Minuman Soda Unik Pelbagai Perisa Dari The Tapping Tapir | SITI.YANG.MENAIP

Minuman Soda Unik Pelbagai Perisa Dari The Tapping Tapir

/
44 Comments
June 04, 2020
Minuman Soda Unik Pelbagai Perisa Dari The Tapping Tapir

Aku asyik tengok iklan The Tapping Tapir menjelma di Instagram jadi tertarik rasa nak mencuba. Kalau tak silap aku macam pernah juga nampak air soda The Tapping Tapir dijual di cafe-cafe hipstur gituuu.. Rasa macam have have sangatlah minum soda dari botol kaca ni. The Tapping Tapir adalah syarikat tempatan yang dah wujud di Malaysia sejak 2013 lagi dan menyediakan hidangan air soda tanpa any artificial flavours dan colouring - hanya air jus sebenar yang diperah dan campuran herba terpilih. Nama pun soda jadi obviously ada rasa carbonated sikit. Very light taste jadi tak teruk pun.. Terus aku godek website dan order Sampler Pack dengan harga RM86.00 free postage. The Tapping Tapir hanya jual in bulk untuk setiap perisa tapi untuk limited time ni diorang promote Sample Pack jadi dapatlah semua perasa dalam satu kotak. Kalau korang berminat boleh order cepat di The Tapping Tapir sementara masih available. Aku decided untuk beli all these soda babies sebagai antara hadiah birthday untuk diri sendiri. Aku bukan boleh tengok benda-benda comel terus rasa nak cuba. Tengok packaging saja dah tergoda belum lagi cuba rasa.

Packaging sampai elok cantik dalam kotak. Kalau parcel sampai dan ada botol yang pecah boleh tukar baru. Dalam Sampler Pack ada 12 flavours - Apple & Vanilla, Lemonade & Lengkuas, Grapefruit & Chamomile, Orange & Jasmine, Hibiscus & Lime, Guava & Lemongrass, Pineapple & Calamansi, Marigold Gold, Rose Green, Osmanthus Black, Borneo Krim, Rhino Ale.

Tengoklah semua botol-botol air soda yang comel ni..

Aku senaraikan top 6 flavours yang aku suka dan SYM Approved !! - Apple & Vanilla, Orange & Jasmine, Hibiscus & Lime, Pineapple & Calamansi, Rose Green dan Osmanthus Black. Flavours lain sedap juga tapi lebih kepada rasa herba, aku prefer yang ada fruity taste. Yang mana ada gabung dengan lengkuas, halia dan herba-herba lain tu menusuk kalbu sungguh rasanya. Walaupun soda rasa macam minuman tonic kesihatan memang terasa sungguh rasanya.



Semua aku dah minum habis dan sikit-sikit minum. Korang jangan tibai hari-hari pulak.. Sangat berpuas hati dengan semua flavours baru aku share dengan korang. Nak bagitau berbaloi beli Sample Pack sebab dapat rasa semua flavours. Dah rasa baru dapat decide apa flavours yang kita suka dan untuk next purchase bolehlah focus flavours yang kita suka saja. Korang yang dah pernah cuba tuuu share sikit apa flavours yang korang suka ? Bagi yang belum tapi berminat.. cepat pergi beli dan selamat mencuba.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

44 comments:

  1. Unik nama.
    Wah tetiap hari minum ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak pulak saya tulis minum hari hari huhu.. bahaya tu..
      minum sikit sikit yaa hehe..

      Delete
  2. Berkenan la tengok botol-botol unik macam ni. Kena cari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pandai depa guna botol2 macam tu.. comel2..
      tu rasa nak beli terus tu..

      Delete
  3. Pernah dengaq dah nama The Tapping Tapir ni tapi belum tergerak hati lagi nak order. Nanti nak try la perisa orange & jasmine tu, nampak macam sedap ja 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula nama familiar masa dok tengok iklan dia tu.. sedap semua..
      cari combo yang paling suka =D

      Delete
  4. cantik lah packaging dia
    nak try juga lah nanti :)

    ReplyDelete
  5. terkejut kita nama air dia..haha..not bad mcm best je air dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehee ahaha xdak perasa tapir jangan risau ahha..

      Delete
  6. INsyaallah nanti saya cuba.. =)

    ReplyDelete
  7. ni tak boleh jadi nii..nak try jugak nii...akak dok perati jer benda ni lalu lalang tapi tak sempat nak grab lagi...kalau tak silap kat supermarket pun ada dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kak rasanya ada juga kat supermarket kan.. saya penah nampak di cafe2 hipstur.. menarik kan cuba cepaaat kak..

      Delete
  8. Lawaa plak botol dia laaa, kena kita..
    Memana ada jual ke? Memang kena beli online laa yaa...ooo takpe nanti boleh skodeng nengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya di kedai2 tertentu ada jual.. dia memang jual macam untuk kedai2 high end sikit rasanya. kalo kita nk saja try kena beli online.

      Delete
  9. Cantiknya botol...dh mcm perfume la pulak

    ReplyDelete
  10. Dah lama x x minum air yg bergas, btw nama dia unik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sesekali oklah bila teringin..
      selaluuu jangan..

      Delete
  11. cantiknya packaging dia.. first time taw pasal brand ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehee saya jumpa iklan dia joget2 kat IG..
      lajuuu tekan nak beli hehe..

      Delete
  12. cantik botol dia..pineapple & calamansi..mcm sedap, masam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. the taste is very light.. kalau masam pun light jugak..
      so macam sedap je layan2 minum tu..

      Delete
  13. wawabrommm .........tergoda okeh!

    ReplyDelete
  14. Macam sedap jeeeee. Saya pun sama. Saya rasa saya lagi suka rasa yang lagi fruity. Nak try lah kalau jumpa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap semuanya.. yup betul. akak suka kalau fruity and not too sweet. suka yang masam2 sikit citrus taste gituu..

      Delete
  15. nampak ekslusif betul botol kaca dia tu ekk...ok lepas ni tau da nak pilih rasa yang mana...nak cuba elakkan kandungan spice..haha, takut takleh telan kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau.. yang rasa herbs dia tu mild saja cuma masih jelas terasa. yang herbs tu part yang ginger tu paling sedap. puas hati minum rasa nak keluar angin sokmo hehe..

      Delete
  16. So cute & exclusive. Why awak selalu update benda-benda yg buat kita tergodaaaaa? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha itu namanya benda baik tak baik kita sorok2..
      kena kongsi bersama gituuu hehe..

      Delete
  17. Wah.. best.. nak cuba juga.. hehehe
    Sangat cantik botolnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. botolnyaa exclusive.. cepat2 beli dan cuba =D

      Delete
  18. comelnya botol. Boleh buat hiasan nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe dah selamat dah hantar recycle kak..
      saya tak berseni nak hias2..

      Delete
  19. teruja nak rasa yang hibiscus & lime tu. apa la rasa agaknya ye. macam bunga rozel gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sikit2 rasa gitu.. manis2 buah n wangi bunga..
      sedap hehe..

      Delete
  20. Memang unik betul botol dan packaging dia. kalau dah habis recycle buat letak bunga hiasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa itu yang kite tak reti tu.. memang bukan jenis berseni..
      so kita hantar jual balik je recycle tu haha..

      Delete
  21. tampak klasik laa dgn punya packaging... suka suka sukaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe itula reason saya suka tu..
      tergoda terus beli hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.