sajalah.. Ada benda teringin nak rasa nak makan tu makan sajalah. Aku bandingkan juga dengan harga yang ditawarkan travel agency - majoriti harga package adalah sekitar RM9000 - RM10000 bersama harga ticket kapal terbang untuk 9H 7M atau 12H 10M tapi tidak termasuk harga ticket entrance fee. Maksudnya korang kena bayar sendiri juga di New Zealand nanti.. Plus minus aku rasa lagi mahal dan belanja berkemungkinan melebihi budget kami yang kesana lebih dua minggu.



Walaupun aku rasa perbelanjaan kami dikira oookay, there are still few things yang aku belajar dari trip ke New Zealand sebagai pengajaran untuk berjimat cermat.

  1. Elak pergi ke New Zealand ketika peak season - Summer adalah the busiest month in New Zealand. Musim orang travel sebab cuaca sangat cantik jadi segala benda mahal. Aku memang dari awal sejak menabung bertahun lalu dah aim nak ke NZ ketika musim panas jadi dah expect untuk keluarkan belanja yang tinggi. Musim kedua tersibuk adalah Spring diikuti oleh Autumn. Low season di NZ adalah ketika Winter (June) kecuali harga penginapan di Ski Resort. Walaupun kita boleh dapat rate yang murah ketika Winter, tapi rugi juga sebab siang pendek dan perjalanan terhad.
  2. Tempah kereta sewa lebih awal - Walaupun aku dah mula menabung ke NZ sejak bertahun lalu, tapi aku confirm beli ticket hanyalah 4 bulan sebelum depart. Jadi nak susun segala itinerary ambil masa dan aku tempah kereta sewa 2 bulan kesana. Aku tengok harga sangatlah berbeza sehingga hampir RM1500.00 boleh jimat sekiranya aku tempah lebih awal.
  3. Tempah penginapan lebih awal - Sama seperti kereta sewa, ketika peak season penginapan pun sangatlah mahal terutamanya di bandar-bandar utama. Paling mahal adalah di Queenstown memang semua satu malam range harga RM500 keatas walaupun.
  4. Penginapan hostel / backpacker room (shared toilet / kitchen) - Ini kalau pergi dengan kawan-kawan sesuai jugalah sebab harga memang jauh lebih murah. Kalau korang tak kisah kongsi toilet dan kongsi dapur untuk memasak then inilah option terbaik untuk berjimat. In my situation, aku purposely tak pilih hostel dan backpacker room sebab aku pergi dengan MamiZ plus kami ada experience buruk duduk di hostel. Untuk penginapan aku memang cari yang selesa supaya kami ada space sendiri
  5. Cuba untuk cari at least 4 orang ahli-ahli rombongan - Dari awal aku memang rancang nak pergi dengan MamiZ saja, trip anak-beranak tapi aku tak nafikan kalau pergi lebih ramai, perbelanjaan individu akan jadi sikit sebab kita bayar kongsi. Bayaran seperti kereta sewa, penginapan dan makan boleh kongsi lebih ramai jadi tak terasa sangat mahal.
  6. Beli ticket entrance fee dari Bookme atau Klook - ini memang jimat sangat dah. Kena rajin tengok selalu sebab harga yang murah very limited. Baca terms baik-baik sebelum beli.
  7. Lebihkan memasak dari makan di kedai - Dalam trip kami, aku boleh katakan ratio kami makan di kedai dan memasak adalah 40:60 jadi kami berbelanja agak banyak juga on makanan. Untuk jimat, boleh kurangkan makan di kedai dan masak saja prepare bekal.




ITINERARY 19 HARI
DI NEW ZEALAND

Sebenarnya 17 hari saja on the road sebab 2 hari adalah hari perjalanan pergi balik. Ikutkan hati nak lajak sebulan terus sebab harga ticket jadi sama saja. Setelah ditolak ditambah dan direnung masa depan, tak jadilah sebab akan upset budget bab lain dan sememangnya tak cukup duit dah. Tak apa ada rezeki lain kita boleh pergi lagi walaupun tak tahulah kena menabung berapa tahun pula. Trip ke NZ ni kami cover both islands : North Island dan South Island. Perjalanan di North Island bermula di Auckland sehingga ke Wellington. Naik domestic flight dari Wellington ke Christchurch. Perjalanan di South Island pula bermula di Christchurch sehingga ke Queenstown sebelum ke Auckland semula untuk penerbangan balik ke Malaysia.

  Day 1
111219
Wednesday
Dari Kuala Lumpur Ke Auckland

  • Penerbangan Malaysia Airlines ke Auckland 08:30PM

  Day 2
121219
Thursday
Around Auckland Day 1

  • Arrived in Auckland at 12.30PM local time
  • Beli simcard Vodafon Travel Pack
  • Super Shuttle Airport Transfer to Jucy Snooze Auckland
  • Check-in Jucy Snooze Auckland
  • Dinner : Uncle Man's Restaurant Karangahape  
  • Countdown Auckland City  
  • Jucy Snooze Auckland

 Day 3
131219
Friday
Around Auckland Day 2

  • Depart from Jucy Snooze Auckland
  • Breakfast - Luna’s Express Chancery Street
  • Queen Street (Souvenirs Shopping)
  • Britomart Train Station
  • Auckland Whale & Dolphin Safari  
  • Dinner - Ponsonby Foodcourt (Kuta Bali)
  • Jucy Snooze Auckland

Day 4
141219
Saturday
From Auckland To Hamilton

  • Check-out Jucy Snooze Auckland 
  • Pick up car from Apex at 
  • Mount Eden
  • Piha Black Sand Beach
  • Off to Hamilton
  • Lunch : Lunchbox
  • Hamilton Garden
  • Pak N Save Mill Street Hamilton
  • Check-in Mill Lodge Hamilton 
  • Dinner : Masak

Day 5
151219
Sunday
Around Hamilton & From Hamilton To Matamata

  • Check-out Mill Lodge Hamilton
  • Whatawhata Berries Farm (Berries Picking)
  • Rotorua Drive Hamilton Lake
  • Lunch : Milanos Halal Pizza Hamilton
  • Lavender Backyard Garden
  • Gerak to Matamata
  • Check-in Horse and Jockey Inn Matamata
  • Dinner : Pizza

Day 6
161219
Monday
Hobbiton Movie Set & From Matamata To Rotorua

  • Check-out Horse and Jockey Inn Matamata
  • Matamata i-Site
  • Hobbiton Movie Set
  • Lunch : Lunchbox
  • Blue Spring Putaruru
  • Off to Rotorua
  • Check-in The Backyard Inn Hostel Rotorua
  • Laundy 1
  • Dinner : Masak

Original schedule adalah ke Redwoods Treewalk, Government Garden dan Rotorua Lake, tapi terpaksa batal sebab hujan lebat. More time di hotel jadi kami selesaikan laundy.

Day 7
171219
Tuesday

Maori Culture & From Rotorua To Taupo

  • Check-out The Backyard Inn Hostel Rotorua
  • Whakarewarewa Living Maori Village
  • Lunch : Lunchbox  
  • Redwoods Treewalk
  • Rotorua Lake
  • Rainbow Springs Nature Park (Kiwi Birds)
  • Off to Taupo
  • Dinner : Burger Fuel (Halal Option)
  • Check-in Acapulco Motor Inn Taupo

Day 8
181219
Wednesday

From Taupo To The Windy Wellington - NZ Capital

  • Check-out Acapulco Motor Inn Taupo
  • Huka Falls
  • Lake Taupo
  • Souvenirs Outlet Taupo
  • McDonald’s Taupo
  • Off to Wellington
  • Lunch : Straits Kitchen Taihape
  • Check-in Halswell Lodge Wellington
  • Dinner : Masak

Day 9
191219
Thursday
Around Wellington & From Wellington To Christchurch

  • Check-out Halswell Lodge Wellington
  • Wilson Parking Jervois Quay
  • Wellington Cable Car
  • Lunch : Dapur Johor Capital Market 
  • Wellington Waterfront
  • Wellington Masjid
  • Wellington Wind Sign
  • Return car at Apex Wellington Airport
  • Check-in Jetstar Airways to Christchurch
  • Depart to Christchurch at 06:30PM
  • Arrive in Christchuch at 07:30PM
  • Super ShuttleAirport Transfer to Colonial Inn Motel Christchurch
  • Check-in Colonial Inn Motel Christchurch
  • Dinner : Masak

Day 10
201219
Friday

Around Christchurch

  • Depart Colonial Inn Motel Christchurch
  • Avon River Punting
  • Christchurch Botanic Garden
  • Christchurch Tram Tour
  • Laundry 2
  • Dinner : Pedro House Of Lamb Christchurch 

By 3.00PM dah balik ke hotel semula sebab nak uruskan laundry sebelum mula road trip di South Island.

Day 11
211219
Saturday

From Christchurch To Twizel

  • Check-out Colonial Inn Motel Christchurch
  • Pick up car from Apex at 08:00AM
  • Depart to Akaroa
  • Shammara Alpaca Akaroa
  • Lunch : Lunchbox
  • Akaroa Town
  • Cookie Time Christchurch
  • Countdown Ashburton
  • Check-in High Country Lodge & Backpackers
  • Dinner : Masak

Day 12
221219
Sunday
Lake Taupo, Mount Cook & From Twizel To Oamaru

  • Check-out High Country Lodge & Backpackers
  • Lake Taupo - Lupins
  • Mount Cook Hooker Valley Track
  • Lunch : Lunchbox
  • High Country Salmon 
  • Off to Oamaru
  • Check-in AAA Thames Court Motel Oamaru
  • Dinner : Masak

Day 13
231219
Monday
Sealions !! From Oamaru To Dunedin

  • Check-out AAA Thames Court Motel Oamaru
  • Oamaru Lookout Point
  • Katiki Point Lighthouse
  • Moeraki Boulders
  • Off to Dunedin
  • Baldwin Street Dunedin
  • Lunch : Cafe Nesli Turkish Kebab
  • Check-in Dunedin Holiday Park & Motels
  • Laundry 3
  • Dinner : Masak

Day 14
241219
Tuesday

From Dunedin To Te Anau

  • Check-out Dunedin Holiday Park & Motels
  • Lower Moray Place Carpark
  • Dunedin Railway Station
  • Seasider Train Ride
  • Countdown Dunedin Central
  • Lunch : Lunchbox
  • Off to Te Anau
  • Check-in Te Anau Lakefront Backpackers
  • Dinner : Masak

Day 15
251219
Wednesday
Milford Sound & From Te Anau To Cromwell

  • Check-out Te Anau Lakefront Backpackers
  • Milford Sound Cruise
  • Lunch : Lunchbox
  • The Chasm 
  • 1855 Lookout Point
  • Gertrude Valley Lookout
  • Monkey Creek
  • Falls Creek Waterfall
  • Lake Gunn Viewpoint
  • Cascade Creek
  • Mirror Lakes
  • Eglinton Valley
  • Off to Cromwell
  • Check-in Carrick Lodge Motel Cromwell
  • Dinner : Masak

Day 16
261219
Thursday

Cherry Picking Day & From Cromwell To Queenstown

  • Check-out Carrick Lodge Motel Cromwell
  • Dam Good PYO Cherries
  • Cromwell Town
  • Patagonia Chocolates Wanaka 
  • Lunch : Erik's Fish & Chips
  • Lake Wanaka The Lonely Tree
  • Cardrona Bra Fence
  • Arrowtown
  • Check-in Pinewoods Lodge Queenstown
  • Dinner : Masak

Day 17
271219
Friday
Glenorchy & Around Queenstown

  • Check-out Pinewoods Lodge Queenstown
  • Glenorchy Wharf
  • Return car at Apex Queenstown City
  • Check-in Nomads Queenstown Hotel 
  • Skyline Queestown Gondola & Luge
  • DF Souvenirs Queenstown
  • Dinner : O'Connells Shopping Centre Kebab
  • Queenstown Waterfront

Day 18
281219
Saturday
From Queenstown To Auckland (Around Auckland)

  • Check-out Nomads Queenstown Hotel 
  • Super Shuttle Airport Transfer to Queenstown Airport
  • Check-in Jetstar Airways to Auckland
  • Depart to Auckland at 09:30AM
  • Arrive in Auckland at 11:30AM
  • Masjid Al Maktoum
  • Dress Smart Auckland
  • Lunch : Chamate Restaurant Auckland
  • One Tree Hill
  • Check-in Malaysia Airlines

Day 19
291219
Sunday
Goodbye New Zealand !!

  • Penerbangan Malaysia Airlines to Kuala Lumpur at 01:30AM


Inilah itinerary kami sepanjang 19 hari di New Zealand. Itinerary dirancang mengikut keselesaan kami anak-beranak apa yang kami suka dan mengambil kira beberapa faktor penting seperti keselamatan dan kesihatan amatlah diutamakan. Dari awal memang kami tak plan untuk ke West Coast sebab perjalanan jauh. Kalau ada lebih masa mungkin lajak juga slowly tapi masa terhad jadi kena korban dulu keinginan nak kesana. Disana pun tak banyak sangat benda yang kena dengan jiwa melainkan tengok permandangan yang cantik. Kecuali korang memang minat nak tengok glacier dengan jarak dekat barulah berbaloi. Dijadikan cerita, memang kawasan West Coast ditutup ketika waktu kami disana sebab banjir besar dan tanah runtuh. Tak apa.. ada rezeki lain kita pergi lagi. Perjalanan seharian basically bermula pukul 09:00AM dan aku design perjalanan supaya kami sampai di tempat penginapan sekurang-kurangnya pukul 06:00PM. Lunch memang tapau senang berhenti mana-mana cari kawasan sesuai dan makan. Ada hari yang kami sampai lebih awal jadi bonus sebab boleh berehat lebih sikit. Walaupun it was during summer dan waktu siang adalah panjang, we did not take the chance untuk merayau lama-lama. Lagipun kedai-kedai pun by 07:00PM dah tutup. Dalam trip ke NZ ni hanya sekali saja singgah masjid iaitu di Wellington Mosque sebab tak sempat nak solat di hotel. Sebab kami hanya berdua perempuan jadi rasa tak perlu kot nak singgah solat di mana-mana masjid. Semua aku susun supaya dapat Jama' Takhir di hotel. Itinerary yang aku kongsikan ada banyak kekurangan tapi bolehlah kot kalau korang nak jadikan panduan. Ambil mana-mana bahagian yang dirasakan sesuai bolehlah ikut. It is best kalau korang sendiri susun ikut apa yang korang suka supaya trip lebih bermakna.

Aku selalu pesan.. You are the boss. Biarlah macam mana kita rancang perjalanan kita pun tak perlu ikut orang. Ikut kata hari sendiri sebab kepuasan tu kita yang rasa.

Okay !! Semua persiapan dan itinerary dah siap.. Jomlah kita ke NZ.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |


DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.