Trip New Zealand 2019 : Petik Berries & Strawberries Di Whatawhata Berry Farm Hamilton | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Petik Berries & Strawberries Di Whatawhata Berry Farm Hamilton

/
18 Comments
July 25, 2020
Petik Berries & Strawberries
Di Whatawhata Berry Farm Hamilton New Zealand




Day 5 [15122019 Sunday]

New day new adventure gituuu.. Excited nak teruskan perjalanan hari kelima di New Zealand sebab nak pergi petik buah. Kalau korang adalah pembaca setia cerita travelogue SYM, memang dah tahu aku suka acara petik buah. Kalau boleh pergi mana-mana pun aku akan cuba include aktiviti petik buah dalam itinerary. Lagi seronok bila dapat petik buah di negara orang dan petik buah yang tak tumbuh di Malaysia. Jadi kali ni aku decided untuk pergi ke Hamilton dan petik buah berries dan strawberries disana. Antara sebab kenapa aku nak sangat ke New Zealand ketika musim panas selain daripada waktu siang yang panjang adalah sebab nak petik buah. Musim panas adalah musim terbaik nak buat aktiviti fruit picking di New Zealand sebab kebanyakan buah tengah sedang elok masak sedia untuk dipetik. Teruskan membaca kalau korang berminat nak tahu tips untuk rancang aktiviti petik buah di New Zealand.

PETIK BUAH / FRUIT PICKING DI WHATAWHATA BERRY FARM HAMILTON

Banyak farms disana dibuka untuk jual hasil tanaman masing-masing tapi tak semua allow visitors untuk pick your own (petik buah sendiri di ladang). Kena check dulu status setiap farm yang ada untuk kepastian. Kedudukan atau region sesuatu lokasi pun main peranan juga, sama ada buah dah masak dan boleh dipetik atau tak. Ini penting yaaa sebab kalau tak kena gaya memang tak boleh petik. Orang sana betul-betul jaga quality hasil tanaman. Setelah mencari dan menyusun itinerary dengan gigih, aku decided untuk ke Whatawhata Berry Farm di Hamilton. Boleh refer FB Page diorang sangat informative and responsive. Ini juga antara reason kenapa kami memilih untuk bermalam di Hamilton. Hanya 20 minutes memandu dari Hamilton ke Whatawhata. Ladang ni ada offer 'pick your own (PYO)' option jadi marilah kita kesana. Bayaran masuk adalah NZD3.70 (RM10.52 approx) seorang dan kita boleh makan sebanyak mana yang kita nak sampai kenyang kembung perut. Dah habis nak keluar hanya bayar apa yang kita petik nak bawa balik saja. Jangan pula masuk makan semata. Paling sikit kena petik at least 300g raspberries dan untuk strawberries pula NZD10.00 (RM28.42 approx) sekilo. Mana nak dapat harga strawberries semurah ini weh ?? Habaqqq mai kat cheqqq..

PENGALAMAN PERTAMA PETIK RASPBERRIES DAN BLACKBERRIES

Tahap jakun aku dah cecah level paling tinggi. Pengalaman pertama weh !! Tengok pokok raspberries dan blackberries depan mata sambil buah bergayut merimbun. Selama ni jumpa dah siap dalam kotak kat kedai itu pun kalau nak beli fikir tiga empat kali. Orang tak ramai sangat sebab kami pergi awal pagi. Boleh pulun sendiri petik buah tanpa perlu berebut dengan orang lain.

Dah dah tu.. Jom kita pergi petik buah !!



Cuaca mendung sepanjang hari. Berdoa agar tidak hujan..

Kita terjah ladang raspberry dulu.

Buah raspberries comel belaka sedang masak ranum.


RASA BUAH RASPBERRY DAN BLACKBERRY MASAM !!

Cubaan pertama aku makan pergggghhh masam dia terbaik !! Buntang biji mata segar rasa bila makan buah yang fresh dipetik. Tak semua masam kena pandai pilih yang hitam dan gelap baru okay sedap dimakan. Sebiji rasa kordial Ribena atau mana-mana sweets perisa raspberries dan blackberries. Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang diberikan. Pokok raspberries ditanam di atas batas-batas sebab rasanya sejenis tumbuhan menjalar kalau tak pacak kayu jenuh atas tanah tumbuh. Jaga-jaga langkah kaki takut terpijak buah-buah comel yang ada dibawah. Keadaan farm tak adalah kemas sangat semak samun tinggi juga tapi mungkin sebab diorang nak kekalkan feeling authentic memetik di ladang jadi dibiarkan begitu saja. Tapi tak juga teruk tak terurus. Buah raspberries dan blackberries ni ada banyak jenis.. Setiap lorong berbeza-beza jenisnya jadi jangan tumpu pada satu lorong saja. Pi explore lorong-lorong lain sama. Lain jenis lain rasanya. Jalan punya jalan jumpa jenis lain. Sedap !! Ralit makan sepenuh hati. Petik yang hujung-hujung tempat orang tak ramai pergi ada banyak yang sangat ranum dan sedap dimakan. Makan puas-puas dan petik sikit saja bawa balik buat cukup syarat.

Buah raspberries dan blackberries ni ringan saja..
Penuh satu kotak rasanya just nice 500g.

Hitam manis namanya ini..

Aku petik semua yang hitam saja sebab sedap..

Merimbun !! Comel sangat semuanya.

Jenis lain sikit. Manis tapi rasa macam licin makan sabun..

MamiZ dah penat kutip berries.

PETIK STRAWBERRY DI WHATAWHATA BERRY FARM HAMILTON

Dah puas memusing di ladang raspberries, ayuh kita gerak ke ladang strawberries pula. Berbeza yaaa perasaan petik strawberries di New Zealand dengan di Malaysia. Aku adalah dua kali rasanya pergi petik strawberries di Cameron Highlands. Both are fun dengan cara sendiri dan pengalaman pun pasti berbeza. Ladang strawberries di Malaysia ada tingkat-tingkat dan ditanam tinggi tapi di New Zealand, ditanam atas batas saja di lantai tanah. Haaa.. Gigih membongkok sakit pinggang bagai nak petik strawberries. Buah-buah strawberries disini lebih besar berbanding di Malaysia. Memang cantik elok buahnya dan sangat manis. Kami makan banyak strawberries berbanding raspberries sebab lagi sedap dan juicy. Mana cukup makan sebiji.. Diorang pun allow kita makan sampai puas jadi jangan lepaskan peluang yang diberikan. Sebiji masuk kotak lagi sepuluh masuk mulut. Kenyang rasa makan buah semata. Rasa nak duduk bersila siap enjoy makan buah. Di ladang strawberries ada ramai sikit pengunjung masing-masing nak memetik. Kanak-kanak pun ramai memang diorang suka sangatlah dapat petik buah.

Buah-buah strawberries berjuntai minta dipetik..
Tapi kalau rajin selak celah-celah pokok.. ada lagi yang tersembunyi..


Cari yang celah-celah dalam pokok tu.. Puas hati !!

Hasil tuaian kami anak beranak.

Sorry !! Tak sengaja pijak buah.


Total semua tak sampai NZD20.00 (RM56.84 approx) pun.. Kalau ditambah dengan cost yang kami dah makan sepuas hati rasanya more than that. Tak akan dapat punya harga buah macam ni di Malaysia. Ada juga service menjual ice-cream yang dicampur buah fresh dengan hanya NZD5.00 (RM14.21 approx) each. Boleh pilih nak perisa apa atau mixed berries. Size besar kongsi berdua pun jenuh nak habiskan.. Sedap..

TIPS MERANCANG AKTIVITI PETIK BUAH DI NEW ZEALAND

Pilih Musim Region Yang Sesuai

Musim panas adalah musim terbaik untuk include fruit picking dalam trip korang. Musim panas ni macam-macam jenis buah stone fruits (apricots, strawberries, berries, cherries etc) sedang elok ranum. Musim lain pun ada juga buah-buahan untuk dipetik tapi tak akan semeriah ketika musim panas. Time ni juga akan ada banyak carnival jadi suasana lebih meriah. Korang boleh rujuk SINI - Fruit Picking Seasons In New Zealand untuk dapatkan info tentang musim dan jenis buah yang boleh dipetik. Selain itu, kedudukan farm juga penting ya sama ada terletak di North Island atau South Island dan region tertentu. Lain region lain bentuk muka bumi lain tahap kesuburan tanah jadi lain jugalah hasil tanaman. Strawberries di North Island mungkin sudah boleh dipetik sekitar end of November sehingga February tapi di South Island lain pula tempohnya.

Semak Kebenaran Pick Your Own (PYO) Dengan Farm Yang Dipilih

Kebenaran untuk PYO ni bukan semua farms kasi sebab ada yang hanya tanam untuk dijual dan tujuan commercial. Orang luar tak boleh petik hanya pekerja. Sangat crucial untuk korang study farm yang berkenan dihati sebaik mungkin. Takut nanti dah beriya sampai tengok-tengok tak boleh petik. Cari website rasmi atau FB Page untuk dapatkan maklumat yang details. Farms disana banyak private properties jadi ikut suka owner ladang nak buka atau tidak - selalunya bergantung pada kuantiti buah. Kalau buah tak masak lagi memang tak boleh petik. Sentiasa follow update yang diberikan.

Tempah Slot Lebih Awal Sekiranya Perlu

Perangai diorang macam-macam jadi kitalah kena ikut kepala angin owner ladang. Ada yang fussy tak terima bilangan pengunjung lebih dari 10 orang sekali gus ada yang okay terima dengan hati terbuka. Ada yang offer PYO tapi limited slots jadi kenalah tempah lebih awal. Dapatkan confirmation sebagai bahan bukti nanti senang nak tunjuk.

Sediakan Back Up Plan Senarai Farm Lain Yang Berdekatan

Selalunya di kawasan yang sama akan ada banyak ladang buah-buahan juga. Sekiranya last minute ladang yang dituju tutup atau sebagainya, kita dah ada back up plan boleh terjah ladang lain pula. Cari siap-siap sebelum kesana tak adalah kalut sangat nanti.

Pakai Baju Dan Kasut Yang Sesuai

Dah tahu nak pergi petik buah janganlah pakai skirt meleret panjang sapu lantai dan heels. Terbenam kasut dalam tanah kalau pakai kasut bertumit. Casual wear sport attire pun dah sesuai dan nampak cool habis. Just enjoy your fruit picking session santai-santai gitu..

Sediakan Payung Atau Baju Hujan Sebab Cuaca Tak Menentu

Walaupun musim panas, cuaca sangat tak menentu. Iyaaalah soal cuaca bukan kuasa kita nak control. Jadi kita kena standby sediakan payung atau baju hujan. Kebanyakan ladang open tak ada tempat nak berteduh bagai kalau tiba-tiba hujan turun.

Paling Penting - Jaga Adab Di Tempat Orang

Ini basic.. Adab. Memanglah diorang kasi makan sepuas hati tapi control sikit. Aku pun acah saja konon makan tak ingat dunia.. Tidaklah. Pandai-pandailah buat pertimbangan sendiri. Ikut peraturan dan jangan buat benda bukan-bukan.

Perlu ke masukkan aktiviti memetik buah ni dalam itinerary ? Semuanya terpulang pada kehendak dan minat masing-masing. Kalau suka apa salahnya atau kalau belum pernah cuba.. Cubalah sekali. Mesti rasa seronok dan lepas tu nak lagi lagi lagi dan lagi. 

Bergembiralah dan nikmati saat-saat manis ketika memetik buah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com



You may also like

18 comments:

  1. Wahh seronoknya petik buah. Geram betul dengan buah raspberries yang masak ranum tu. Mampu petik mulberries je kat malaysia ni. lebih kurang rupa dia. sama, yang hitam memang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah pun tanam mulberries la ganti rindu nak petik buah kat negara orang. memang geram tengok gemok2 semua. rasa depa lebih kurang ja..

      Delete
  2. Cakap terus-terang tidak pernah petik buah di luar negara.
    Oklah nanti masukkan petik buah beri. Senang petik pakai tangan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kena cuba sekali baru mengerti perasaan seronok tu..
      insyallah lepas covid blh plan jenjalan petik buah..

      Delete
  3. LUASNYA LADANG BERIES STRAWBERIE..PUAS NK KUTIP TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaa puas hati meronda mencari buah.. setiap lorong
      tangan gatal nak memetik..

      Delete
  4. Seronoknyalah dapat flashback kenangan sewaktu travel ke NZ. Di musim begini, banyak orang dah gatal kaki nak jalan-jalan tapi tak mampu ke mana-mana. Gambar pun cantik-cantik belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula bergunanya kenangan. bila rindu kita kenang..
      manisnya tetap terasa juga.. mmg rasa gatai kaki tapi apakan daya..

      Delete
  5. Assalamualaikum.. wah seronoknya. gebu2 buah2 kat sana ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      itula tu gebus2 semuanya puas hati..

      Delete
  6. Aduhaiiiiiii ct ni buat akak jeles je. Akak pun paling suka kalau ada petik2 buah. Tak kira pokok apa mesti seronok kalau ada adegan petik buah. Berries tu besarnya.... Yang strawberry tu rasa macam nak bentang tikor hah ko duduk sambil selak kain eh selak daun cari strawberry masak. Tapi strawberry korea lagi besar dan lagi juicy...sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. strawberry Korea paling sedap saya setuju.. yes saya pun teringat yang saya beli di Busan memang itu paling sedap saya pernah makan. yang lain pun sedap juga. hehe seronok kan petik buah.. rasa hilang stress. bestnya diorang ada ladang..

      Delete
  7. nasib baik sempat terbang ya...kalau tak kena tungguuuuuuuuu lamanya nak habis Covid ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak.. saya nekad nak pergi sebenarnya time tu tabong tak penuh lagi.. tapi mmg rasa apa jadi kena pegi jugak..

      Delete
  8. waahhh...memang rambang mata tgk buah bergayut depan mata..mau kembung perut makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul. makan sampai kenyang..
      tengok buah rasa tak lalu da lepas tu banyak sangat makan..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.