Kena Pandai Bezakan Keperluan Dan Kehendak | SITI.YANG.MENAIP

Kena Pandai Bezakan Keperluan Dan Kehendak

/
36 Comments
May 09, 2020
Kena Pandai Bezakan Keperluan Dan Kehendak

Bila baca perkongsian oleh pakar ekonomi, seram sangat memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Pergolakan ekonomi negara dan dunia dijangkakan akan berlaku buat rasa tak keruan. Risau sangat.. Diri sendiri pendapatan pun tak seberapa dan tak menentu masih terkontang kanting entahlah macam mana. Tengok pula kadar pengangguran yang semakin tinggi cabaran buat anak muda dan mereka yang bakal habis belajar. The struggle is real !! Nak menstabilkan ekonomi bukan mudah dan semua pihak kena mainkan peranan. Kita kena fikir tentang ekonomi keluarga juga. Itulah sekarang kena pandai bezakan benda yang menjadi keperluan dan benda yang semata-mata kehendak. Kalau dulu kehendak boleh juga dilayan apa nak boleh terus beli tak fikir panjang sangat, sekarang kena fikir banyak kali. Kena tanya diri sendiri persoalankan sama ada yang kita nak beli tuuu benar-benar keperluan atau keinginan. Memang susah nak didik diri supaya berfikir dengan lebih teratur supaya bezakan yang penting dengan yang kurang penting sebab dah terbiasa semua benda nak kita akan beli. Aku nekad cuba kawal diri especially dalam berbelanja. Aku mengaku untuk diri sendiri pun bukan senang. Usually aku tak ada halangan sangat nak beli apa aku nak yang masih dalam kemampuan tapi sekarang nak kena fikir banyak kali. 


Memang ikut hati rambang mata sangat nak beli itu ini serba baru sedangkan kadang-kadang benda dah ada pun.. Sentiasa rasa tak cukup memang perangai sangat. Kena stop beli tudung 'itik' dan tudung-tudung lain. Kena act macam B40 bukan M40 atau T20 huhuhu.. Kena berpijak di bumi yang nyata dan berbelanja mengikut kemampuan. Berhenti beli pakaian baru yang sedia ada pun tak terpakai. Tak salah nak membeli tapi berpada-pada. Kurangkan makan makanan-makanan acah fancy dan mahal-mahal. Sesekali tak apalah sebab bagi aku itu therapy. Kena jadi matang nak berfikir bukan untuk sehari dua kehadapan tapi berbulan atau bertahun. Simpanan kena ada kena mula dah dari sekarang. Generasi muda pun dah kena sedar dari sekarang. Walaupun tak nampak lagi masalah yang bakal timbul tapi possibilities itu ada. Tak semua dilahirkan dalam keluarga senang. I had a discussion dengan MamiZ, mungkin untuk setahun dua ni tak adalah trip kemana-mana. Diketepikan dulu keinginan untuk urusan yang lagi penting. Walaupun hati melonjak-lonjak gedik nak kesana sini, ini bukan keutamaan buat masa sekarang. Keadaan pun tak stabil dan tak mengizinkan jadi inilah hikmah suruh duduk rumah simpan duit.

Insyallah rezeki Allah SWT luas dan sentiasa ada buat hamba-hambaNya. Dalam kita kerisauan tu kena ingat sentiasa bahawa Dia yang jaga kita jadi kebergantungan kita padaNya jangan dilupakan. Kena doa sentiasa semoga Allah SWT lindung kita sentiasa dan dalam apa juga keadaan ujian pun akan diberikan jalan keluar jalan penyelesaian yang terbaik.

May Allah Ease

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

36 comments:

  1. Apapun kena ada simpanan mencukupi. Jadi apa-apa jadi, simpanan sebagai sandaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kena mula dah sebab kita tak tahu apa nak jadi nanti.
      mudah2an tak teruk sangat..

      Delete
  2. betul tu. banyak kehendak yang perlu korbankan buat masa sekarang. nak tunggu ekonomi stabil balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. kena korbankan banyak benda. tapi itula kehendak kita ni sebenarnya benda yang entah apa apa juga kadang2..

      Delete
  3. betul, lepas ni lagi kena jimat byk2, huhu..kena tau keperluan atau kemahuan..

    ReplyDelete
  4. Betul..kena fahamkan...dalam keadaan ekonomi sekarang ni, kita nak beli sesuatu kena fikir, kemahuan atau kehendak...seterusnya baru fikir kemampuan, kalau keperluan sekalipun, kalau kemampuan tidak mengizinkan, makan terpaksa akur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut kemahuan memang xkan penah kita rasa puas. ada saja benda yang kita nak kan ? huwaaaa memang susah nak latih diri tapi kena sedarla keadaan ekonomi diri sendiri tak mengizinkan..

      Delete
  5. Kan. Kena bijak mengawal kewangan lagi masa sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar.. kena pandai kawal n catu segala benda.

      Delete
  6. betul tu. kena bijak bezakan mana keperluan dan mana kehendak. mcm hp cthnya x perlu beli yg high-end sbb kdg kala x pakai semua fungsi atau apps yg ada dlm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada benda yang ok ja kalau nak yang mahal sebab blh guna lama or itu terpulang la pada budget masing2. hehe.. tapi mcm gadget ni kalau tak pandai jaga yang high end pun boleh rosak kan hehe..

      Delete
  7. Jom mulakan..belajar untuk lebih tidak membazir kerana membazir tidak semestinya membuang makanan sahaja..banyak hal lain juga boleh dikategorikan kepada pembaziran sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. iyaa saya sekarang dalam usaha itula. nak membentuk diri saya suruh guna apa yang ada jangan dok nak beli baru saja. benda da ada kadang2 rasa tak penah cukup. kenaaa da mula dari sekarang..

      Delete
  8. bila tengah digalakkan shopping online, rasa makin mencabar jugak bila banyak benda masuk cart hahaha, window shopping online ni pun bahaya rupanyaaaaa

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha itula dugaan susah nak tepis kan..
      merata sales pulak tu..

      Delete
  9. Kita pun risau dengan keadaan ekonomi sekarang. Lagi risau dengan diri sendiri sebab masih lagu bernafsu terhadap benda-benda yang tak penting walhal duit takde :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul tu Farah.. kita punya keinginan tu kadang2 entah apa2. benda yang kita dah ada pun saja juga nak membeli. huwaaa..

      Delete
  10. Bab kehendak dan keperluan nie selalu tersasar tang makanan.. hehehe..
    Kalau yang lain-lain tu InsyaAllah masih terkawal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab makanan tu saya setuju juga kak.. tekak ni mengada juga hehe tapi bagi saya makanan tu okay lagi. dah nak makan kan.. beli saja =)

      Delete
  11. Setuju. Kena bersiap sedia dgn apa je kemungkinan. Bab baju tu oklah boleh tahan. Tapi bab makan tu kadang2 tersasar jugak. Craving. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul2. baju2 ok lagi la pejam mata xpun tiga bulan skali beli spasang bukanla tetiap bulan. makanan memang..

      Delete
  12. Basic guide dalam menentukan perbelanjaan sumber pendapatan... Bila dah boleh beli yang 'wants' maknanya ada lebihan... tetapi bila 'needs' masih belum boleh disediakan, maknanya pendapatan cukup2 atau kurang..kan? Err.. dengar cerita ramai yang tak beli tudung 'itik' tu hahaha... kontroversi ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrng ni kena dulukan needs dari apa yang kita nak. susah macam mana pun memang kena dulukan needs skrng ni.. hehe tudung 'itik' nye kontroversi no comment.. saya beli juga tapi tidakla peminat tegar. yang cantik dimata saja..

      Delete
  13. time2 ekonomi nda berapa bagus ni memang kena bezakan keperluan dengan kehendak, entah lepas pkp lagi banyak kena pakai duit huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya during PKP pun rasanya banyak duit yang keluar. walaupun tak kemana2 tapi entahla rasa susah juga nak saving. sebab kena beli macam2 juga. elokla da mula saving. in the future rasanya lagi banyak nk pakai duit..

      Delete
  14. betul, dalam keadaan sekarang walaupun kerajaan bagi kita macam-macam, tapi kena ingat semua tu hanya sementara..so, kena bijak menyimpan dan melabur supaya wang simpanan yang ada berkembang dengan sepatutnya, bukan semakin menyusut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. krajaan bagi bantuan tu untuk kita survive skejap dan lepas tu harapnya ekonomi kita sendiri semakin pulih. kita kena pandai jimat dan dahulukan yang penting.

      Delete
  15. buat masa sekarang ni memang kurang berbelanja. risau juga dengan simpanan untuk kehidupan akan datang sebab kita tak tahu bila akan berakhir. krisis ekonomi negara akan mengambil masa untuk pulih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. krisis ekonomi baru nak mula ni but hopefully it wont affect us much. semoga krajaan kita pun sama2 strong nak tangani semua ni. kita sendiri yang marhaen ni kena menabong..

      Delete
  16. takut kan?
    seram kan?
    apa yg kita boleh buat, jimat.
    dahulukan keperluan.
    hingga la ekonomi kembali stabil, siti.
    aida pun elak diri dari soping online.
    kalau ikutkan hati, hmmmm nak klik check out jer :) ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang godaan shopping online tu susah naww nak tepis. itula tu kita ni manusia biasa kan hehe.. xpela slowly laa belajar didik diri..

      Delete
  17. Betul siti, tapi bila buka shopee terus jadi crazy. haha
    tak leh nak beza dah, klik2 je. ehh, sekali tengok. mak aihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha Shopee tu memang lubuk macam2..
      kadang kita question balik eh perlu ke tak perlu.. tapi nak beli..

      Delete
  18. Betul tu, apa pun kena berjimat cermat. Cuma itu lah kekadang beli jugak sebab tak tahan dek godaan. Tapi murah murah and yang perlu je lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe hati kita ni memang mudah tergoda. ada je alasan nak membeli..
      tapi kalo di Shopee akak tapis2 juga.. susah kalo x =P

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.