Trip New Zealand 2019 : Hamilton Lake, Lavender Backyard Garden & Milanos Halal Pizza Hamilton | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Hamilton Lake, Lavender Backyard Garden & Milanos Halal Pizza Hamilton

/
27 Comments
July 26, 2020
Trip New Zealand 2019 : Hamilton Lake,
Lavender Backyard Garden & Milanos Halal Pizza Hamilton


Day 5 [15122019 Sunday]

HAMILTON LAKE, LAVENDER BACKYARD GARDEN & MILANOS HALAL PIZZA

Dah puas memetik buah marilah kita gerak ke next destination pula. Activity santai saja tak ada yang perlu kejar masa. Ikut plan asal, lepas petik buah aku nak pergi Classics Museum - a classic car and vintage collectables museum with a conference room and 1950’s themed diner on site. Menarik sangat tempatnya boleh tengok SINI - Classics Museum. Banyak koleksi kereta klasik yang awesome dari zaman dulu-dulu. Kalau tengok classic movies tengok kereta diorang drive haaa.. semua jenis-jenis gitu. Ni back up plan saja kalau sempat boleh selit pergi tapi sayangnya tak sempat singgah sebab kami dah berlama petik buah. Waktu operasi hanya sampai pukul 3:00PM jadi memang tak sempat. Selisih waktu dengan slot petik buah. Tak apalah.. Ada rezeki kembali kita pergi. Perjalanan kami diteruskan dan sebelum menuju Matamata, kita singgah dulu beberapa tempat lain yang menarik di sekitar Hamilton. Dari Whatawhata kami nak ke Lavender Backyard Garden tapi pergi ke Hamilton Lake sekejap. Tak jauh pun jarak semua tempat ni lebih kurang 30 minutes memandu saja. Boleh cover dalam masa sehari. Lepas dah habis semua aktiviti yang dirancang, kita singgah makan di Milanos Halal Pizza pula kemudian kita gerak ke Matamata.



Berhenti tepi jalan tengok lembu-lembu.

Opps.. Makin lama makin dekat dengan kita.

Manja-manja semuanya. Comel !!

Beratur semua.. Nak tangkap gambar ni..

Hihi.. Sekali owner lembu-lembu ni datang approach pula.
Diorang offer ajak masuk ladang tapi kami maluuu..

HAMILTON LAKE

Singgah sekejap cuci mata tengok keindahan tasik sebelum ke lavender garden. Hilangkan lelah setelah gigih menggondolkan kebun buah orang. Sambil tu boleh main kejar-kejar dengan itik. Banyak sangat disekitar kawasan tasik ni sedang sedap duduk berehat. Di sekitar tasik pun ada kerusi dan meja sesuai jadi port lunch. Di hujung tasik ada Rose Garden tapi kami tak pergi pun. Aku jot down siap-siap incase tiba-tiba MamiZ kata nak pergi. Tapi dah puas kot tengok roses di Hamilton Gardens semalam jadi tak nak tengok roses dah. Ramai ingat Hamilton Lake adalah tasik buatan tapi tidak yaaa.. Hamilton Lake adalah tasik semula jadi. Kalau nak jalan keliling tasik ni kena allocate sekurang-kurangnya 45 minutes ke sejam. Cuaca mendung sejuk berangin. Matahari malu nak munculkan diri.



Sebahagian kecil kawasan Hamilton Lake di Lake Domain Drive.

Kemain masing-masing tengah berehat.



LAVENDER BACKYARD GARDEN

Kenapa aku pilih nak ke Lavender Backyard Garden sedangkan banyak lagi lavender gardens disana ? Tak ada sebab yang unik pun.. Cuma masa aku buat research, aku tengok bunga-bunga lavender di Lavender Backyard Garden tengah berbunga elok cantik warnanya. Aku compare juga dengan Wanaka Lavender Farm (South Island) dan NZ Alpine Lavender (South Island) tapi by the time tarikh yang aku available nak pergi, jadual aku akan pack ketika aku sampai Wanaka dan NZ Alpine Lavender belum dibuka kepada public sebab bunga belum matang. Jadi ke Lavender Backyard Garden adalah pilihan terbaik yang aku ada. Boleh refer FB Page Lavender Backyard Garden untuk semua update terkini. Aku memang dah include dalam itinerary untuk ke lavender garden jadi mana-mana lavender garden pun tak apa. Be it a huge farm atau small aku tak kisah. Ada banyak lagi yaaa lavender gardens jadi decide mana paling mudah untuk include dalam route yang dah dirancang. Bayaran masuk hanyalah NZD2.00 (RM5.67 approx) untuk seorang dewasa. Boleh bersiar-siar di ladang lavender selama mana kita nak. Bergambar berlari bergolek ikut sukalah janji jangan pijak pokok dan buat benda tak tentu hala. Kalau nak 'Pick  Your Own (PYO) Lavender) lain pula harganya. Bukan buah saja boleh dipetik, lavender pun boleh. Ada juga few customers aku tengok ralit petik lavender - memang culture masyarakat sana. Sekitar December, buah blueberries pun dah ready jadi boleh petik juga.

Tengah ralit belek bunga.. hujan renyai pun turun.
Kami decided to ignore the rain dan teruskan menikmati kecantikan lavender.

Lencun belakang kira..



Banyak gambar sebab aku tak boleh decide nak pilih yang mana.. aku share semua. Lagipun blog ini adalah journal catatan peribadi jadi apa salahnya aku abadikan gambar-gambar yang diambil disini. Bila rindu boleh buka semula kenangan.

MILANOS HALAL PIZZA HAMILTON

Kami makan breakfast di hotel sebelum check-out dan confirm menjelang petang dah lapar balik. Sebab dah plan nak makan diluar jadi aku tak sediakan bekalan lunch. Tak susah pun nak cari makanan halal disana janji kena rajin buat research. Salah satu option makanan halal di Hamilton adalah Milanos Halal Pizza yang terletak di tengah-tengah pekan Hamilton. Kedudukan tersembunyi sikit dekat tepi Centre Place Shopping Mall dan bertentang dengan K-Mart Hamilton. Tak ada parking lot di depan kedai jadi kena cari parking sendiri. Kita kena alert dengan cara bayaran parking di kawasan tertentu. Lain bandar lain cara lain gaya lain harga. Kalau kena bayar tapi kita lupa haaa mengundang surat cinta kena saman jawabnya. Kalau tak pasti jangan segan silu bertanya. Aku tak pasti jadi aku tanya pekerja kedai depan tempat aku parking. Dia senyum saja cakap parking free on Sunday. Ohooo rezeki !!

Aku order dua pizza small size - NZD8.00 (RM22.69 approx) each, dan chicken wings dan chips - NZD10.50 (RM29.78 approx). Dalam kepala aku terbayang size Pizza Hut personal size. Ya Allah !! Yang sampai terhidang pizza size medium. Haaa.. Memang tak mampu aku dan MamiZ nak habiskan. Sedap dan lembut pizza di Milanos Halal Pizza ni kaya dengan toppings. Recommended sangat kalau nak pergi makan disana. Pergi ramai best sebab boleh order macam-macam. Nak order makanan disana kena beragak sebab portion besar. Akhirnya tapau buat jadi dinner..

Hameeek kau !!


PERJALANAN MENUJU MATAMATA

Lebih kurang pukul 4:00PM macam tu kami dah mula tinggalkan Hamilton menuju Matamata. Lebih kurang sejam pemanduan saja jadi sebelum pukul 6:00PM insyallah dah sampai ke hotel. Siang yang panjang buat senang nak atur waktu solat. Kami jama' takhir saja di bilik dan tiada aktiviti waktu malam yang dirancang. Malam hanya untuk berehat.. Selalunya ramai yang akan terus ke Matamata jadi singgah Hamilton sekejap saja lebih jimat masa. Macam concept touch and go tapi kami pilih untuk bermalam sebab ada beberapa aktiviti lain nak dibuat. Ikutlah terpulang pada kehendak masing-masing ketika merancang perjalanan.

Jom cuci mata tengok view cantik sepanjang perjalanan ke Matamata.
Selamat tinggal Hamilton.. Jumpa lagi..

Lori gabak belaka disana. Seram..

Pekan kecil Matamata. Permandangan di depan hotel.



PENGINAPAN DI MATAMATA - HORSE AND JOCKEY INN MATAMATA

Sebenarnya ada option lain selain daripada menginap di Horse & Jockey Inn Matamata ni.. Tapi lepas dah tambah tolak harga semua aku terpaksa juga pilih untuk bermalam disini. Korang Google sendiri tempatnya aku memang tak ambil gambar. Harga penginapan di Matamata boleh tahan juga harganya - mungkin sebab Matamata adalah pit stop terbaik untuk bermalam sebelum ke Hobbiton Movie Set jadi semua harga mencanak. Horse & Jockey Inn adalah yang termurah aku jumpa dengan harga RM278.91 untuk satu malam. Kesilapan aku adalah lambat booking jadi option tak banyak. Yang tinggal semua RM350.00 keatas. Jangan ikut perangai aku suka buat kerja last minute. Bukan tak okay hotel ni.. bilik semua kemas dan selesa tapi entahlah. Inilah penginapan paling tak best dalam semua tempat menginap lain yang aku pilih. Jadilah buat berteduh sebelum sambung perjalanan. Cuma yang best, pekerja sangat baik dan peramah.

Okaylah.. rehat dulu. Jumpa lagi yaaa..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

27 comments:

  1. wahhh memang lembu2 matsalleh semua gemuk2 berisi kann., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Wak.. gabak2 lembu disana hehehe..
      takut pun ada juga kalau dekat2 tu..

      Delete
  2. Aduhaiiiii kalau bunge-bunge ahkak pun tak leh tahan. Kalau berjalan ada pi petik buah dan tenguk munge emmm memang berganda-ganda kita suke. Comel pulak tenguk lembu yang mesra alam tu. Cam kata eh ambikle gambo kita orang ramai-ramai jadi model lembu. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. munga2 and buah2 ni memang kelemahan sngt. teruja kalau dapat buat aktiviti ni kat negara orang. lembu2 tu asalnya jauh.. kita pnggil ehh dia mendekat pula tapi diorang aware ada electric fence jadi x dekat sangatla. lembu kat Malaysia semu sombong haha..

      Delete
  3. A great post! I love your blog. Your content is very interesting < 3 I am following you and invite you to me https://milentry-blog.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. adoiiiii. cantik2 lah gambar dia.. pizza boleh kenyang makan sampai ke malam ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak.. kita tapau lebihan lunch tu..
      ptt masak that night tp dah ada food.. takyah masak..

      Delete
  5. Wah memang pandai susun aturcara.
    Piza itu nampak banyak inti.
    Oh peliklah kata bilik kemas dan selesa tapi penginapan tidak seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah kemas sangat kak.. banyak juga serabutnya.. tapi cuba sebaik mungkin hehe sbb duit pun banyak dah keluar.. hotel ni bawahnya pub. menjelang malam tu macam2 la bunyinya dengar sampai ke blik. huhu.. hotel2 sana mmg kemas belaka. tapi kadang2 tu kita sendiri rasa x click dgn tempat tu..

      Delete
  6. SubhanaAllah.. Cantiknya bunga Lavender tu..
    Besar saiz pizza small dia.. hehehe.. jenuh nak menghabiskan.. puas hati ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik tapi bau dia tak adalah wangi sangat..
      bila dah process kot jadi wangi..

      Delete
  7. Cantiknya new Zealand menghijay dengan lembu yg ensem dan bunga lavender yg awesome. Best best

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lembu2 depa segak2 kak kan.. gemok semua sihat..

      Delete
  8. subhanallah..cantiknya lavender2 tuuu!!! mesti wangi kannn! nakkkk pinjam 1 gambar buat cover FB!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan tengah kembang elok..
      kalau xdak bunga nampak macam rumput ja.. blh..
      nak gambar yang mana saya kasi yang raw..

      Delete
    2. takpee..akak da save dah..yang ada tangan siti tu je..hahahahha

      Delete
  9. Manjanya lembu-lembu tu semua, comei..tak takut kat strangers pun noo....mesti tuan depa jaga dengan baik dan penuh kasih sayang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula ingatkan kita p dekat depa lari..
      rupanya depa pun mai makin dekat..
      kita yang jadi takut pulak mesra sangat hehe..

      Delete
  10. cantik la tgk gmbr lavender tu...pizza tu pn yummy..sure rindu nk holiday overseas kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tapi dengan keadaan skrang economy
      pun krik krik.. kita dulukan yang penting..

      Delete
  11. Tengok gambar jadi sedih sebab terkurung waktu sekarang ni. Moga dapat la berjalan tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tu tapi rasanya in few years insyallah baru okay..
      xpela meanwhile kita jalan2 dalam negara =)

      Delete
  12. ini tempat yang akak idamkan sangat nak pergi, tq siti sebab kongsi moment indah macam ni, lavender tu feveret bunga dan wangian akak. subhanallah cantik sangat tempat ni, macam tengok movie inggeris je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa sebab dok tengok movie2 omputih pi ladang lavender la tu buat brangan nak pergi juga. memang cantik tapi bau wangi lavender tu lepas da process kot wangi. tengah berbunga tu rasa busuk jugak hahaha.. pening kepala..

      Delete
  13. I've bookmarked this post for future reference. Dah lama planning ke NZ dgn family but then Covid happen so tangguh dulu. Those lavender is super pretty! What is the best time to go to NZ in your opinion?

    P/s: man those pizzas look so mouthwatering and the fact that it's halal is a bonus! I love all your photos! Keep 'em coming.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope my entry helps.. itula kan Covid ni we cannot do anything but insyallah ada hikmah menanti kita semua after all these challenges. i would definitely choose summer sebab i nak pergi fruit picking and siang panjang. it depends on your preference macam mana and what kind of activities ur planning to do.

      thank you Tqa for your complement. maluuu i sis..
      gambar biasa2 jeee urs lagi kebaaabom..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.