Road Trip Ke Pantai Timur | Kelantan Terengganu Pahang | SITI.YANG.MENAIP

Road Trip Ke Pantai Timur | Kelantan Terengganu Pahang

/
14 Comments
July 03, 2020

ROAD TRIP KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG

ROAD TRIP KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG. Selain daripada meneroka dunia luar dari Malaysia, jangan lupa pada destinasi-destinasi pelancongan menarik yang ada di negara kita. Malaysia has a lot to offer be it kepada pelancong-pelancong luar atau pun rakyat tempatan. Kadang-kadang kita saja buat tak nampak dan tak nak ambil tahu betapa cantiknya negara sendiri. Dalam usaha menanam hasrat untuk travel ke negara-negara lain, aku tak lepaskan peluang mengelilingi Malaysia. Banyak tempat-tempat menarik yang ada belum pernah dijejaki. Tempat aku membesar pun tak pernah habis pusing. Menariknya negara kita, banyak perjalanan 'Road Trip' yang boleh dirancang. Orang utara boleh ke selatan, orang selatan datang ke utara, kita boleh ke pantai timur dan juga terbang ke Borneo Sabah dan Sarawak. Unik perbezaaan diversity yang negara kita ada. Pelbagai budaya, adat resam, makanan yang pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik. Kali ini aku akan kongsikan cadangan itinerary perjalanan 'Road Trip' aku dan MamiZ ke Pantai Timur dan gambar-gambar yang sempat kami ambil. Berdua, kami membawa hati mengubati kesunyian tanpa DediS disisi. Bermula dari Penang terus ke Kelantan, singgah di Terengganu sebelum ke Pahang dan akhirnya menamatkan perjalanan ke Bangi.




Permandangan indah di Hentian Sebelah Banjaran Titiwangsa.




ITINERARY PERJALANAN 'ROAD TRIP' KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG

Untuk merancang satu-satu trip semuanya bergantung pada minat masing-masing. Bukanlah kena rigid dan ikut menonong saja. Kalau orang suka makan tentulah kena lebihkan tempat-tempat makan yang best. Kalau suka shopping wajib selitkan tempat-tempat menarik untuk membeli-belah. Jadi yang aku kongsikan adalah berdasarkan minat aku. Mungkin boleh memberi gambaran dan cadangan. Ambil yang baik saja.. yang rasa menyusahkan letak tepi.


 HARI 1

Dari Penang Ke Kota Bharu
Hari pertama gerak awal dari Penang dan adalah hari perjalanan sambil selit beberapa tempat menarik yang boleh disinggah sepanjang perjalanan untuk ke destinasi utama - Kota Bharu.

  • Gerik / Banjaran Titiwangsa / Jeli / Rantau Panjang / Pasir Mas
  • Hentian Sebelah Banjaran Titiwangsa [Makan / Solat]
  • Rantau Panjang - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang / Bazar Siti Aminah / Bazar Fatimah / Jasa Duty Free
  • Check-in - Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan
  • Dinner : KST Ikan Bakar
  • Shopping di Wakaf Che Yeh

Tempat-tempat makan yang sedap di Kota Bharu
Kedai Makan Nasi Kuning (Nasi Khoumok), Warung Pok Mat Pulau Pisang, Restoran By T Laksam, Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan, Nasi Sup Cemerlang, Satay Razak Wakaf Baru, Alemy Meggi Ketam, Kopitiam Kita, Nasi Kak Wook, etc.

Ramai yang suka shopping di Rantau Panjang : Toto Narita, kuali, chocolates, beras siam dan makanan-makanan tempatan Kelantan dan dari Thailand. Semua nampak menggoda dan sedap. Asalnya kami nak makan di KST Ikan Bakar tapi hujan terlalu lebat. Ended up makan steamboat di Hotel Perdana.


HARI 2

Sekitar Kota Bharu Dan Gerak Ke Kuala Terengganu
Hari shopping di Kota Bharu sambil mencuba beberapa makanan tempatan yang terkenal dan sedap. Satu-satu kawasan shopping di Kota Bharu memerlukan masa yang lama untuk duduk, belek dan pilih yang berkenan di hati sambil kira berapa duit nak dilebur. Kalau masa limited untuk meronda banyak tempat kenalah pilih salah satu saja. Petang dah gerak ke Kuala Terengganu.

  • Breakfast : Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan
  • Pasar Siti Khadijah / Wakaf Che Yeh / Bazar Tok Guru : Kain Batik Sarung / Kain Batik Lepas / Baju Kelawar / Batik Crepe / Batik Sutera / Souvenirs / Makanan Tempatan / etc.
  • Lunch : Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan
  • Restoran By T Laksam
  • Pantai Irama Bachok / Pantai Tok Bali
  • Pantai Bukit Keluang / Pantai Penarik - Goreng Tepung
  • Check-in - Hotel Felda Residence Kuala Terengganu

Tempat-tempat makan yang sedap di Kuala Terengganu :
D'Ganu Cafe Steamboat Pulau Duyung, Restoran Mat Kedai Binjai, NR Seafood Village, Warung Pok Nong, Gerai Kak Pah Nasi Dagang, Air Buah Gelas Besar, AZ Selera Timur, etc.




First time menginap di Hotel Perdana Kota Bharu.

Menarik tapi sayang baju mandi tinggal. Selalu tertinggal bila jalan..


Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan.






Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan.

Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu.

Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu.




Pantai Penarik Setiu Terengganu.


Pantai Penarik Setiu Terengganu.

Hotel pilihan kami sekeluarga setiap kali ke Kuala Terengganu - Felda Residence Kuala Terengganu.


HARI 3

Sekitar Kuala Terengganu Dan Gerak Ke Cherating
Perjalanan kami santai tak kejar apa-apa. Bersepakat untuk ke Pasar Payang untuk sambung shopping apa yang patut sebelum ke Cherating.

  • Breakfast : Hotel Felda Residence Kuala Terengganu
  • Pasar Besar Kedai Payang : Kain Batik Sarung / Kain Batik Lepas / Baju Kelawar / Batik Crepe / Batik Sutera / Souvenirs / Makanan Tempatan / etc.
  • Pantai Batu Buruk / Marang
  • Pantai Kuala Abang
  • Kerteh / Pantai Kemasek / Kijal
  • Check-in - Hotel The Legend Resort Cherating Pahang
  • Dinner : D' Cherating Cafe

Kami tak singgah lunch dimana-mana kedai makan sebab masih kenyang breakfast di hotel. Kain batik crepe atau sutera di Pasar Payang pilihan banyak dan cantik tapi aku rasa kain batik crepe di Pasar Siti Khadijah lebih cantik dan kemas. Harga memang mahal tapi puas hati dengan kualiti. Pantai Kemasek adalah pantai favourite aku di Terengganu.


HARI 4

Cherating Pahang Dan Pulang Ke Bangi
Hari terakhir 'Road Trip' ke Pantai Timur hanya dihabiskan sekitar kawasan hotel saja. Menjenguk pantai dan berkuak kekupu di dalam swimming pool. Beli keropok lekor di Cherating (sedap juga) untuk dibawa pulang ke kampung halaman.

  • Breakfast : Hotel The Legend Resort Cherating Pahang
  • Keropok Lekor di Cherating
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
  • Bangi Selangor




Hari ketiga sedikit sentimental buat aku dan MamiZ. Kami melewati Kerteh meronda-ronda mengenang waktu dulu ketika tinggal disana. Sempatlah aku membesar di Kerteh sekejap sebelum pindah ke Pulau Pinang. Jenguk rumah sewa yang lama masih kukuh dan tak banyak yang berubah. Kerteh masih sama seperti Kerteh yang dulu. Setiap kali ke Kerteh, DediS pasti akan singgah bergambar di signage Pangsapuri MRSM Kerteh. Kenangan katanya tempat pertama posting sebagai pendidik. Kini semua hanya kenangan.. Janggal dan sedih rasanya kembali ke Kerteh tanpa DediS bersama bersama.  

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu.

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu.

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu - Lokasi pengambaran filem Mael Lambong.

Perkampungan nelayan di Kerteh.



Pantai Kemasek Terengganu.



Hotel The Legend Resort Cherating.

Kawasan pantai yang sendu di awal pagi.



Empat hari memang tak cukup dan puas meronda kawasan di Pantai Timur. Tak tahulah kena berapa hari baru cukup sebab terlalu banyak tempat menarik untuk singgah tapi terlalu sedikit masa. Kalau nak squeeze semua memang tak akan mampu. Memandu sendiri memang seronok boleh pergi mana saja dan berhenti ikut suka tapi seharusnya sangat memenatkan. Belum lagi cerita dengan pulau-pulau cantik yang ada. Banyak aktiviti menarik nak dibuat dan pelbagai makanan nak dimakan. Trip pulau memang kena asing tak boleh campur dengan kawasan lain. Aku dan MamiZ memang memilih untuk santai saja tak perlu rushing. Kalau tak sempat singgah tak apa tak perlu rasa terkilan. You can always plan untuk pergi lagi next time. Ada masa kita rancang lagi perjalanan 'Road Trip' kawasan lain pula mengelilingi Malaysia. Doa yang baik-baik saja.. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook | Facebook Page |




You may also like

14 comments:

  1. Wah..roadtrip. bestnya. Pantai timur ni bab makan paling win. No.2 shopping. Mesti banyak hasil tangkapan na

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan memang best2 tapi tah kenapa macam tak ada mood nak mencari sangat. sebab da penat nyopping kot hehe.. hasil tangkapan MamiZ aje.. borong macam-macam..

      Delete
  2. Rindu Terengganu bila baca post kak Siti ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe marilaaa kita ber'road trip' ehehe..

      Delete
    2. Tunggu kita balik nanti? :D

      Delete
    3. do let me know when ur back in town okay =)

      Delete
  3. wahhhhh g kelantan... syoknya... rindu nak balik kelantan la pulok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilaaa nak kelik Kelantan tu Kak Ekin.. hehe..

      Delete
  4. Cantiknya gambar..kami duk terengganu..hai

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooo yeke.. area mana tu Terengganu. nanti kot sampai sana lagi bolehla banje kite celup tepong ngeh2..

      Delete
  5. x cukup 1 1/2 hari gi kelate. kena stay 3 hari baru puas hati nak shopping n makan2! heheheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh sebab selalu jugak pegi tu yang skejap2 je tu..
      tapi ni lama dah x pi kena repeat pi lama sikit..

      Delete
  6. Jarang sekali ke pantai timur. paling jauh pahang je. nak lajak ke kelantan terengganu rasa jauh nau. teringin nak pergi pasar siti khadijah yang baru tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kena pergi dan plan betul2 trip tu.. sebab mmg perjalanan jauh baru berbaloi masa yang diluangkan. hehe.. pergi PSK tuuu rambang matoo..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.