Enjoy Percutian Ke Penang Dengan Budget Rendah | SITI.YANG.MENAIP

Enjoy Percutian Ke Penang Dengan Budget Rendah

/
64 Comments
July 04, 2020
MACAM MANA NAK ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH | Nak bercuti tak semestinya kena pergi jauh-jauh sampai ke luar negara. Dalam Malaysia pun apa kurangnya. Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Aku yakin belum tentu korang dah habis explore semuanya. Why not kita enjoy tempat-tempat menarik yang common dalam Malaysia. Korang boleh menikmati makanan tradisional atau local food yang sedap-sedap dan bawa balik souvenirs yang menarik. Ramai yang kasi alasan : Nak bercuti perlukan duit yang banyak.. Nak jalan-jalan kena penuhkan poket dulu.. Come on guys !! Banyak sebenarnya lokasi-lokasi menarik di Malaysia yang kita boleh teroka dan enjoy tanpa perlukan belanja yang banyak. Apa yang penting kita kena rancang betul-betul serba sedikit percutian kita supaya dapat gunakan bajet yang serendah mungkin dan dalam masa yang sama kita dapat berseronok.



Aku nak kongsikan dengan korang semua macam mana nak enjoy Pulau Pinang/Penang dengan bajet yang rendah. Do it like locals katanya. Sia-sia aku membesar di Penang kalau tak boleh tolong korang rancang perjalanan. With minimal budget pun korang still manage to taste the beauty of Penang. Apa yang seronoknya Penang selain menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana faktor keindahan alam sekitar, bangunan-bangunan peninggalan sejarah dan kemudahan tempat penginapan, Penang juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanan yang sedia menanti korang semua. Sabar.. Teruskan membaca. Aku suggest naik saja kereta sendiri untuk berjimat. Satu keluarga boleh angkut dan senang nak jalan sana sini. I am a Penangite dan tak jadi halangan untuk aku drive keliling Penang. Tapi kalau korang jenis jalan seorang diri atau backpacker boleh juga kalau nak naik bas. Sampai Penang naik teksi dan bas atau jalan kaki saja untuk ke tempat yang berdekatan. Public transportation di Penang agak tip top. Banyak option yang boleh dipilih. Rapid Penang paling popular dan ada juga Penang Hop On Hop Off dan banyak lagi. Soal penginapan pula jangan risau.

Baca : Design Rumah Banglo Moden Secara Tunai - Tak Perlu Pinjam Bank

Di tengah-tengah bandar Georgetown ada banyak sangat choices hotel bajet untuk korang pilih. Boleh rujuk SINI – Short List Senarai Budget Hotels in Penang. Carilah yang bersesuaian dengan bajet korang. Senang duduk di tengah bandar sebab semua tempat-tempat menarik walking distance. Nak naik public transport pun mudah sebab memang laluan hot spot. Nak makan dan beli souvenirs pun senang. Bila duduk di town akan rasa lebih lebih dekat dengan culture masyarakat tempatan.


Antara kelebihan duduk di sekitar Georgetown adalah berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Penang yang boleh dilawati tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Antaranya adalah :

(1) Penang Street Arts yang terkenal dengan lukisan-lukisan murals dari artis-artis tempatan dan luar negara yang terkenal especially Ernest Zacharevic. Lokasi sangat luas jadi perlukan masa untuk habis menjejaki semua Street Arts yang ada. No entrance fee dan hanya memerlukan kekuatan kaki untuk menapak. Boleh juga sewa basikal untuk mencari kesemua street arts di lorong-lorong terkenal Penang. Macam main treasure hunt rasanya menjejaki setiap satu lukisan-lukisan yang ada. Selalunya pelancong-pelancong akan bermula dari Armenian Street dan seterusnya ke lorong atau lebuh yang lain. Jangan lupa topi dan cermin mata hitam. Baru boleh bergaya sakan.

(2) Nasi Kandar Line Clear Nasi Kandar Kapitan Sup Hameed Nasi Kandar Deen Maju Nasi Kandar Beratur dan banyak lagi syurga makanan sedap-sedap. Semua yang aku senaraikan adalah kedai-kedai nasi kandar yang terkenal. Mai Penang tak pekena nasi kandaq memang tak lengkap percutian ampa aih. Kena cuba sekali dan rasa kepekatan kari dan gulai yang disediakan. Pergh !! Pilih saja nak pekena nasi kandar yang mana semua ada tarikan yang tersendiri. Tak mahu makan nasi kandar tak apa. Ada banyak lagi pilihan makanan-makanan sedap yang boleh dicuba. Naan Cheese Nasi Briyani Kambing Tandoori dan juga Milani. Sambil ceq menaip pun ceq telan air liur tak sudah. Sedapnya.

(3) Ais Tingkap atau Sarbat di Chowrasta. Ini rare !! Hanya di Penang saja ada dan wajib untuk d. Apa yang bestnya air ni, Ais Tingkap atau Sarbat adalah campuran air sirap, biji selasih dan isi kelapa. Memang sedap. Korang patut cuba kalau datang ke sini. Hmmm.. nikmatnya rasa minum kalau tengah panas terik matahari.  Memang walking distance saja nak sampai ke Chowrasta kalau korang menginap di mana-mana hotel bajet sekitar Georgetown. 


Breakfast pula haruslah cuba (4) Roti Canai Jalan Transfer. Layak jadi viral dan terkenal sebab roti canai yang dijual memang sedap. Gebu dan lembut bertambah terangkat bila makan bersama kari ayam atau daging yang super awesome. Kaw habaq ang. Kuah dia peeergh !! Pekat terasa semua rempah. Memang kalau ada kenalan datang ke Penang, aku tak akan terlepas daripada bawa mereka semua cuba roti canai disini. Setakat ini memang semua feedback adalah positif. Ada juga yang datang lagi dan request untuk makan roti canai disini. Nampak sangat rindu dan mengidam.

Lajak sikit langkah kaki boleh terus meronda ke (5) Padang Kota Lama / Fort Cornwallis. Boleh cuba Mee Sotong yang terkenal dan juga Pasembor. Make sure jangan sampai lewat petang sangat nanti kempunan tak dapat merasa. Orang memang sentiasa ramai. Sambil duduk santai tepi pantai seronoknya boleh tenangkan fikiran. Lupakan kesibukan kerja. Kita enjoy !! 

(6) Bukit Bendera / Penang Hill. Jauh sikit dari Georgetown adalah another tempat yang wajib dikunjungi jika ke Penang. Sesekali lari dari kesesakan bandar haruslah cari ketenangan di puncak bukit. Boleh tengok bandar Georgetown dari atas dan kalau cuaca betul-betul cantik boleh juga nampak Butterworth dan Jambatan Pulau Pinang. Korang juga boleh menikmati ABC yang special dan scones yang sedap di Sky Terrace. Muzium Burung Hantu pun ada dan banyak lagi tarikan menarik di Bukit Bendera. Kaki Instagram jangan lupa ambil gambar cantik-cantik. Banyak spots menarik untuk posing dan kongsikan dengan kawan-kawan.


Yang minat sejarah dan nak tahu tentang Penang dengan lebih mendalam boleh berkunjung ke (7) Muzium Negeri Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Farquhar. Banyak koleksi barang-barang lama dan klasik untuk dilihat. Sesuai juga kalau nak buat program lawatan ilmiah sambil belajar. Korang yang datang bercuti dengan anak-anak pun elok juga datang ke sini. Sesekali bawa ke tempat-tempat sejarah untuk anak-anak belajar serba sedikit tentang peradaban dan asal usul. Sambil bercuti pun dapat menimba ilmu.

Alang-alang ke Penang wajib jugalah singgah ke (8) Batu Feringghi. Boleh juga berkelah bersama keluarga. Aktiviti yang mudah tapi sangat berkualiti. Anak-anak pun mesti suka kalau dapat mandi laut. Kalau seorang diri pun apa salahnya. Sesekali bawa diri dan tenangkan fikiran melihat laut. Kalau nak borong souvenirs dan melakukan aktiviti malam bolehlah singgah ke (9) Batu Feringghi Night Market. Banyak benda yang korang boleh dapatkan dengan harga murah. Macam-macam ada dari jam tangan, baju, seluar, lukisan, keychain dan banyak lagi. Memang rambang mata.

Rasa teruja tak nak bercuti ke Penang ? Kalau rasa nak lepak bersama boleh hello dan roger. Mana tahu sama-sama kita boleh pergi makan nasi kandar. Dah boleh mula atur langkah dan plan baik-baik. Senaraikan tempat-tempat menarik yang ingin dituju. Semua tempat yang aku senaraikan taklah jauh dari hotel-hotel bajet yang ada di sekitar Georgetown. Lagipun terdapat banyak lagi hotels in Penang yang strategik dan korang boleh pilih dan tak ada alasan untuk korang tak jadi datang ke Penang. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

64 comments:

  1. hai Siti!!kak Sal mai ni!!! Memang best bercuti kat Penang kan. I olls baru balik dari sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. woo dalam diam2 eeeh akak..!! hehe..

      Delete
  2. Tolong jangan marah sebab tak roger..huhuhu. akak gi ngan kawan2,memang nak private trip before sorang member tu akhiri zaman bujang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. idok le teman nak marahnyeee.. this time tak touching sebab memang tak ada di penang.. next time datang senyap-senyap lagi memang nak kena cubit huhuhu..

      Delete
    2. penang ...lain kali saya nak ke sana..

      Delete
    3. Uncle pun pegi Penang diam2.. tak pernah roger.. kalo tak boleh banje ikan bakar hehehe..

      Delete
  3. kempunan mi sotong tu..pergi je tutup.sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jujurnya CT tak ingat pernah makan mee sotong tu or not. rasanya pernah tapi bukan yang di padang kota.. maybe kat tempat lain..

      maila lagi.. boleh terjah mee sotong lagi..

      Delete
  4. akak suka Penang. dulu2 mmg rajin ke sana esp bila Hubby ada kerja. now dah makin susah nak ke sana sebab dia dah tak berapa sihat.. Bab food kat sana mmg marbeles lah... makan je kerjanya. bukak mata makan, nak tutup mata baru lupa makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bila dah sihat nanti datanglah Penang lagi.. mengenang kenangan lama2 yang sweet2 tu hehe.. betul kak sendiri duduk Penang lama pun banyak benda tak cuba makan itu ini lagi hehe..

      Delete
  5. PENANG KECIL SAJA TAPI BNYK TMPAT MENARIK YG BOLEH DILAWATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. CT duduk puluh tahun tapi rasanya tak semua tempat menarik dah sampai hehe..

      Delete
  6. Rindunya nak pergi penang. Bagi saya penang ni dah macam syurga makanan. say it what you want semua ada dekat penang hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yes.. just name it apa you nak makan.. semua ada =)

      Delete
  7. ishhh rasa nk pegi lagi Penang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ZF awak tu dekat saja.. marila datang Penang selalu hehe..

      Delete
  8. tengok makanan, terus telan air lio

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kita geng !! payah tengok gambar makanan sure terlio..

      Delete
  9. orang Penang pun jalan tak habis lagi.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat.. kita pun sebenarnya tak habis pusing lagi.. hehe.. kadang orang tanya tempat tu tempat ni.. sendiri tak sure =p

      Delete
  10. ais tingkap tu akak x smpai2 lg...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe saja2 CT pun tak pi kak.. bawak kawan jalan2 tu yang baru sampai.

      Delete
  11. Bini org penang pun xpernah brgmbar kt street art tu...
    Hampehhh kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nak pi kena tabah berpanas.. kena pegi kak.. makan ais kepal sekali jangan lupa k hehe..

      Delete
  12. sedapnya yang roti dengan telur goyang tu. tetiba teringin lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kena mai Penang gak rasa.. kalo buat sendiri kat rumah tak jadi =P

      Delete
  13. boleh katakan tiap2 thn g penang tp x laa betul2 bercuti. last yg betul2 bercuti thn 2012. x cover semua tempat tp seronok sbb drive sendiri kan... thn ni x smpi penang lg... x tau nk g bila ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak senang and puas hati kena drive sendiri. nak pegi ceruk mana pun boleh hehe.. lama tu tak enjoy Penang bebetul.. marilah tapi jangan lupa roger ya..

      Delete
  14. Baru tahu banyak juga tempat penang yang tak pergi lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ini yang CT dah sampai.. yang CT belum sampai tudiaaaa pun banyak lagi. tak terkejar rasanya nak pergi semua tempat..

      Delete
  15. hari tu tak sempat nak explore penang, street art pun tak pergi, bnyak tak hunting food, short vacay je 'PENANGGGGGG u tungguu'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kena datang lagi tu.. banyak tak terjah lagi =)

      Delete
  16. Penang dah wishlist... InsyaAllah tahun ini sampai lah ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mari mari.. marilah jalan-jalan Penang =)

      Delete
  17. dah lama tak ke penang. memang syiok bila dapat jalan jalan cari makan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mari mari.. mari kita food hunting in Penang =)

      Delete
  18. yee betul, setuju sangat. nak travel tak perlu banyak duit pun. paling tak suka yg ajak travel tapi mngada nak naik flight la, nak duk hotel laa. transport darat ada, hotel murah ada tapi alasan penat laa, apa la. geram kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe depends on tempat yang kita nak pergi kan ? kalo boleh naik kereta.. naik kereta saja sudah. tapi kadang2 sesuai pula naik flight jimat masa. kena tengok lokasi nak pergi. hotel CT flexible.. hehe..

      Delete
  19. Patut dulu duk traveller home mat salleh ramai nak melancong ke Penang. So if i nak bercuti dekat Penang Better i pi Georgetown ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mat mat minah salleh ni depa cerdik.. depa memang duduk tempat murah2 saja depa habis duit kat benda lain hehe.. yes Georgetown antara pilihan terbaik =)

      Delete
  20. bestnya ari tu sha pergi penang kjp ja..xjln byk tmpt pun..rugi kan? haha nxt nnt nak round penang, hope ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe insyallah. meh meh datang Penang lagi. sekejap sangat tu tak puas hehe..

      Delete
  21. uwaaaa. da lama teringin nak gi penang ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. come on Neddy come here.. im here in Penang menunggu hehe =D

      Delete
  22. Penang memang ada dlm wishlist Bonde, tak tahu bila nak pergi tunggu Fatin settle exam dululah baru best nak jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilaaa Bonde marila jalan sini. jangan lupa roger ya mana tahu CT free boleh belanja ikan bakor =D

      Delete
  23. salam.. hai awak.. saya nazira, saya ada plan nak pegi penang dlm hujung bulan 11.. tapi kitaorg naik bus express pegi sana.. nak sikit dekat penang senang tak nak crik kereta sewa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ampun ampun memang tak perasan pertanyaa ini. i hope your trip berjalan lancar. kereta sewa insyallah ada tapi tak pernah cuba sewa. or skarng banyak Uber dan Grab lebih mudah rasanya =)

      Delete
  24. hi sitiyangmenaip...

    nak tanya kalau sy xde kenderaan, tapi nak stay kat tempat yg senang cari makan , jln2, shopping, pasar malam ke uptown ke.. ape2 la.. kat mane yg sesuai ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Anne.. okay CT rasa ada empat lokasi sesuai : Georgetown Tanjung Bunga Tanjong Tokong dan Batu Ferringhi. depends on keperluan n keinginan lebih kepada nak buat apa. kalau nak tengok heritage rasanya sesuai Georgetown. kalau nak pantai Batu Ferringhi la. but CT personally suka kawasan Tanjung Bunga sebab macam tengah2 diantara semua kawasan ni tapi hotel agak pricey. ada Gurney Drive ada shopping mall dan juga kawasan street food. banyak je pasar2 malam hawker stalls tapi kena tengok betul2 kawasan sebab ramai peniaga cina. lain hari lain lokasi jadi kena check lah..

      tak ada transport tak apa skarang ni banyak Uber n Grab. senang nak bergerak =)

      Delete
  25. Rasayan ckup tak 2 hri utk hbis teroka semua tmpat mknn tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. janji dedua hari itu di Penang tak termasuk journey. selalunya masa lama tu nak meronda street art dan bukit bendera. yang lain sekejap je..

      Delete
  26. Penang mmg byk tempat nak jalan2. Kalau nak pergi byk tempat kena selalu datang penang.atau duduk penang terus. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yang duduk Penang ni pun tak pernah habis pusing. ada je benda baru yang baru discover hehehe.. tempat2 makan best tu pun xdan nak pergi =D

      Delete
  27. Lama kak tak pi penang..padahal bukan jauh pun.. tak dannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yang dok kat Penang ni pun tak habis pusing Penang lagi kak =D

      Delete
  28. Berape bajet untuk 2 hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya RM100-RM150 tak campur hotel.. bergantung pada aktiviti..

      Delete
  29. As salam, maaf nk tanye klu travelog solo ke penang ok kn Siti?

    ReplyDelete
  30. Penang street art and bukit bendera je pernah pergi. bercuti ke penang kena lama lama baru sempat jalan jalan semua tempat best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yang duduk sana 30 tahun pun tak pernah habis pusing.. walaupun negeri yang kecil. memang kena lama lama baru puas..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.