Trip New Zealand 2019 : Dari Kuala Lumpur Ke Auckland & Makanan Halal Di Uncle Man's Restaurant | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Dari Kuala Lumpur Ke Auckland & Makanan Halal Di Uncle Man's Restaurant

/
42 Comments
July 18, 2020
Trip New Zealand 2019 : Dari Kuala Lumpur Ke Auckland Dan
Makanan Halal Di Uncle Man's Restaurant

Alhamdulliah syukur untuk kesempatan dan rezeki yang diberikan olehNya. Dah bertahun aku dan MamiZ menabung sikit-sikit untuk ke New Zealand. Memang dalam wishlist antara negara yang nak pergi dan bulan-bulan memang asingkan duit supaya tak terasa segedebuk duit keluar bila sampai masanya nak berbelanja. Bukan petik jari terus dapat pergi yaaa.. Jamu mata dulu tengok orang lain pergi sambil bersabar berangan dan akhirnya bulan December 2019 yang lepas dapat kami terbang kesana. Aku dah kongsikan itinerary dan budget dalam previous posts jadi silalah rujuk dan semoga membantu. Sekarang tiba masa nak membebel bercerita pula. The trip was so great and awesome. Tak ajak sesiapa pun untuk join this trip dan memang plan dengan MamiZ saja - trip anak beranak. Aku buat perancangan sendiri guna rujukan here and there baca kutip pengalaman dan perkongsian orang lain. Sendiri susun aktiviti-aktiviti disana yang nak dibuat dan pilih yang bersesuaian dengan kami. Nama pun trip anak beranak jadi tentu saja kita tahu apa yang family kita suka dan tak suka. MamiZ ikut saja apa yang aku dah plan dan aku rancang perjalanan ikut pace sendiri. Asalnya ingat nak pergi dengan tour agent sebab tak rasa yakin dan mampu untuk drive sendiri.. Tapi dah tolak tambah harga rasa better pergi sendiri. Nak cabar kemampuan diri untuk memandu di negara orang.

Walaupun dah bertahun rancang nak pergi New Zealand, tapi aku tak beli tickets awal-awal yaaa.. Aku dah serik sebab takut tak jadi pergi nanti terkilan dan sedih. Kami memang plan untuk naik Malaysia Airlines jadi aku selalu survey harga tickets untuk compare harga yang selalu dipaparkan. Nak standby kalau tiba-tiba dapat harga yang mampu beli, terus nak grab. Sekitar bulan August rasanya harga yang paling murah setakat yang selalu aku tengok untuk pergi pada bulan December. MamiZ tengah buat Haji aku tanya terus decide nak beli. Asalnya kami rancang untuk pergi selama sebulan tapi harga tickets balik pula tak mengizinkan - jadilah 19 hari saja disana. Selain daripada harga tickets, perbelanjaan lain pun penting untuk diambil kira. Semua mahal belaka - pergi peak season memang mengundang belanja yang tinggi.

Selesai semua persediaan..
Jom kita terbang ke New Zealand bersama-sama..




Day 1 [11122019 Wednesday]

Penerbangan ke Auckland dari Kuala Lumpur menaiki pesawat Malaysia Airlines pada pukul 08:30PM. Pukul 05:30PM dah sampai KLIA memang plan pergi awal tak terkejar-kejar. Nak balut luggage dan beratur panjang pula nak drop bags tiba-tiba dapat SMS - penerbangan delayed to 09:00PM. Tak apalah.. nak buat macam mana. Menjenguk ke kaunter drop bags tengok dah buka tapi seorang manusia pun belum ada yang beratur. Mungkin sebab dapat information kata lewat tadi kot.. Aku tak beli seats dalam flight sebab mahal gila jadi redha saja random seats pun.. Disebabkan tak ada orang lagi aku saja tanya kalau dapat tukar tempat duduk aku dan MamiZ supaya dapat dekat-dekat. Alhamdulillah dapat tukar !! Tapi tak dapat duduk tepi tingkap, tak adalah gambar sayap kapal terbang kali ni. Hihihi.. Lama lagi masa nak boarding kami pergi makan dulu dan solat. Masuk ke departure gate selesai urusan kastam semua dapat lagi SMS kata penerbangan sekali lagi delayed to 09:30PM. Muka masing-masing menunggu di gate dah kebosanan. Memang bosan menunggu tapi tak apalah yang penting perjalanan semua selamat pergi balik.

Finally pukul 09:45PM baru dipanggil masuk ke dalam kapal.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan NamaMu Ya Allah..

Bantal leher ni anak-anak murid bagi..
Diorang suruh bawa masa travel.. baiklah ni haaa dah bawa dah..


PENERBANGAN 12 JAM DARI KUALA LUMPUR KE AUCKLAND

Fuuuh lebih sepuluh jam dalam kapal terbang cabin Economy memang mencabar sungguh. Especially untuk sesiapa yang ada masalah tulang belakang macam aku lagilah seksa rasa. Setiap satu ke dua jam aku akan meronda dalam cabin buat pusingan exercise regangan sikit. Pedulikan orang lain tapi diorang pun tak ada masa nak peduli kita. Aku suka juga penerbangan lewat malam sebab senang nak tidur. Kerusi leg room pun selesa dan sebelah aku tak ada orang jadi aku dapat more space. Makanan dihidangkan dua kali - sekali ketika depart (dinner) dan esok pagi (breakfast). Dah lama tak naik Malaysia Airlines dan jujurnya aku rasa makanan yang dihidangkan biasa saja dan kurang rasa tapi tak adalah teruk sangat sampai tak boleh makan. Sedap yang biasa saja.. Teringat dulu untuk menu cabin Economy pun makanan sangat sedap. Sepanjang journey memang 3/4 waktu aku tidur. Tidurlah sebab sampai nanti tak adalah terasa jet lag sangat sebab beza hampir 6 jam dengan waktu di Malaysia. Bagus sangat cabin crew tolong announce waktu untuk solat Subuh. EncikA sebelah aku pun siap bagi pinjam spray untuk ambil wuduk tapi aku lebih selesa kalau ambil di toilet. Korang boleh cari rujukan dan panduan untuk solat dalam kapal terbang yaaa..

Untuk penerbangan jauh.. aku saran untuk bawa juga jajan serba sedikit sementara nak tunggu dapat makanan. Kalau korang sejenis macam aku yang suka ngunyah.. lagi kena prepare. Pilihan movies dalam flight agak menarik dan macam-macam juga aku tengok untuk layan mata sebelum terlelap. Aku akan bawa tudung sarung sehelai dan tukar bila dah dalam flight untuk keselesaan. Tak sanggup nak tidur dengan shawl terlilit aku rimas. Tanggal make up dan bersihkan muka untuk tidur. Nanti dah nak sampai tukar balik tudung dan pakai make up.


Merentasi Australia and yahoo !! Dah nak sampai Auckland.

Isi ikan yang keras. Tapi sauce sangat sedap..

Tuna Croissant tu sangat sedap..

Yang lain panas tapi hash brown sejuk. Huhuhu..

Day 2 [12122019 Thursday]

Penerbangan yang smooth dan alhamdulillah selamat mendarat di Auckland International Airport pada pukul 12:30PM waktu tempatan. Excited sangat rasa !! Nampak cuaca cerah cantik saja..

TIGA JAM MENUNGGU UNTUK LEPAS KASTAM DI AUCKLAND

Dalam sejarah, inilah pertama kali sampai hampir tiga jam terpaksa beratur dan menunggu untuk lepas pemeriksaan kastam. Kalau korang rasa seram nak lepas kastam Australia, try New Zealand pula. Sama jugalah kena tick dan declare apa yang berkaitan dalam arrival form. Jangan nak selindung dan sorok-sorok yaaa.. Bukan nak takutkan korang tapi inilah antara perkara-perkara yang kita kena expect bila ke negara orang. Kami kena tunggu tiga jam bukan sebab kami kena tahan atau kami didapati bersalah, tapi disebabkan line untuk declaration terlalu panjang dan setiap pegawai sangatlah rajin untuk menyelongkar setiap luggage yang dibawa. Ada lebih dari sepuluh kapal terbang yang mendarat lebih kurang sama waktu jadi boleh agak manusia ramai mana yang beratur. Sama seperti Australia, kalau kita tak bawa bahan-bahan yang kena declare - terus saja ke last counter dan boleh keluar. Tapi tak boleh happy sangat sebab kadang-kadang walaupun di kaunter last tetap ada pemeriksaan yang dijalankan secara random. Kalau kantoi menipu haaa.. Naya. Kalau bawa makanan atau barangan lain yang wajib declare segalanya. Apa saja yang dibawa kalau tak pasti tu declare sajalah daripada saja-saja kena bayar denda. Tabahlah berbaris dan tunggu giliran. Nak buat macam mana dah kita di tempat orang kenalah ikut peraturan-peraturan disana. Di bahagian declaration pula ada dua counter - yang bawa makanan dan yang bawa peralatan sukan seperti surfing board dan hiking shoes. Kasut sneakers biasa tu tak apa ini kasut yang memang digunakan untuk panjat bukit yang ada tanah melekat dan sebagainya. Gigih aku nampak seorang pegawai mengorek tanah yang melekat di kasut dia buat apa tuuu aku pun tak pasti.

Beberapa orang lagi dihadapan sebelum sampai giliran kami. Ada pasangan dari Malaysia kena buka semua luggage yang dibawa termasuk luggage pakaian anak-anak. Tudiaaa rajin sangat ni diorang nak check. Habis sehelai demi sehelai pakaian diangkat. Aku rasa.. sebab diorang tak pack makanan dalam satu tempat sebab each time buka luggage ada makanan yang terselit jadi itu agaknya habis semua luggage kena periksa. Seram !! Kaunter sebelah ada seorang pegawai muka dah semakin ketat. Dia baru lepas check luggage satu pasangan C*** tak tahu dari mana - sampai naik suara semata dia suruh buka parcel yang berbalut dengan surat khabar dan plastic. Dah buka baru tahu ada jeruk ikan ke jeruk apa tah.. Terus kena pergi masuk satu bilik khas yang ada berdekatan dengan kaunter pemeriksaan. Dalam hati berdoa tak mahu dapat dekat pegawai tu tapi itulah.. yang tak mahu tu yang dapat. Memang jodoh dengan pegawai tu.. Masa giliran kami dia just tanya dalam beg mana ada makanan - aku cakap jujur memang semua dalam satu luggage saja. Just buka luggage yang ada makanan dan dia belek-belek semua makanan yang dibawa. Aku biar saja dia check dan alhamdulillah sekejap sangat dia check terus dia tutup luggage semula. Pegawai tu senyum dan cakap kami boleh pergi. Lega sangat-sangat rasa dihati. Beratur hampir tiga jam untuk urusan hanya lima minit.. Jadi korang jangan takut sangat ikut saja arahan jangan susun luggage tunggang langgang. Susun elok-elok kasi kemas. Kalau diorang buka tengok tersusun elok diorang pun senang hati tak serabut. Haaa.. Syukur memang dari awal tak plan nak ambil kereta sewa pada hari arrival kalau tak menangis sajalah mampu bila semua offices tutup by 05:00PM.




Keluar di Arrival Hall terus nampak kedai Vodafone. Aku beli simcard Voda package pelancong dengan harga 69.00NZD (RM192.97 approx) dapat 10GB data dan free saja untuk kegunaan social media seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Ada package lagi murah tapi untuk 19 hari aku rasa package yang aku beli dah cukup baik. Plus, aku share hotspot dengan MamiZ jadi sangat berbaloi. In term of coverage, ada juga few areas yang tak ada signal tapi don't worry. Tak akan sesat punyalah.

PERKHIDMATAN SUPERSHUTTLE SELAIN SKYBUS UNTUK KE AUCKLAND CBD DARI AUCKLAND AIRPORT

Ramai yang suggest untuk naik SkyBus New Zealand untuk ke Auckland CBD. Antara option terbaik untuk ke bandar. Memang murah dan senang untuk kita reach CBD dari airport - hanya NZD17.00 (RM47.54 approx) sehala. Di Auckland, aku menginap di Jucy Snooze Auckland untuk dua malam. Aku tengok laluan SkyBus ada stop di kawasan yang dekat dengan hotel tapi masih kena menapak untuk beberapa minit dan terpaksa mengusung luggage. Laluan pula agak berbukit. Kalau aku seorang tak apa tapi aku dengan MamiZ jadi tak mahulah bersusah payah berjalan setelah seharian menempuh perjalanan yang jauh. Godek punya godek aku jumpa alternative yang lebih mudah dan beza harga pun hanya dalam 1NZD - 2NZD saja. Aku decided untuk gunakan service SuperShuttle untuk dihantar terus ke depan pintu hotel. Untuk dua orang penumpang kami hanya bayar NZD38.00 (RM106.27 approx) - seorang hanya NZD19.00. Harga bermula dari NZD15.00 nanti driver akan kira jarak sekiranya kena tambah harga kalau walk-in. Lagi menarik.. luggage pun diorang akan tolong angkat. Okay sangat aku rasa harga tu dan terus sampai hotel tak perlu nak menapak dah. Perkhidmatan SuperShuttle boleh ditempah sebelum kesana, ketika dah sampai atau terus walk-in tunggu shuttle sampai pun tak apa. Aku hanya walk-in tak buat booking awal pun.. Cuma kena tunggu turn lama sikitlah priority diberikan pada yang dah buat tempahan awal. Kalau ada seat lebih baru diorang bagi yang walk-in pula. Tapi tak lama sangatlah kami tunggu. Shuttle keempat kami dah dapat naik dan kekerapan sangat pantas. Keluar dari pintu utama airport dah nampak signage untuk tunggu shuttle. Bersebelahan saja dengan tempat menunggu untuk naik SkyBus.

Kelebihan kalau tempah awal - korang terus dapat tempat dalam shuttle dan boleh terus gerak. Tapi kena pastikan korang ada di stand pada waktu yang korang dah booking tu. Kalau terlepas waktu kena tunggu jugalah kalau ada kekosongan dalam trip seterusnya (sama macam walk-in). Melihatkan pada masa menunggu di kawasan kastam, ada possibility untuk terlepas waktu yang ditempah melainkan tak sangkut di dalam terlalu lama. Jomlah kita ke hotel untuk berehat.

Bilik just nice untuk berdua.

Sampai di Jucy Snooze Auckland semua urusan check-in pun mudah. Semua bayaran tempat tinggal sepanjang di New Zealand aku dah selesaikan sebelum kesana. Boleh saja kalau nak bayar di counter tapi aku malas nak usung cash atau buat bayaran on the spot. Ringan sikit kepala bila bayaran-bayaran tertentu aku dah selesaikan lebih awal. Aku hanya gunakan Booking.com dan Agoda saja untuk trip kali ni langsung tak ada sewa Airbnb. Untuk dua malam, hanya RM372.76 - bagi aku okay sangat dah harga ni. Kedudukan Jucy Snooze Auckland pun dekat dengan kawasan utama Auckland CBD jadi boleh jalan kaki. Tempat makanan halal pun ada beberapa juga nearby. Hari kedua aktiviti kami santai saja tak ada benda nak dikejar. Kami rehat sekejap hilangkan letih perjalanan mandi dan solat. Lepas tu masing-masing dah lapar kena keluar cari makanan. Disebabkan belum sewa kereta jadi kena guna public transport. Nak pergi makan jauh sikit dari kawasan hotel. Aku gunakan service Ola Cab - macam Grab di Malaysia untuk bergerak ke sana sini. Sangat mudah hanya register seperti biasa isi form dan bagi details card yang diperlukan dah selesai. Bayaran cash tak diterima jadi aku letak acc Debit Card sebab dah standby duit dalam tu untuk public transport. Yang bestnya Ola Cab ni, untuk dua minggu pertama semua trip dapat potongan 50% off. Sangat jimat jadinya.

MAKANAN HALAL DI UNCLE MAN'S RESTAURANT KARANGAHAPE

Uncle Man's Restaurant ada juga branch di Queen Street - Uncle Man's Express tapi kami tak mahu pergi yang express, kami nak pergi yang restaurant jadi kenalah ke Karangahape. Yang express terletak dalam bangunan Sky World Entertainment Centre - area food court kalau tak silap. Aku tahu MamiZ tak berkenan tempat-tempat hiburan shopping mall sangat jadi kita terjah yang jauh sikitlah. Anak-anak murid aku yang study disana pun kata yang express kurang uumph jadi diorang suggest terus ke restaurant. Agak jauh jugalah dari hotel tapi Ola Cab kan ada.. Jangan susah hati sangat. Jomlah kita pergi makan.

Uncle Man's Malaysian Restaurant & Takeaway
277 Karangahape Road, Auckland CBD,
Auckland 1010, New Zealand.

Uncle Man's Express
291 Queen Street, Auckland CBD,
Auckland 1010, New Zealand
(Sky World Entertainment Centre)

Nasi Ayam NZD14.50 (RM40.55 approx)

Kuey Teow Goreng NZD13.50 (RM37.76 approx)

Singgah Countdown belakang hotel beli jajan.


Kedainya kecil saja tapi boleh muat ramai orang juga aku tengok. Yang bestnyaaa disana, bukan Malays saja yang datang makan tapi ramai juga bangsa asing. Excited aku tengok diorang enjoy makan makanan Malaysia. Pekerja-pekerja semua orang Melayu jadi teruja juga (hahaha baru sampai tapi perasaan macam dah lama tak jumpa orang Melayu - gedik !!) Kami order set Nasi Ayam untuk MamiZ dan Kuey Teow Goreng untuk aku total NZD28.00 (RM78.31 approx). Hamek kau !! Tapi normal la harga sebegitu dah kita makan di negara orang currency pun tak sama jadi kena prepare. Kalau nak totally jimat memang tak perlu makan luar jadi korang kena masaklah. Aku memang dah asingkan duit khas untuk perbelanjaan makan di kedai selain daripada yang nak masak. Tak adalah masak memanjang kami ni sesekali nak makan di luar juga. 

Bagi aku makanan di Uncle Man's Restaurant sedap dan portion yang besar sesuai dengan harga. Kami tapau Kuey Teow Goreng sebab tak mampu nak habiskan dan aku tolong MamiZ habiskan Nasi Ayam. Kuey Teow Goreng jadi breakfast kami berdua esok harinya. Memang kenyang yang amat walaupun kongsi berdua. Jadi kalau nak jimat sikit, order sikit saja dan kongsi makan. Plain water free flow saja nanti diorang hantar ke meja tapi kalau nak order air lain pun ada saja dalam menu. Lepas makan kami patah balik ke hotel dan singgah Countdown sekejap beli jajan. Beli snacks dan buah-buahan sikit buat bekal esok nak meronda Auckland CBD. Walaupun dah pukul 08:30PM, langit masih cerah. Ini yang seronoknya jalan musim panas - siang panjang.

Dah sampai hotel.. jomlah rehat.
Esok nak berjalan-jalan lagi kena ada energy yang cukup..

Selamat malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

42 comments:

  1. Bosan tunggu kapal terbang kalau asyik tertangguh sahaja.
    Memang kastam sana teliti. Memang jaga industri pertanian di sana.
    Pernah makan di Uncle Man's.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. mujur tak lama sangat kalo tak bertambah2 bosan rasa menunggu. tengok budak2 dah mula meragam hihi orang lain pun tak senang duduk da. haaa itula kan sebabnya gigih korek tanah kat kasut tu hehe..

      Uncle Man wajib disinggah =)

      Delete
  2. Menarik dan menyeronokkan..yg tak best..kadar tukaran wang tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab currency memang tak boleh buat apa..
      wang kita nilai kecik. kos sara hidup disana pun mahai..

      Delete
  3. Bestnya Siti dapat jalan2. Nnt nak jalan2 sana KakYa refer blog Siti .. Tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. setelah bertahun menabung =)

      Delete
  4. Cantiknya gambar and dapat dating dengan our mama is the best moment ever. Love to read more from you. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. dats why plan juga nak pergi dengan MamiZ..
      asyik jalan2 dengan kawan2 je sesekali bawa mak pula..

      Delete
  5. seronoknya baca pengalaman siti, bab makanan halal tu penting kan. Aah murah juga harga hotel untuk 2 malam, harga makanan kalau convert memang mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kawasan Auckland ni saingan sengit bab penginapan so diorang offer murah walaupun tengah peak season. kat tempat2 tertentu tercekik harga dia..

      Delete
  6. tips tentang penyimpanan makanan dalam satu luggage tu berguna sangat2...reaksi pegawai tu menunjukkan dia senang hati betul sebab mudah dia nak check..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu jenis main tibai jugak.. tapi da lama2 belajar sikit2. kita mudahkan diorang untuk check.. diorng cepatkan proses untuk kita..

      Delete
  7. bestkan siti dpt jalan2 new zealand.. wak ni selalu gak limpas kampong new zealand felda kat pahang tuuh.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. berkat anak beranak menabung bertahun2..
      hehe kampung tu saya penah lintas sekali je Wak.. ok juga tu hehe..

      Delete
  8. 3 jam tggu kastam? i is pengsan dulu kt situ... aduhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaa sisturrr.. tiga jam lenguh kaki berdiri. habis duduk bersila kat lantai pun yaaa macam2 gaya dah ragam manusia..

      Delete
  9. bestnya bercuti..teringin jugak nak bercuti ke luar negara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki tak kemana.. sediakan tabung
      pelan2 menabung =)

      Delete
  10. Wahh..seronoknya ke New Zealand...entah bila saya nak sampai sana. Btw terima kasih Siti sudi jadi follower saya yang pertama :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki. insyallah..
      saya pun bertahun kumpul baru dapat kesana bawa mak =)

      Delete
  11. Hmmm..respect to your mamiZ..traveller tegar..
    NZ mmg teringin nak p..tp datang covid ni..macam terkubur jer..
    klu panjang umur pun..tak p kut..
    Then saya tumpang tengok gambar n experience SYM jer la...ngeee,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi rasanya sepanjang trip ni MamiZ punya stamina lagi kuat. saya ni ada juga kecundang few times tak larat. mak relax je dia hehe.. jangan cakap gitu rezeki ni kita tak tahu..

      kita doa saja Allah mudahkan urusan
      dan murahkan rezeki kita dan beri yang terbaik =)

      Delete
  12. Best jalan di negara orang. Cuma seram nak lepas kastam kat airport huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu saya ni jenis relax la juga kat kastam tu.. sbb tahu kita bukan buat salah apa2. tapi dah beratur pun tiga jam nak tunggu giliran haih.. takut la jugak.

      Delete
  13. Balik rumah makan pasir la kalau hari-hari makan nasi ayam kt Uncle Man's.. ahhahah .. thanks for the info.. Nanti nak pegi boleh tengok sini lagi utk rujukan.. Masalahnya skg ni, bila lah boleh terbang ke luar negara lagi? eheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita mmg menetap disana mmg gitula harga yang kena hadap. living cost tinggi tapi gaji minimum hour pun tinggi juga. sesuai dengan keadaan hehe.. kalo convert duit kita memanggg rasa nak telan makanan tak lalu hehe..

      at the moment boleh je tapi atas urusan tertentu rasanya..
      semoga kembali normal secepat mungkin..

      Delete
  14. bestnya travel..
    i'll go soon, not just travel but honeymoon haha
    harap dipermudahkan^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. hehe lagi menarik tu honeymoon.
      insyallah semoga keadaan kembali normal secepat mungkin =)

      Delete
  15. Lama tak baca travelog CT. Bestnyaaa.. 19 hari di NZ.. SUBHANAALLAH.. Husniey pun belum habis sharing pasal Perth 😂 memang ambil masa lama kan nak siapkan blog post.. Seramnya baca 3 jam ambil masa nak lepas kat airport NZ tuuu.. Rajinnya depa buat kerja check satu persatu 😅 Dekat Aussie dah berdebar teruk bila kena tanya itu ini.. Alhamdulillah lega bila baca urusan CT & MamiZ dipermudahkan.. 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau dah mula nak siapkan entry jalan2 mmg makan masa dan perlukan kerajinan. nak belek2 balik notes dan ingat balik cerita haha.. rasa macam kastam Australia da strict abes.. rupanya NZ macam lagi strict je. gigih depa check semua seram gilaaa.. jenuh berdoa supaya mudah semua.

      alhamdulillah.
      cepat Husniey siapkan entry nak baca ni =D

      Delete
  16. sedapnya nasi ayam & ketiau goreng Uncle Man tu...best jalan2 sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. jalan2 sendiri lebih puas tapi penat sangat.
      and bila memandu tu takleh enjoy kiri kanan haha..

      Delete
  17. halal food..memang super expensive kat luar...
    12 jam dlm flight ..adoi la..pengalaman kan..
    best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dok lama dalam flight atet montot tapi tahan jela..
      mampu tiket economy je hihi..

      Delete
  18. uiihhh..3 jam kat kastam..bertabah la. betul la ct, kita kat negara orang. ikut je lah peraturan & undang2 negara tu. what to do. Jauh berjalan, luas pandangan. Ni pun dikategori pengalaman kat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tabah sangat. masa line panjang tu lagi clueless apa jadi kat depan lama sangat ni. seram cuak semua ada.. tapi more to penat menunggu.

      Delete
  19. Bilik best, makanan best, bantas Tu pun best.. semua best lah

    ReplyDelete
  20. Bestnya dapat travelling. KSarie menumpang tengok gambar cantik-cantik yang Siti sharekan. Berbunga-bunga hati ksarie tengok tempat molek-molek di New Zealand

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perkongsian saya bermanfaat kak..
      ada rezeki saya doaakan akak sekeluarga dapat kesana pula =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.