Trip New Zealand 2019 : Apex Car Rental Auckland, Ujian Memandu New Zealand, Mount Eden & Black Sand Piha Beach | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Apex Car Rental Auckland, Ujian Memandu New Zealand, Mount Eden & Black Sand Piha Beach

/
36 Comments
July 22, 2020
Trip New Zealand 2019 : Apex Car Rental Auckland,
Mount Eden & Black Sand Piha Beach



Day 4 [14122019 Saturday]

Pejam celik dah masuk hari keempat di New Zealand. Awat cepat sangat ni.. Hari ni kami akan mula sewa kereta untuk road trip dari Auckland ke bandar-bandar lain seperti Hamilton, Matamata, Rotorua dan Taupo sebelum pulangkan semula kereta di Wellington dan terbang ke South Island pula. Setakat ni aku hanya ada pengalaman memandu di Australia, jadi rasa nervous sangat nak memandu di New Zealand pula. Negara orang mana akan sama dengan negara sendiri. Ini adalah road trip pertama hanya aku dan MamiZ berdua saja. Selain memandu disana, ada beberapa lagi perkara yang aku takutkan. Haaa.. Nak ceritalah ni..


KERETA SEWA DARI APEX NEW ZEALAND DENGAN RATE PALING RENDAH DARI AUCKLAND KE WELLINGTON

Keputusan nak ke New Zealand dibuat empat bulan sebelum fly jadi aku lambat survey company kereta yang paling berbaloi dan tawarkan rate menarik. Aku dengan MamiZ hanya berdua, kami perlukan kereta yang kecil saja. Aku baca banyak reviews dari semua sudut yang possible sebelum buat keputusan. Lepas baca banyak reviews mengenai company kereta sewa disana, semua ada kelebihan dan kekurangan. Aku decide untuk cari range yang paling murah. Antara companies yang terkenal adalah Europcar, Thrifty, Avis, Hertz, Apex, Budget dan beberapa yang lain. Satu perkara kena ingat - Summer adalah peak season jadi rate memang tinggi tambah pula lambat booking.. lagilah !! Selain dari harga, aku cari company yang tawarkan option untuk drop-off kereta di bandar lain. Tak semua yaaa ada option ni jadi kena survey sebaik mungkin. Dalam senarai options yang aku ada, Apex menawarkan rate paling rendah dan ada juga option untuk drop-off kereta di Wellington. Urusan booking sangat mudah dan cepat terus dapat confirmation email. Ada charge bayaran booking fee sikit tapi segala urusan bayaran kereta akan diselesaikan di kaunter masa nak ambil kereta. Aku guna Debit Card saja dan tak ada sebarang masalah.

Untuk enam hari, dari Auckland City ke Wellington Airport :
14122019 (Pick up 09:00AM) - 19122019 (Drop off 05:30PM)

Kereta Toyota Corolla Hatchback
= NZD416.88 (RM1167.28) = RM583.64 / pax
= RM97.27 / per pax per day

Okaylah not bad bagi aku sebab still within budget asal. Kereta pun baru empat tahun usianya dan compact size kecil just nice untuk aku dan MamiZ. Aku tak ambil pun GPS device sebab guna Google Maps. Memang ada beberapa kawasan yang tak ada line tapi tak jadi masalah. Signboards ada dan boleh guna digital maps secara offline. Yang penting aku ambil full coverage insurance dan road side assistance. Pilihan coverage ada pelbagai tapi aku memang decide untuk ambil full. Memang kita doa semua selamat tapi we cannot predict apa akan terjadi. Kalau kena saman kena tanggung sendiri yaaa itu company tak tanggung.


BETUL KE KENA AMBIL UJIAN MEMANDU SEBELUM BOLEH AMBIL KERETA SEWA DI NEW ZEALAND ?

Aku kecut perut sangat kalau betul kena ambil ujian memandu sebelum ambil kereta. Seminggu sebelum fly, hangat dibincangkan dalam group New Zealand di FB pengalaman members yang langsung tak dapat kereta sewa walaupun dah booking berbulan-bulan lebih awal hanya sebab gagal ujian yang dijalankan ketika nak pick up kereta. Yang buat lagi seram.. Apex adalah company yang diperkatakan. Bukan ujian memandu on the road tapi ujian undang-undang jalan raya yang ditanya di kaunter sebelum boleh ambil kereta. Aku DM salah seorang yang share pengalaman dia dan kawan-kawan yang baru touchdown Auckland nak ambil kereta sewa tapi failed ujian terus tak dapat kereta. Diorang diberikan dua peluang tapi failed juga. Katanya, layanan yang diberikan pun agak rude. Nak double confirm bagi sedap hati, aku tanya ex-student aku disana. Dia pun kata memang rules Apex makin ketat sebab banyak accidents yang melibatkan orang Malaysia. Alaaamak !! Tapi ada ramai juga members di group FB tu yang baru guna khidmat Apex tapi tak kena apa-apa pula. Macam ada sinar harapan nak terlepas driving test tu.. Aku buat kesimpulan yang Apex akan pilih random ikut suka diorang pilih customers nak test. Seminggu aku rasa terganggu dan bila belek balik confirmation email, memang ada reminder untuk customers study road signs dan undang-undang jalan raya disana. Aku rasa yakin boleh jawab kalau dah takdir aku antara insan bertuah yang dipilih oleh Apex tapi celaru jugalah kepala. Tak jauh sangat beza road signs dan undang-undang cuma ada beberapa yang pelik sebab keadaan jalan raya disana. Aku study siap tengok videos kat Youtube dan siap ambil virtual test secara online. Gaya macam nak exam apply lesen memandu disana pula bila ingat balik. Serabut kepala bila fikir. Lagi seminggu nak fly memang tak adalah aku nak cari kereta sewa dari syarikat lain. Harga semua mencekik dan banyak kereta dah sold out.

Takut kalau kata tak lulus.. kacau semua rancangan aku. Panic sudah semestinya !!
Aku berserah sajalah.. Insyallah Allah SWT akan mudahkan..

Pagi hari nak pergi pick-up kereta, memang nervous sangat rasa. Check-out dari Jucy Snooze Auckland terus panggil Ola Cab untuk ke Apex Car Rental Auckland City di Victoria Street. Sepanjang jalan berzikir sampai rasa tak tahu dah nak baca apa.. cuak !! Janji pukul 09:00AM untuk pick up tapi kami 08:30AM dah sampai. Masuk ke Apex disambut mesra oleh  receptionist berhijab - hilang sikit rasa takut tengok dia senyum. Dia terus minta booking number dan terus kasi borang isi apa patut. Aku tengok pekerja Apex terus print agreement dan explain apa patut kat kami berdua. Dia minta card nak buat bayaran dan terus keluar amount in Ringgit. Tak sampai 10 minit dia kata semua dah selesai terus kasi kunci dan bawa kami ke kereta.

Ya Allah !! Syukur alhamdulillah.
Baru rasa muka panas sikit dah lega kalau tak seram sejuk.. Syukur syukur !!

Apex akan email gambar keadaan setiap sudut kereta masa dipinjamkan pada kita. Jadi itu bukti kereta diberikan dalam keadaan baik. Kalau ada kawasan yang dented pun diorang ambil gambar siap then hantar salinan pada kita. Tapi dinasihatkan juga kita sendiri pun ambil gambar simpanan sendiri sebagai rujukan. Buat video lagi bagus siap sebut tarikh dan masa. Minyak penuh dan alhamdulillah.. jomlah kita mulakan perjalanan.


PERMANDANGAN BANDAR AUCKLAND DARI MOUNT EDEN

Destinasi pertama yang dituju lepas dah ambil kereta adalah ke Mount Eden. Tak jauh sangat pun dari Auckland CBD dan selain drive sendiri, boleh juga naik public transport. Sesiapa yang bercadang meronda sekitar Auckland dengan menaiki Auckland Explorer Bus boleh turun di Stop12 - Mount Eden. Rujuk SINI. Ada dua kawasan khas untuk park kereta tapi yang dibahagian atas penuh terpaksa park dibawah dan kena mendaki sikit. Aktiviti santai saja nak bersiar-siar panjat bukit sikit nak tengok permandangan bandar Auckland dari atas. Saja-saja memang tidak aku nak memanjat bukit. Mount Eden pada asalnya adalah sebuah gunung berapi yang sudah bertahun-tahun tak meletus tapi tak diisytiharkan sebagai gunung berapi mati. Mount Eden diklasifikasikan sebagai 'dormant volcano' iaitu gunung berapi yang sudah lama tak meletus tapi tak mustahil akan meletus lagi. Last eruption was about 15 000 years ago. Bahagian puncak memang berlekuk seperti kawah gunung berapi walaupun dah tumbuh banyak pokok dan tumbuhan lain disekitarnya. Mount Eden juga adalah residental area jadi ada banyak perumahan di sekitar kawasan bukit.


Refer peta untuk tengok walking / jogging trail.

    Banyak rumah di sekitar kawasan Mount Eden.

Daun macam ni pun lawa..


Permandangan Auckland CBD dari Mount Eden.

Sky Tower Auckland dari jauh.

Kawah (crater) gunung berapi yang dah dipenuhi rumput.


Mengah jugalah mendaki nak sampai atas dahlah sejenis yang tak berkenan aktiviti panjat memanjat ni.. Stamina memang out banyak kali berhenti. Anggaran masa sekitar 10-15 minutes saja nak sampai atas dengan laluan sepanjang plus minus 300M. Tak adalah tinggi sangat jalan pun cantik berturap. Sampai ke puncak memang jelas boleh nampak kawah gunung berapi selebar 50M dengan kedalaman sedalam 165 kaki. Kalau nak cepat dan ada nak cover tempat-tempat lain yang lagi penting, skip Mount Eden pun tak apa. Tapi kalau dapat singgah lagi bagus.

Kelemahan kawasan Mount Eden ada satu saja aku rasa - Tak ada tempat berteduh. Open space dan kalau ada pun pokok-pokok sikit tapi bahaya juga. Hari kami kesana memang mendung dah bila dah sampai atas gerimis pun turun. Alamak !! Payung pula tinggal dalam kereta dan kelam kabut juga turun sebab takut lencun. Makin lama makin lebat pula jadi ayuhlah kita beransur. Cuaca di sana memang sukar nak jangka. Jadi kena standby siap payung atau baju hujan.

Sebab dah hujan.. tak dapat berlama-lama..
Jomlah kita pergi ke next destination dengan harapan hujan reda..

PIHA BLACK SAND BEACH

Hanya 40KM atau lebih kurang satu jam memandu keluar dari Auckland kami decided untuk ke Piha Black Sand Beach sebelum meneruskan perjalanan ke Hamilton. Menariknya Piha Black Sand Beach terletak pada kecantikkan pantainya yang mempunyai pasir berwarna hitam dan kedudukan yang paling tepi sekali mengadap open sea Laut Tasman. Pasir pantai yang berwarna hitam adalah disebabkan kandungan iron yang tinggi hasil letusan gunung berapi di kawasan Taupo dan dibawa ke perairan Piha Beach melalui Tasman Sea. Tapi kat Malaysia pun ada banyak pantai yang berpasir hitam.. hihihi.. Piha Black Sand Beach juga menjadi pilihan ramai untuk melakukan aktiviti surfing. Sebab laut terbuka jadi ombak cantik nak meluncur. Memandu adalah option terbaik kalau nak kesana tapi kalau nak naik public transport pun boleh juga. Train station terdekat adalah Henderson dan Glen Eden. Boleh juga naik SkyBus Auckland Airport Transfer untuk ke Piha. Menghampiri Piha, hujan mula berhenti dan langit mula cerah membiru. Yeay !! Baru seronok nak bermain-main di pantai. Agak ramai pengunjung dan majoriti adalah locals. Panas terik pula terasa walaupun angin sejuk bertiup. Tak rela nak sunburn jadi kami berdua saja yang gigih berpayung. Orang sana lagi panas lagi diorang suka.. Elok terbungkang tidur bawah matahari berjemur. Lengkap facilities kalau nak mandi laut. Ada toilet yang bersih dan tempat nak mandi bilas badan. Aku sukalah kawasan sekitar Piha Beach ni.. Cantik dan tenang. Rumah-rumah penduduk pun comel sangat.


Ramai juga pengunjung sedang picnic.


Gigih anak beranak berpayung.

Pasir warna hitam.

Lion Rock di Piha Black Sand Beach.


Taitomo Island dan Taitomo Rock.

Hasil usung tripod kesana kesini.

Ombak bergulung cantik. Ramai surfers hari tu..

Lari dik lari.. Ombak datang tu..

Permandangan Piha Black Sand Beach dari one of the lookout points.


Selain daripada bersiar-siar bermain air pantai, surfing dan picnic.. ramai yang suka hiking ke Tasman Lookout tapi aku tak buatlah memang tak minat. Korang juga boleh singgah ke Kitekite Falls yang terletak tak jauh dari kawasan Piha Black Sand Beach. Aku tak singgah pun sebab malas nak berjalan masuk hutan sikit.. Lagipun aku nanti rasa terkilan kalau tak dapat nak berendam main air sebab aku suka air terjun jadi baik tak payah singgah langsung.

Dah tu.. mari kita teruskan perjalanan ke Hamilton sebab ada lagi tempat nak dituju.
Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com



You may also like

36 comments:

  1. Kalau saya suka hiking tengok pemandangan hutan.
    Alhamdulillah dapat kereta dan selamat memandu dengan jayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itula beza kita Allah jadikan minat lain2 kan.. kalau saya kena hiking memang akan cari macam-macam alasan dulu tamau join. tapi kalau bukit rendah2 sikit okayla kot saya cuba. alhamdulillah dipermudahkan..

      Delete
  2. semua pic menarik NZ mmg cantik view sekitar

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Allah izin negaranya cantik sangat..

      Delete
  3. terinagt pantai pasir hitam kat langkawi.. tapi bila tengok gambar SYM ni, cantik beza banyak berbanding yg kat langkawi yg saya pi hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi negara kita banyak juga tempat2 menarik tapi dari sudut selenggaraan memang out sikit. plus orang2 sana sayang tempat2 negara diorang kita ? sediakan tong sampah pun x reti buang sampah betul2..

      Delete
  4. MasyaAllah.. semua gambar cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik tempatnya pun.. gambar pun tak
      mampu nak gambarkan..

      Delete
  5. Bilalah boleh travel lagi ni huhuhuhuuuu! Belek-belek album lama sajalah yang mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar.. mungkin makan masa dua atau tiga tahun lagi
      tunggu keadaan benar2 pulih.. kenang memori pun manis juga..

      Delete
  6. Huihh tak tau pulak ada soalan macam tu dari rental car eh. Dah rupa nak amik ujian lesen memandu kat sana. Tapi alhamdulillah semua okay kann! Mesti lega gila lepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang legaaa sangat2.. cuak x sudah selagi tak settle.
      itula tu selected agent dan ikut nasib jugala..

      Delete
  7. lenkali nk jenjalan amek photography kene bawak wak sekali xyah nak usong tripod kehulu kehilir., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe adoiii kalau kaya semua saya bawa Wak..
      free of charge..

      Delete
  8. Permandangan yang sangat indah dan cantik dari semua sudut. Bunga tepi jalan tu pun cantik. Nice shoot SYM :)

    Cantiknya view piha black sand beach tu. Tq share. Tak dapat pergi dapat tengok pun rezeki dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh malu kite tau orang pandai amek gambar puji. kembang idong kite.. thank youuu hehe.. banyak kena blajar. insyallah rezeki kita tatau.. tup2 nnt dapat kesana..

      Delete
  9. cantik pemandangan kat situ, bunga-bunga tu pun pandai yang mengambiknya... lawo sangat

    dik, akak nak mintak alamat
    nanti email kat akak ye
    norhidana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tempatnya memang cantik Kak Dana.. tak tergambar dengan
      kata-kata dan pictures..

      baik kak..
      nanti saya email ya..

      Delete
  10. Cantiknya view.. harap satu hari nanti ada rezeki nak travel tempat-tempat macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tempat2 disana cantik belaka..
      insyallah selesai Covid ni kita pi jalan2 ya..

      Delete
  11. saya membaca pun penuh debaran..

    pandai pulak awak bercerita ye..

    cuma tak nampak pun kereta kena gambar hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah suka membebel itula jadinya bercerita dah ha..
      gambar kereta sulit sikit tu tak tayang..

      Delete
  12. Cantiknya semua pemandangan tu..
    alhamdulillah urusan kereta sewanya mudah.. berdebar membaca kenangan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe berdebar2 kak.. makan pun rasa tak lalu sangat..
      alhamdulillah semua okay..

      Delete
  13. Nervous la baca pasal ujian memandu tu. Kalau kak sal jenis overthinker mau seminggu nak pergi tu tak boleh tido. Alhamdulillah, rezeki. Mesti berkat doa ibu. Cewah. Cantikla Piha Beach tu. Ada pokok2 bunga lain.bila lah boleh terbang lagi. Rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tahu seminggu sebelum pergi la tu kak.. mmg susah hati sangat rasa. selalu nak fly rasa excited tapi saya nervous. kan kak.. xpela kita menabong dulu insyallah dua tiga tahun lagi okayla tu..

      Delete
  14. semoga covid19 ni cepat2 go away. ikutkan plan tahun ni tahun pertama sy akan start travel tapi entahla taun 2020 ni mcm banyak yg x best ja huhu
    so buat masa ni baca dulula pengalaman org p travel hehe nice sharing btw!

    ReplyDelete
    Replies
    1. its oookay darling. He knows best.. ada hikmah setiap sesuatu..
      pahit sekarang manis berganda ganda akan datang..

      Delete
  15. Suka baca cerita Siti berjalan-jalan kat New Zealand ni. Banyak sungguh info. In sya Allah kita kumpul semua maklumat + duit, etc. Kalau ada rezeki, lepas wabak Covid19 berakhir, in syaAllah kita cuba travel lagi. NZ ni memang ada dalam bucketlist ksarie dah lama sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you can do it kak !! insyallah ada rezeki akan sampai juga. at the moment mari kita menabung.. cukupkan duit baru senang hati bila jalan2 kan..

      Delete
  16. Penat juga nak usung tripod ke sini ke sana. Tapi hasilnya itu lah... Superb!!!!

    Bestnya pemandangan-pemandangan di NZ. Rasa teringin pula nak jalan-jalan ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe penat tapi itu saja option yang ada.. kalau nak
      bergambar berdua.. kena setup jugak..

      Delete
  17. indehnyaaaa bunga seakan2 daisy tu...atau adakah itu daisy sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tu kan.. tapi bukan daisy kot..
      entah tak sure.. mcm wild flowers..

      Delete
  18. cantik view pantai walaupun pasir hitam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tarikannya tempat ni.. hitam2 tetap manis
      gituuuu haha..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.