November 2020 | SITI.YANG.MENAIP

My Comfort Food : Jalapeno Bagel The Coffee Bean & Tea Leaf

Comfort food adalah makanan yang bila kita makan akan rasa gembira dan menyenangkan hati. Hari-hari kita makan hari-hari kita bersyukur dan hargai rezeki cuma comfort food ada extra impact yang boleh buat mood jadi happy dan riang. Lebih kurang macam favourite food level tinggi sikit. Selalunya comfort food kita makan sesekali saja because we want to appreciate emotion yang kita rasa ketika makan menu yang kita suka. Semua orang akan ada pilihan comfort food masing-masing.. Kadang-kadang kita tak sedar pun sesetengah jenis makanan yang kita makan adalah comfort food kita. Tapi selalunya orang akan sedar.. Bila sedih bila tengah emotionally unstabble dan kita nak hiburkan hati mesti akan ada sejenis makanan yang kita terlintas nak makan.

Haaa.. Itulah dia. Selain dari beberapa menu masakan yang MamiZ masakkan.. Aku sangat suka Jalapeno Bagel dari The Coffee Bean & Tea Leaf. Ini memang antara top list comfort food favourite pilihan. Sentiasa ada available di kedai tapi aku akan makan sekali in few months. Bila rasa nak lepak santai makan snack aku akan teringat Jalapeno Bagel ni. Aku akan cari geng yang suka benda yang sama untuk ajak pergi makan. Kalau tak ada orang teman.. Just pergi sendiri enjoy your own sweet time. Tak perlu makan dalam kuantiti yang banyak pun cukup sekadar seketul dua. Dulu aku tak faham.. Kalau dah suka pergilah makan selalu kenapa kena tunggu-tunggu..

Nope !! It does not work that way. Itu bukan comfort food namanya.


Jalapeno Bagel & Cream Cheese. Oh so yummy..

I don't really enjoy coffee. I opt for iced tea =)

My cousin, KNana yang kenalkan this Jalapeno Bagel ni dan sejak itu memang terus fall in love. Rasa pedas manja tak sampai teruk berpeluh. Tapi aku tak makan jalapeno tu aku cabut letak tepi. Hahaha.. Ada a hint taste saja - kalau korang enjoy spicy food makanlah cili tu sekali. Ada pernah sekali this bagel discontinued by The Coffee Bean & Tea Leaf. Tak keruan jadinya.. Sabar sampai ada balik di menu terus serbu. Teringat perasaan setiap kali gigit this Jalapeno Bagel. Very simple but so soothing. Tak pernah ada hari yang aku tak senyum kalau tengah makan bagel ni.

Korang macam mana ?
What is your comfort food ?

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Geng Bulat : Trip Ke Aquaria KLCC Lepas PKP



Lepas MCO fasa pertama awal tahun dulu memang ramai sangat yang plan trip dengan keluarga dan kawan-kawan kan ? Cuti-cuti dalam negara saja sebab border antarabangsa masih belum dibuka. Lagipun keadaan di luar Malaysia masih tak terkawal. Marilah kita memeriahkan tourism tempatan sambil bantu menjana ekonomi - negara kita pun banyak tempat-tempat menarik. Sana sini penuh umat manusia semua nak lepas gian hampir empat bulan duduk dirumah. Aku dan kawan-kawan Geng Bulat pun samalah gatal tangan gatal kaki dah rasa nak pergi jalan-jalan juga. Since aku dah pindah balik Selangor, senang sikit kami nak berjumpa. Lepas bincang kami decided untuk ke Aquaria KLCC. Rasa macam kanak-kanak pula tapi sesekali apa salahnya. Trip kali ni tak cukup ahli sebab Onni ada urusan keluarga. Tinggallah kami berempat saja.

BELI E-TICKETS AQUARIA KLCC MURAH DARI WONDERFLY ELAK BERATUR PANJANG

Kami beli E-Tickets Aquaria KLCC dari website Wonderfly.asia dengan harga murah setelah discount RM39.00/adult. Harga asal kalau tak silap adalah RM69.00 jadi dah jimat banyak. Bonus bila beli tickets dengan Wonderfly adalah, kami tak perlu que sebab boleh terus masuk. Memang panjang betul barisan manusia yang beratur. Aku tak pasti diorang memang dah ada tickets atau baru nak beli tickets di kaunter. Muka masing-masing pun ada yang dah mencuka. Kalau kami kena beratur panjang juga memang nak give up tak sanggup.. Entah berapa jam tunggu baru dapat masuk. We made a good decision beli siap E-Tickets senang scan terus. Tapi jangan lupa baca terms and conditions sampai habis. Semua dah ditulis jelas.. Walaupun kita dah beli tickets dengan Wonderfly, kita kena deal sendiri dengan Aquaria KLCC untuk book slot pukul berapa kita nak masuk. Link ke booking slot disediakan terus jadi kita isi saja pilih selected time yang kita nak. Bukan boleh main terpa terus menonong jadi aku pilih slot pukul 2.00PM. Aquaria KLCC akan hantar confirmation email pada kita bila slot yang kita nak dah confirmed. Jadi datang pada waktu yang dah ditempah tak perlu beratur hanya tunjuk confirmation email dari Wonderfly dan Aquaria terus kami boleh masuk.

PETA AQUARIA KLCC



Kalau tengok peta ni.. bukan kecil tempatnya ya. Seluruh kawasan Aquaria KLCC ni sebesar 60000 sq feet. Aku first time pergi rasa teruja sebab kawasan luas dan puas tengok hidupan laut. Tak kedekut space sampai seksa nak tengok binatang-binatang yang ada. Semua kemas elok cantik tersusun. Kalau yang dewasa pun rasa seronok aku jamin kanak-kanak mesti lagi seronok. Cuma bila pergi waktu cuti kena tabahlah hadap pengunjung yang ramai. Nak tengok satu-satu tangki kena take turn dan kalau ada kanak-kanak nak kena beralah bagi diorang tengok dulu. Aku paling suka Living Ocean sebab ada tunnel sepanjang 90m dan keliling kita ada macam-macam hidupan air seperti ikan jerung, ikan pari dan penyu. Kalau kena gaya.. masa lalu tunnel tu akan ada few divers yang bagi ikan-ikan makan.

Jom layan gambar-gambar.

Hurrmm.. Masuk ke Aquaria terus disambut Piranha.

Tangki khas untuk Nemo sekeluarga.

Species udang-udang.

Uiiish.. Ni ambil buat gulai sedap.

Cantik !! Menari-nari di dalam air.


PALING BEST !! LIVING OCEAN AQUARIA KLCC

Nak lalu tunnel ni kena beratur elok-elok dan terus pijak conveyer belt. Tak payah jalan sebab conveyer belt yang akan bawa kita menyelusuri tunnel yang dikelilingi cermin kaca. Macam masuk one magical world. Ini paling best sebab nampak hidupan laut besar-besar tengah berenang. Puas hati sangat cuci mata.. Kalau boleh rasa nak pusing dua tiga round tapi tak boleh pula sebab orang terlalu ramai. Aku ambil gambar sikit saja selebihnya ambil video. Lagipun suasana kelam gelap..


SERONOK TAK PERGI KE AQUARIA KLCC ??

Inilah first time aku ke Aquaria KLCC jadi perasaan aku sangat teruja. Last pergi tempat-tempat macam ni rasanya masa zaman sekolah bila ada trip ke Underwater World Langkawi. I was eager nak pergi Aquaria KLCC sebab aku suka tengok binatang-binatang dan tengok tangki-tangki besar penuh hidupan laut memang seronok. Aku berpuas hati dengan pengalaman yang aku dapat seronok tengok semua hidupan laut yang ada. Kalau ada rezeki extra boleh bawa anak-anak buah aku pula.. Kena Sesekali bawa berjalan. Bagi aku, this is a good place kalau nak bawa anak-anak beriadah hujung minggu and confirm diorang akan happy. Sambil tu boleh introduce all the sea creatures pada anak-anak. Cuma kena alert jugalah.. Jaga anak-anak dan make sure ikut semua arahan yang dah ditetapkan. Jangan ketuk cermin.. Jangan biar anak-anak berlari sana sini.. Jangan cross border.. Ikut SOP dan banyak lagilah benda basic dan common sense yang perlu kita ikut. Kanak-kanak memang tak tahu dan tak faham jadi kita yang dewasa kenalah control sebaik mungkin. Yang tak bawa anak-anak pun kena jadi bijak juga bawa diri di tempat public. Jangan jadi ingorant sangat yaaa.. Bukan untuk keselesaan satu individu saja, tapi untuk semua.

Lepas dah habis PKP boleh plan trip ramai-ramai pergi Aquaria KLCC.
Take care semua.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Aiskrim Dan Waffle Dari Inside Scoop Yang Sedap

Inside Scoop ni dah lama wujud tapi baru tahun ni aku ada kesempatan pergi cuba makan aiskrim dan waffle disana. Inside Scoop adalah antara kedai aiskrim parlour yang famous dengan menu-menu aiskrim yang sedap dan setakat hari hari ni semua review sedap belaka yang aku baca. Lagi rasa teruja nak cuba sebab aku memang suka makan aiskrim dan waffles. Nak makan aiskrim saja pun boleh haih.. Harga bagi aku berpatutan tapi murah tak mahal sangat. Satu scoop hanya RM8.00. Aku order waffles with ice-cream sebab dapat dua sekali dan harga pun affordable. Buttermilk waffle dengan two scoops of ice-cream hanya RM18.50 dan kalau yang premium mahal sikit lagi. Pergi ajak kawan-kawan pergi jadi ramai boleh kongsi. Dapat order other menu as well. They offer varieties of flavours dan semua sedap rambang mata nak pilih sebab semua nampak menggoda. Ikutlah korang suka yang macam mana.. Chocolate, vanilla, fruity flavours dan macam-mavam lagi. Very rich dan sangat sedap. Setakar ni dah empat kali aku pergi makan waffles di Inside Scoop.


Nutella Waffle with Hazelnut and Biscoff Cheesecake Ice Creams.

Nutella Waffle with Chocolate and Vanilla Ice Creams.

Buttermilk Waffle with ice-creams. Side dishes ada extra ice-creams..

Crispy diluar so soooft inside. Yummms..



Kalau korang ada selera sama macam aku, pergilah terjah Inside Scoop berdekatan dan order waffles. Favourite aku adalah Biscoff Cheesecake, Hazelnut dan Ferrero Rocher. Cubalah and you wont regret it. Sambil menaip pun teringat kesedapan rasa waffles dan ice creams..

Tunggu dah reda sikit nanti bolehlah terjah Inside Scoop lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.