June 2020 | SITI.YANG.MENAIP

Decisions, Decisions Series (5 of 7) WRAP framework – Attain Some ...


Insyallah untuk beberapa minggu nak balik Penang selesaikan urusan pindah rumah yang tergendala sejak MCO hari tu.. Masih ada barang-barang disana yang perlu ditengok. Jadi attention diberikan sepenuhnya sehingga urusan disana selesai. Nak jalan-jalan Penang juga nanti selit sikit beberapa aktiviti yang bakal dirindui - perasaan bercampur baur. Tempat jatuh lagikan dikenang ini pula tempat bermastautin yang hampir 30 tahun didiami. Doakan yaaa semoga dipermudahkan segalanya..

I am taking a break. Cuti blogging buat sementara waktu..
Terima kasih yang masih sudi singgah.. Sayang korang muah muah !!
Tapi ada masa dapat curi-curi tuuu aku akan rajinkan diri jenguk blog..

See ya all soon..

Please Mondelez please !!
Bawa Oreo Trolls masuk Malaysia pleaseee..

These New 'Trolls World Tour' Oreo Cookies Feature Bright Pink ...
https://www.elitedaily.com/p/these-new-trolls-world-tour-oreo-cookies-feature-bright-pink-green-fillings-22602660

Korang dah tengok ke animation Trolls World Tour ? Best dan sangat colourful dan soundtracks semua best sangat. Aku ni nama ja semakin menua tapi masih jiwa kanak-kanak. Layan cartoon kalah anak-anak buah. Ni haaa aku jumpa online few days ago masa tengah online - Oreo siap keluarkan biskut khas limited edition untuk Trolls. Kat oversea sana sudah berleluasa dijual. Kat Malaysia dah ada ke ? Adakah biskut Oreo Trolls World Tour Edition sudah mula dijual di Malaysia ? Kalau sudah - dimanaaa ??? Korang kalau ada terjumpa tolong bagitau aku okay.. Kalau belum lagi please Mondelez please !! Harapnya tak lama lagi adalah sebab menarik sangat aku rasakan dan kat Malaysia pun ada ramai peminat Trolls. Sudahlah comel-comel semua watak Trolls kena pula dengan Oreo haih !! Setakat ni aku jumpa Oreo Trolls boleh dibeli secara online tapi dari websites luar negara. Huuurmmm..

Gewam !!
Aiskrim lagi ? Kerja makan aiskrim jeee..


Tak cukup dengan mem'viral'kan air bubble tea (boba tea) - Tealive dan Wall's keluarkan pula aiskrim boba milk tea. Ini aku yakin semua orang dah tahu sebab rasanya viral teruk juga kan aiskrim ni.. Aku ada jumpa di 7Eleven tapi time tu tengah puasa dan aku pula kalut nak beli barang dapur nanti cair sebelum sampai rumah jadi tak belilah nak merasa. Lepas dah habis puasa meronda-ronda dari satu peti aiskrim ke peti aiskrim yang lain aaaih susah benar nak jumpa. 7Eleven tak ada.. Petronas tak ada.. 99 Speedmart pun tak ada. Wow !! hampa semua borong habis yaaa tak tinggal untuk sister pun. Tapi akhirnya jumpa juga dan sadisnyaaa tinggal satu saja dalam peti. Memang kaw kaw penangan Tealive Bobalicious ni ya.. Kongsi dengan MamiZ dan review dari MamiZ katanya sedap dan habis MamiZ makan. Aku rasa dua mulut saja. Bagi aku okaylah sedap rasa air teh ais yang dibekukan dan tambah boba kasi nampak fancy. Boba atau bubble yang di dalam aiskrim ni tak sekenyal yang dalam air. Aku prefer yang dengan air daripada aiskrim. Aku rasa macam tak manis sangat just nice rasa tak melampau. Harga pun RM2.70 very reasonable nak dijadikan treat sekali sekala. Mana nak cari ? Aku kalau aiskrim ni memang first aku tuju Petronas dan disebabkan Tealive Bobalicious ni under Wall's jadi dimana ada peti Wall's disitu ada probability yang tinggi nak ada aiskrim ni.

Jangan putus asa mencari kalau tak jumpa lagi..
Pelan-pelan kayuh nanti dapatlah..

Lately banyak pula makanan aku kongsi disini.
Entry travel belum rajin nak mula menaip..


Kat tekak aku aiskrim baru dari siri Magnum - Magnum Cherry Blossoms ini adalah sedap walaupun ramai kawan-kawan aku kata tak kena dengan selera diorang. Ada yang kata rasa tepung dan ada yang kata rasa rempah bunga cengkih. Tapi aku pula rasa sedap dan tak rugi kalau nak cuba. Jarang aku rasa Magnum tak sedap jadi yang baru ini pun termasuk dalam kategori sedap. Packaging pun cantik very girlish jadi tengok pun dah rasa memanggil nak makan. Manis memanglah dah nama pun aiskrim tapi bukan kita makan hari-hari. Sesekali apa salahnya.. Rasa salutan coklat diluar tu manis dan masam sekata sebab ada dried cherries dengan Belgian Chocolate warna pink. Aiskrim didalam pula just nice rasa manis dan lemak - Japan's inspired sebab itulah perisa sakura tapi sebab tak tahu rasa sakura sebenar macam mana jadi redha sajalah makan. Bila gigit nampak cantik swirl warna pink dengan aiskrim signature Magnum warna putih. Mana nak beli Magnum Cherry Blossoms yang baru ni ? Aku beli di Petronas dengan harga RM4.50 standard Magnum yang lain juga. Boleh juga dapatkan di 7 Eleven.

Korang dah cuba ke belum ?
Selamat makan aiskrim !!
Jeruk Mangga Asam Boi Yang Menggoda


Sekarang ni kiri kanan jalan orang jual mangga selain dari durian yang harga mencekik. Nak cari yang muda sikit rasa lemak manis tapi tak jumpa. Ada yang masih keras tapi dah masak sikit tak apalah beli juga beberapa biji mangga nak buat jeruk asam boi. Nah kauuu sebekas !! Makanlah sampai puas jangan berebut. Aku tak rendam dengan kapur pun.. katanya kalau rendam lebih crunchy tapi dah memang beli mangga dah sikit masak jadi rasa tak berbaloi kalau rendam pun. Asam boi letak banyak ada yang aku potong sikit ada yang campak terus. Cili padi tuuu ikut selera masing-masing. Pedas berdengung rasa sebab too ambitious letak banyak - padan muka. Gula dan garam secukup rasa dan letak dalam fridge lama sikit kasi sejuk baru makan.

Nikmatnyaaa la makan !! Boyfriend lalu tak perasan..

Minuman Soda Unik Pelbagai Perisa Dari The Tapping Tapir

Aku asyik tengok iklan The Tapping Tapir menjelma di Instagram jadi tertarik rasa nak mencuba. Kalau tak silap aku macam pernah juga nampak air soda The Tapping Tapir dijual di cafe-cafe hipstur gituuu.. Rasa macam have have sangatlah minum soda dari botol kaca ni. The Tapping Tapir adalah syarikat tempatan yang dah wujud di Malaysia sejak 2013 lagi dan menyediakan hidangan air soda tanpa any artificial flavours dan colouring - hanya air jus sebenar yang diperah dan campuran herba terpilih. Nama pun soda jadi obviously ada rasa carbonated sikit. Very light taste jadi tak teruk pun.. Terus aku godek website dan order Sampler Pack dengan harga RM86.00 free postage. The Tapping Tapir hanya jual in bulk untuk setiap perisa tapi untuk limited time ni diorang promote Sample Pack jadi dapatlah semua perasa dalam satu kotak. Kalau korang berminat boleh order cepat di The Tapping Tapir sementara masih available. Aku decided untuk beli all these soda babies sebagai antara hadiah birthday untuk diri sendiri. Aku bukan boleh tengok benda-benda comel terus rasa nak cuba. Tengok packaging saja dah tergoda belum lagi cuba rasa.

Packaging sampai elok cantik dalam kotak. Kalau parcel sampai dan ada botol yang pecah boleh tukar baru. Dalam Sampler Pack ada 12 flavours - Apple & Vanilla, Lemonade & Lengkuas, Grapefruit & Chamomile, Orange & Jasmine, Hibiscus & Lime, Guava & Lemongrass, Pineapple & Calamansi, Marigold Gold, Rose Green, Osmanthus Black, Borneo Krim, Rhino Ale.

Tengoklah semua botol-botol air soda yang comel ni..

Aku senaraikan top 6 flavours yang aku suka dan SYM Approved !! - Apple & Vanilla, Orange & Jasmine, Hibiscus & Lime, Pineapple & Calamansi, Rose Green dan Osmanthus Black. Flavours lain sedap juga tapi lebih kepada rasa herba, aku prefer yang ada fruity taste. Yang mana ada gabung dengan lengkuas, halia dan herba-herba lain tu menusuk kalbu sungguh rasanya. Walaupun soda rasa macam minuman tonic kesihatan memang terasa sungguh rasanya.



Semua aku dah minum habis dan sikit-sikit minum. Korang jangan tibai hari-hari pulak.. Sangat berpuas hati dengan semua flavours baru aku share dengan korang. Nak bagitau berbaloi beli Sample Pack sebab dapat rasa semua flavours. Dah rasa baru dapat decide apa flavours yang kita suka dan untuk next purchase bolehlah focus flavours yang kita suka saja. Korang yang dah pernah cuba tuuu share sikit apa flavours yang korang suka ? Bagi yang belum tapi berminat.. cepat pergi beli dan selamat mencuba.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.