Trip New Zealand 2019 : Makanan Halal Di Luna's Express, Shopping Souvenirs Di Auckland, Britomart & Auckland Ferry Terminal | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Makanan Halal Di Luna's Express, Shopping Souvenirs Di Auckland, Britomart & Auckland Ferry Terminal

/
38 Comments
July 20, 2020
Trip New Zealand 2019 : Makanan Halal Di Luna's Express, Shopping
Souvenirs Di Auckland, Britomart & Auckland Ferry Terminal

Day 3 [13122019 Friday]

Pejam celik masa berlalu dah hari ketiga. Kami plan untuk meronda sekitar Auckland CBD dan buat beberapa aktiviti. Santai saja jalan kaki naik Ola Cab sebab belum sewa kereta lagi. Hari kami dimulakan dengan pergi makan breakfast di kedai yang menjual hidangan Vietnam halal iaitu Luna's Express - dekat sangat dengan hotel jalan kaki saja. Alhamdulillah cuaca baik cerah cantik langit membiru. Kena doa cuaca elok sebab nanti kami nak join tour ke tengah laut. Kuey Teow Goreng dari Uncle Man's jadi bekalan kami untuk lunch. Siap tapau dalam bekas yang siap dibawa dari Malaysia. Plan nak shopping souvenirs sikit di Queen Street survey harga dan kalau rasa nak membeli tu beli sajalah buat syarat. Tak adalah nak memborong sangat sebab tahu harga souvenirs di Auckland mesti mahal. Petang pula aku dah book tickets untuk join tour untuk menjejaki whales dan dolphins. Tunggu dan lihat ada atau tak rezeki kami nak tengok ikan paus.






MAKANAN HALAL DI LUNA'S EXPRESS AUCKLAND

Luna's Express menyediakan hidangan makanan Vietnam yang halal. Aku dah survey dan tanya untuk kepastian di FB Page Luna's Express sama ada Luna's Express. Siap sijil halal yang disahkan oleh FIANZ (The Federation of Islamic Associations of New Zealand) disertakan jadi yakin untuk pergi makan disana. Aku tak pernah pun makan makanan Vietnam tapi dah aku tengok kedai ni dekat dengan hotel jadi aku include dalam itinerary so that we could have our breakfast sebelum sambung meronda. Marilah kita pergi makan makanan Vietnam di New Zealand hihihi..

Luna's Express
30 Chancery Street, Auckland Central,
Auckland 1010, New Zealand


Morning walk dari hotel ke Luna's Express.

Comel kedainya..

Early birds dapat kopi cawan besar hanya for NZD3.00 (RM8.38 approx).

Interior kedai pun cantik dan kemas.

Kopi NZD3.00 cawan besar untuk MamiZ.

Pilihan makanan yang dipilih. Pho dan Banh Mi..

Banh Mi penuh cili weh !! Jenuh nak buang..

Banh Mi yang berharga NZD15.00 (RM41.92 approx).

Beef Pho yang berharga NZD14.00 (RM39.13 approx).



Sesiapa yang dah familiar dengan makanan Vietnam mesti tahu Pho dan Banh Mi adalah antara hidangan popular disana. Sebab itulah kami pun nak cuba sebab masing-masing no idea macam mana rasa Pho dan Banh Mi. My honest review, makanan di Luna's Express adalah sedap walaupun tahap pedas sukar nak tolerate - sebab aku memang tak makan pedas. Aku makan Banh Mi dan rasa macam makan sandwich Subway versi Asian sangat sebab penuh cili dan ketumbar. Hoooi !! Berasap mulut rasa bila makan first bite tapi overall sangat sedap. Cukup rasa dan sesuai dengan selera tekak Melayu aku. Beef Pho yang MamiZ order pun just nice. Aku rasa sikit soup sebelum MamiZ gaul dengan cili flakes - rasa macam makan Kuey Teow Sup. Jenuh nak habiskan sebab portion memang besar. Seperti biasa aku kena tolong MamiZ habiskan makanan. Pedas gila tapi memikirkan harga aku telan jugalah. Banh Mi ditapau buat bekal atas boat nanti. Total perbelanjaan breakfast kami adalah NZD32.00 (RM89.43 approx).

Jadi kalau korang tercari-cari kedai makanan halal di Auckland untuk dicuba, boleh pergi ke Luna's Express. Ada banya lagi pilihan makanan Vietnam yang ada. Rambang mata nak pilih..


MERONDA SEKITAR AUCKLAND DAN SHOPPING SOUVENIRS

Lepas makan kami meronda-ronda sekitar bandar Auckland. Jalan celah bangunan-bangunan tinggi dan tengok bentuk binaan bangunan-bangunan disana. Cantik juga.. Jumpa taman singgah sekejap bergambar nampak yang unik sikit pun berhenti juga. Lenguh berjalan cari kerusi duduk sekejap. Memang jalan santai saja sebab banyak lagi masa nak join tour. Slowly menapak dan enjoy the day. Berdekatan dengan kawasan Luna's Express ada Chancery Square - tempat untuk shopping dan makan. Tapi sayangnya kami pergi awal pagi sangat kedai-kedai masih banyak yang belum buka. Aku rasa kawasan ni mesti cantik pada waktu malam sebab ada banyak lampu. Dalam kawasan Chancery Square ada kedai Mamak Malaysia Restaurant yang juga menyediakan hidangan halal. Senang sangatlah nak jumpa makanan halal di sekitar Auckland CBD. Kami lalu juga Albert Park tapi berbukit benar nak sampai ke tengah-tengah taman kami tak sanggup nak mendaki bukit menapak kesana. Ambil gambar di pinggiran sajalah aci kira kata dah sampai. Belakang block bangunan-bangunan di Chancery Street dan High Street dah sampai ke Queen Street. The heart of Auckland City katanya sebab disinilah selalunya ramai orang akan tumpu kalau shopping. Sepanjang jalan Queen Street penuh dengan kedai-kedai barangan berjenama dan kedai-kedai souvenirs. Berbanding jalan-jalan lain, memang Queen Street sangat sibuk dan ramai orang. Korang pilih sajalah nak masuk kedai mana sebab lebih kurang saja barangan yang dijual. Harga pula tak adalah jauh beza standard mana-mana kedai pun. Kami tak beli sangat souvenirs sebab aku baca ditempat lain souvenirs dijual dengan harga yang lagi murah. Semestinya di Auckland harga lebih mahal. Tapi tak sah kalau meronda tak menyambar apa-apa kan.. Ada few things yang aku dan MamiZ berkenan tu beli sajalah takut nanti teringat-ingat pula. Lagi sedih kalau cari ditempat lain tak jumpa.

Mencari jalan ke hati awak..

Auckland Sky Tower.

Jalan berbukit untuk sampai ke Albert Park.

Chancery Square - kedai belum buka. Sunyi..

Hi !! Hihihi sempat dia menyelit melambai..

Kedai-kedai di sepanjang Queen Street.

Ralit tengok barangan dalam Typo disana.

Ikutkan hati nak beli tapi fikirkan usia.. Sedar diri. Hihihi..

Hasil tangkapan yang tak disengajakan.

Tak banyak sangat gambar aku ambil masa tengah shopping. Tengah focus nak membeli memang usually aku jarang pegang camera. Takut lalai tertinggal camera pula jadi while shopping camera kita simpan. Typo disana berganda-ganda meriah dari Typo di Malaysia. Harga pula jauh lebih murah. Memang ada dijual di Malaysia tapi tah.. bila kat sini tak terasa nak beli pun. Tolonglah stand by duit banyak-banyak sebab mesti rasa nak beli semua benda. Rezeki sangat time pergi tu tengah ada sale untuk selected items barangan Marvel dan Harry Potter. Sakan aku borong sebab lepas convert harga jadi sangat murah. Aku beli few things untuk RaihanF sebab birthday dia tak lama lepas dari tarikh kami balik. Untuk diri sendiri dan MamiZ juga dapatlah beberapa barang. 

Susahnya la haiii nak control diri !!

BRITOMART - PUBLIC TRANSPORT HUB DI NEW ZEALAND & AUCKLAND FERRY TERMINAL

Kalau kita ada KL Sentral, New Zealand ada Britomart yang berfungsi sebagai hub pengangkutan awam di Auckland. Segala train dan bus akan lalu Britomart untuk pertukaran stations interchange lane. Menariknya Britomart ni kalau kita masuk ke common area tu alaaahai tak sangka sebenarnya tempat itu adalah hub pengangkutan utama. Nampak macam bangunan kosong kontena yang suam-suam kuku tak ramai orang pun. Adalah kaunter jual tickets dan few boards untuk paparkan jadual buses dan trains. Sebenarnya yang berselirat dan canggih segala laluan train berlaku di bawah level utama. Kalau nak tengok kena beli ticket dulu jadi tak adalah gambar nak tunjuk sebab kami singgah sekejap saja lalu nak ambil gambar. Kawasan sekitar Britomat boleh tahan meriah juga very santai dan cosy. Ada kedai-kedai makan dan shopping area.

Sebelah Britomart ada bangunan Auckland Ferry Terminal atau lebih mesra dengan panggilan Downtown Ferry Terminal - hub pengangkutan air utama di Auckland. Sesiapa nak ke Devonport boleh naik ferry disini. Bangunan Ferry Terminal yang classic dan cantik. Kami tak adalah lepak lama sangat disini sebab tempat yang dituju adalah ke Viaduct Harbour. Cuma lalu singgah sekejap cuci mata. Ada construction jadi jalan ditutup kena detour agak jauh.



Auckland Ferry Terminal bersebelahan dengan Britomart.

Nak cuba Island Gelato Company (suggested by a friend) tapi sayangnya
banyak flavours yang ada alcohol.

Tumpang bergambar sajalah.

Kita nak ke Viaduct Harbour..

Hari panas sedap makan ice-cream. Yumms !!


Sementara tunggu waktu nak join tour kami singgah makan ice-cream dulu basahkan tekak. Sedap sangatlah hari panas dapat benda sejuk. Kami akan join tour Auckland Whale & Dolphin Safari pada pukul 1.00PM dan kena redeem tickets sebelum 12:00PM di New Zealand Maritime Museum di kawasan Viaduct Harbour.

Excited sangat nak tengok whale dan dolphin yang hidup bebas di Hauraki Gulf.
Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |




You may also like

38 comments:

  1. lama tak makan pho..banyak sayuq..nmpak pick-up line di situ, teringat radio Era..hahaha...pernah masuk kedai Typo..betul, utk youngsters oklah...barang dia pelik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pho tu kalo kuah dia sedap rasanya mmg kick habis dah. sayur2 tak minat sangat hehe banyak kaut letak tepi je. Typo kat sana heaven sangat kak !! saya pun lupa diri sekejap dah berumur rambang mata. habis tapis da nak membeli geram !!

      Delete
  2. Di mana pun.Ke mana pun mencari dan mendapatkan tempat makan halal sangat pentingkan dan tempat beribadah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. wajib cari yang halal dan kena pastikan betul2 ada sijil. tempat solat pula dibandar2 besar selalunya memang ada.. mudah srkng ni =)

      Delete
  3. terduduk kejap tgk harga beef pho tu😆😆😆 uishhhh hijau sggh air lautnya. bersih plak tu👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. gatai sangat kami nak makan Pho kat tempat currency mencekik. rasanya kalau betul2 kat Vietnam tak adala harga cenggitu kan. murah lagi semestinya hehe..

      Delete
  4. Memang di bandar Auckland ada berbukit. Mencabar juga hendak turun dan naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi masa awal2 pagi bersemangat ok lagi nak mendaki. mai ke petang idok laaa zero energy da. panggil je Ola hehe..

      Delete
  5. Salam, blogwalking here. Bila tgk mee sup vietnam beef pho tu, teringat rancangan masterchef asia. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa kite tak tengok rancangan tu..
      teringat2 sup Pho yang sedap makan panas2 tu.. pergh !!

      Delete
  6. bagus info siti bagi ni..memudahkan sesiapa yg nak ke NZ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya banyak membebel je CikNor..
      tapi harapnya smoga bermanfaat juga untuk yang sedang merancang kesana..

      Delete
  7. seronoknya jenjalan ke luar negara, bila gi negara2 yg bukan Islam ni..challenge gak la nak cari halal food but..google je. in sya Allah ada and entry2 mcm ni la yg akan membantu.. tq for sharing!! seronok tgk pic jenjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah di bandar2 besar makanan halal x jadi masalah. tapi itula kena cari betul2 dan kaji selidik dulu apa yang patut untuk kepastian =)

      Delete
  8. cantiknya New Zeland.. harga makanan boleh tahan ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah !! mmg Allah jadikan NZ antara negara bertuah yang cantik. bab makanan tu memang kena pejam mata saja. hehe..

      Delete
  9. Harga makanan boleh tahan ya...apapun akak suka tgk view kt sana..bersih ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan harga macam tu kalau kat Malaysia lagi macam2 blh dapat. seafood semeja penuh pun tak mustahil. tapi apakan daya..

      Delete
  10. Memang rindu nak pi o sana kan👆
    Picture memang awesome 🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rindu nampaknya kena plan untuk kembali..
      hehe memang tringat2 tapi tak tahula bila ada rezeki kesana lagi..

      Delete
  11. adeh, harga makanan kat sana convert ke duit kita, rasa tersangkut nak telan makanan. mahai weiii..haha..tapi dari berlapar, layan je lah. yg penting bila travel ni kena standby duit siap-siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehe jangan convert kak.. kalau convert jadi tak lalu makan. sesekali dalam itienrary mmg plan makan luar. ada juga part kami masak2.. memang kena asingkan duit siap2 supaya perbelanjaan lain tak terganggu =)

      Delete
  12. Semua lokasi yang sangat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik dan bersih sangat negara diorang..

      Delete
  13. Aduhhh.. dah lama berangan nak ke NZ ni. Tapi belum kesampaian lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. angan2 sejak arwah ayah ada lagi. tapi x ada rezeki kesana dengan dia. itu yang plan juga kasi jadi dengan mak..

      Delete
  14. Jauh perjalanan Luas pandangan.. cantik betul new Zealand

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah sungguh Mama. Allah jadikan negara ni
      sangat cantik..

      Delete
  15. Cantiknya New Zealand. Berangan dah lama ksarie nak ke sini. Terima kasih Siti share banyak maklumat menarik di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Allah izin NZ ni negaranya cantik.. insyallah kak..
      ada rezeki kesana pasti akan sampai jua..

      Delete
  16. Bestnya dapat melancong kesana. Cantik tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki.. betul cantik tempatnya..

      Delete
  17. Bestnya dapat pergi NZ. Myra mula-mula baca title tu "Makanan Hotel D Luna". Bila baca balik owh "Makanan Halal di Luna Express"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pengaruh kdrama sngt ni hehe..
      comel jeee hihizz

      Delete
  18. Ini kalau pergi memang bayar je.. kalau convert ke nilai RM bsebelum bayar mesti nangis.. hehehe.. Bilalah nak dapat ke sini juga..
    Kopi tu bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo convert memang tak beli pape n tak makan pape kak.. tak snggop rasanya. tapi sebab da asingkan siap2 adala sikit untuk berbelanja.

      Delete
  19. Tempat cantik. Puas hati jalan jalan makan dan shopping kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik dan bersih negara diorang ni.. nak cari seketul sampah pun susah. huurm.. kagum. hehe shopping sni kena control.. mahai belaka..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.