Sedapnya Sunquick Campuran Ros Dan Laici | SITI.YANG.MENAIP

Sedapnya Sunquick Campuran Ros Dan Laici

/
37 Comments
August 09, 2020
Sedapnya Sunquick Campuran Ros Dan Laici


Aku first time cuba campuran Rose dan Lychee dari Sunquick ni tahun lepas lagi tapi tak terkongsi-kongsi dengan korang kesedapannnya. Ini bukanlah campuran baru dari Sunquick sebab dah lama juga dalam pasaran dan ada banyak lagi campuran-campuran kordial baru yang Sunquick keluarkan. Baru-baru ni ada beli lagi yang Ros dan Laici itu yang nak cerita ni.. Sunquick memang satu brand yang tak asing lagi kita semua tahu dan kualiti pun terbaik. Kat rumah aku memang akan ada kordial Sunquick dan Jalen. Bukan hari-hari pun minum.. tapi biar ada bekalan sebab bila teringin senang nak capai pi bancuh. Harga untuk botol besar ni sekitar RM13.50.. Jujurnya aku rasa harga tu tak adalah murah berbanding kordial lain tapi memang standard Sunquick begitu.

Aku memang suka combination Rose dan Lychee jadi aku rasa ini sedap. Kadang-kadang pi kedai makan pun order Sirap Laici. Dedua kegemaran jadi bila bergabung aku rasa sedap yang amat. Rasa tak terlalu pekat just nice lembut-lembut rasa bunga dan buah. Manis sudah semestinya nama pun kordial.. kalau tak mahu minum manis better minum plain water saja. Tapi kita yang bancuh jadi kita jugalah adjust ikut selera kita sendiri. Sekarang ni aku tengok dah mudah didapati dimana-mana kedai runcit. Even kedai Acheh yang kecil depan kawasan rumah aku pun ada jual..

 Kalau bancuh tengah hari panas letak ais.. pergh !! Nikmat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

37 comments:

  1. Umpphhh teringin pulak rasanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi cari lekaih di kedai berdekatan anda hihi..

      Delete
  2. Sedapnya rose laici. Mahu!! nak cari jugaklah. Tq share SYM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap.. pasti tak menyesal cuba. cari lekaih..

      Delete
    2. Tak jumpa lagi..aduhaiii..

      Delete
    3. hehe luaskan kawasan pencariannn andaa.. dun givap !!

      Delete
  3. Kurang sedikit minum air kordial.
    Apapun betul kata Siti selera masing-masing.
    Kalau dihidangkan tiada masalah untuk minum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya pun memilih juga jenis2 kordial. yang jelas banyak pewarna tu mmg tak minum sebab tu prefer Sunquick n Jalen. tapi yaa kalau dihidangkan kita minum aja..

      Delete
  4. Akk bukan lah penggemar minuman brand ini, tapi yang ini akk suka....sedap, try bulan puasa lepas, kejap jer habis botol besar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya yang oren betul original tu kurang minat..
      yang ini blackcurrent n mango ke saya suka.. now ice lemon tea =D

      Delete
  5. Wah,, sirap laici gaya mudah. lama bebeno tak minum sunquick ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ah kan gaya mudah. xyah beli sirap dan laici asing2..
      sedappppp.. beli cepat..

      Delete
  6. Sunquik ni memang sedap dan memang dari kecik lagi dah ada kan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. lama da brand ni bertapak hehe..
      sedap pun sedap =D

      Delete
  7. shida dah rasa..mmg sedap tau :)

    ReplyDelete
  8. Perasa rose laici ni baru lagi dan botol dia lain sikit dari yang lain. Memang sedap. Letak ais emmmm memang cepat licin kalau minum time cuaca panas. Sunquick memang mahal sikit tapi di percayai sejak dulu kala. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a aaah dia mahai sikitla dari kordial lain tapi itula tu kualiti dia n jual pun dalam botol kaca gitu. nampak exclusive.. selalu beli yg kecil2 je senang. kalo besar kadang tu lambat habis pulak..

      Delete
  9. haaa dedua tak penah cuba hehe tapi tahu yang oren tu orang guna buat kek buah. nyummsss..

    ReplyDelete
  10. pernah gak nampak kat maslee, tapi belum teringin lagi nak cuba..

    ReplyDelete
  11. Ni belum try lagi. Suka sunquick dan suka laici. Bila ditambah dengan ros mungkin aromanya lebih menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. wajib da tu kena p cuba bila dedua jadi fevret hehe..
      insyallah tak akan menyesal =)

      Delete
  12. Yup.. memang sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Dah rasa masa bulan puasa aritu. Sedap.

    ReplyDelete
  14. sunquick brand dah lama di pasaran...belum pernah rasa lg perisa ros laici..suka sunquick dah keluarkan pelbagai produk..puashati brand ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrng macam da senang nak dapat kak yang ni.. kalo jumpa
      nanti cubalah.. sedap =D

      Delete
  15. Sedap akak dah aritu.. Ni dah habis stock x beli lagi.. Beli yg suquick oreng jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang orange tu memang all time fav.. ni new fav hehe..

      Delete
  16. Ala....langsung terasa nak pi beli sekarang pula bila baca blog Siti ni

    ReplyDelete
  17. tak pernah jumpa lak..ke cuya tak prasan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam susah gak jumpa ni skrng.. tapi ada je dikedai2..
      nanti Cuya pi meronda cari k..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.