Geng Bulat : Trip Ke Aquaria KLCC Lepas PKP | SITI.YANG.MENAIP

Geng Bulat : Trip Ke Aquaria KLCC Lepas PKP

/
58 Comments
November 19, 2020

Geng Bulat : Trip Ke Aquaria KLCC Lepas PKP



Lepas MCO fasa pertama awal tahun dulu memang ramai sangat yang plan trip dengan keluarga dan kawan-kawan kan ? Cuti-cuti dalam negara saja sebab border antarabangsa masih belum dibuka. Lagipun keadaan di luar Malaysia masih tak terkawal. Marilah kita memeriahkan tourism tempatan sambil bantu menjana ekonomi - negara kita pun banyak tempat-tempat menarik. Sana sini penuh umat manusia semua nak lepas gian hampir empat bulan duduk dirumah. Aku dan kawan-kawan Geng Bulat pun samalah gatal tangan gatal kaki dah rasa nak pergi jalan-jalan juga. Since aku dah pindah balik Selangor, senang sikit kami nak berjumpa. Lepas bincang kami decided untuk ke Aquaria KLCC. Rasa macam kanak-kanak pula tapi sesekali apa salahnya. Trip kali ni tak cukup ahli sebab Onni ada urusan keluarga. Tinggallah kami berempat saja.

BELI E-TICKETS AQUARIA KLCC MURAH DARI WONDERFLY ELAK BERATUR PANJANG

Kami beli E-Tickets Aquaria KLCC dari website Wonderfly.asia dengan harga murah setelah discount RM39.00/adult. Harga asal kalau tak silap adalah RM69.00 jadi dah jimat banyak. Bonus bila beli tickets dengan Wonderfly adalah, kami tak perlu que sebab boleh terus masuk. Memang panjang betul barisan manusia yang beratur. Aku tak pasti diorang memang dah ada tickets atau baru nak beli tickets di kaunter. Muka masing-masing pun ada yang dah mencuka. Kalau kami kena beratur panjang juga memang nak give up tak sanggup.. Entah berapa jam tunggu baru dapat masuk. We made a good decision beli siap E-Tickets senang scan terus. Tapi jangan lupa baca terms and conditions sampai habis. Semua dah ditulis jelas.. Walaupun kita dah beli tickets dengan Wonderfly, kita kena deal sendiri dengan Aquaria KLCC untuk book slot pukul berapa kita nak masuk. Link ke booking slot disediakan terus jadi kita isi saja pilih selected time yang kita nak. Bukan boleh main terpa terus menonong jadi aku pilih slot pukul 2.00PM. Aquaria KLCC akan hantar confirmation email pada kita bila slot yang kita nak dah confirmed. Jadi datang pada waktu yang dah ditempah tak perlu beratur hanya tunjuk confirmation email dari Wonderfly dan Aquaria terus kami boleh masuk.

PETA AQUARIA KLCC



Kalau tengok peta ni.. bukan kecil tempatnya ya. Seluruh kawasan Aquaria KLCC ni sebesar 60000 sq feet. Aku first time pergi rasa teruja sebab kawasan luas dan puas tengok hidupan laut. Tak kedekut space sampai seksa nak tengok binatang-binatang yang ada. Semua kemas elok cantik tersusun. Kalau yang dewasa pun rasa seronok aku jamin kanak-kanak mesti lagi seronok. Cuma bila pergi waktu cuti kena tabahlah hadap pengunjung yang ramai. Nak tengok satu-satu tangki kena take turn dan kalau ada kanak-kanak nak kena beralah bagi diorang tengok dulu. Aku paling suka Living Ocean sebab ada tunnel sepanjang 90m dan keliling kita ada macam-macam hidupan air seperti ikan jerung, ikan pari dan penyu. Kalau kena gaya.. masa lalu tunnel tu akan ada few divers yang bagi ikan-ikan makan.

Jom layan gambar-gambar.

Hurrmm.. Masuk ke Aquaria terus disambut Piranha.

Tangki khas untuk Nemo sekeluarga.

Species udang-udang.

Uiiish.. Ni ambil buat gulai sedap.

Cantik !! Menari-nari di dalam air.


PALING BEST !! LIVING OCEAN AQUARIA KLCC

Nak lalu tunnel ni kena beratur elok-elok dan terus pijak conveyer belt. Tak payah jalan sebab conveyer belt yang akan bawa kita menyelusuri tunnel yang dikelilingi cermin kaca. Macam masuk one magical world. Ini paling best sebab nampak hidupan laut besar-besar tengah berenang. Puas hati sangat cuci mata.. Kalau boleh rasa nak pusing dua tiga round tapi tak boleh pula sebab orang terlalu ramai. Aku ambil gambar sikit saja selebihnya ambil video. Lagipun suasana kelam gelap..


SERONOK TAK PERGI KE AQUARIA KLCC ??

Inilah first time aku ke Aquaria KLCC jadi perasaan aku sangat teruja. Last pergi tempat-tempat macam ni rasanya masa zaman sekolah bila ada trip ke Underwater World Langkawi. I was eager nak pergi Aquaria KLCC sebab aku suka tengok binatang-binatang dan tengok tangki-tangki besar penuh hidupan laut memang seronok. Aku berpuas hati dengan pengalaman yang aku dapat seronok tengok semua hidupan laut yang ada. Kalau ada rezeki extra boleh bawa anak-anak buah aku pula.. Kena Sesekali bawa berjalan. Bagi aku, this is a good place kalau nak bawa anak-anak beriadah hujung minggu and confirm diorang akan happy. Sambil tu boleh introduce all the sea creatures pada anak-anak. Cuma kena alert jugalah.. Jaga anak-anak dan make sure ikut semua arahan yang dah ditetapkan. Jangan ketuk cermin.. Jangan biar anak-anak berlari sana sini.. Jangan cross border.. Ikut SOP dan banyak lagilah benda basic dan common sense yang perlu kita ikut. Kanak-kanak memang tak tahu dan tak faham jadi kita yang dewasa kenalah control sebaik mungkin. Yang tak bawa anak-anak pun kena jadi bijak juga bawa diri di tempat public. Jangan jadi ingorant sangat yaaa.. Bukan untuk keselesaan satu individu saja, tapi untuk semua.

Lepas dah habis PKP boleh plan trip ramai-ramai pergi Aquaria KLCC.
Take care semua.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

58 comments:

  1. setakat ni lom smpai lg kat sana walaupun ddk di area klang-kl ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe selalu mmg cemtu.. yang duduk dekat2 tak pergi jenguk..
      nanti dah habis PKP bolehla pergi singgah jalan2..

      Delete
  2. Tak dapat pergi sana pun tak pa. Puas tengok gambar Siti kongsi 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe nanti habis PKP boleh pergi kak.. kita dewasa
      pegi pun xpa haih comel je hehe..

      Delete
  3. Love the corals and the penyus 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. you should goooo.. and tngk sendiri pula =)

      Delete
  4. Kak Sue tak sempat nak kemana-mana lagi dari hari tu, teringin juga bila dah habis semua PKP nie nak ajak keluarga pi berehat mana-mana. Sebenarnya kan, Kak Sue pun tak pernah sampai Aquria KLCC nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. saya setuju part pergila mana2 just nak berehat tu. sebab dah lama sangat duduk rumah rasa demotivated. rasa nak check in saja mana2 janji bukan rumah. tak buat aktiviti pun xpala janji keluar. nnt boleh bawa family ke Aquaria =)

      Delete
  5. Rasa tak nak balik kalau ke Aquaria KLCC ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe jangan Wak.. nanti depa suruh tidoq
      dengan penyu..

      Delete
  6. Antara tempat yang tak jemu nak pergi ialah tengok binatang. Habis MCO nak pergi zoooo Negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. bukan kanak2 je suka. yang dewasa pun sama
      teruja. aa jomla ke Zoo.. tngk binatang2 disana kesian diorang..

      Delete
  7. Memang nampak besar betul.
    Sebenarnya belum pernah pergi Aquaria. Underwater World Langkawi sahaja yang pernah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekuatan dua tempat tu berbeza.. Underwater World tua sikit usianya ni modern hehe.. tapi dua dua best sebab boleh tengok binatang hehe..

      Delete
  8. Nampak seronok pulak tengok ikan kat Aquaria ini.Dah lama teringin nak bawak anak g sini tapi tak tau bila nak bawak diaorang hahaha. InsyaAllah one fine day sampai jugak sini nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. nnt PKP dah habis boleh beli ticket online tengah discount tu. bawa anak2 kesini mesti diorang suka.. mak diorang pun akan suka =)

      Delete
  9. bestnya tengok ikan...akak tak pernah lagi pergi sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nanti lepas PKP kakak boleh pergi ya.. seronok =)

      Delete
  10. mana tuan blog ni? blog tak hapdet ka apa ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa benda tak hapdet ? kan baru publish entry ni..

      Delete
  11. sedar tak sedar memang tak pernah sampai lagi ke klcc, kalau ikutkan perancangan memang tahun ni nak ke kl, duduk hotel tengah-tengah kesesakan kl, naik lrt, monorail pusing kl kemudian masuk ke aquaria,

    itulah sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula betul.. semua kita merancang Dia juga yang tentukan. tapi adalah tu hikmahnya kenapa jadi begitu nnt lama2 kita faham juga. xpe dah clear semua nanti boleh plan lagi sekali..

      Delete
  12. tak pernah gi Aquaria...hehe..suasana under the sea mmg best..tgk ikan2 yg pelbagai species, bentuk, kaler...Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sebut Under The Sea teringat pula pada Sebastian The Little Mermaid hehe.. synonym sngt da dengan laut2 ni kan..

      Delete
  13. subhanallah cantikya semua hidupan laut dlm aquaria pandang pic pun teruja rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak PI.. teruja tngk hidupan laut. binatang2 yang
      bukan hari hari dapat kita tengok..

      Delete
  14. Bestnya aquarium dia...macam2 hidupan marin ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tangki besar2 puas hati tengok binatang2 yang ada..

      Delete
  15. Seronoknya masuk aquaria ni. Ada ye ikan Piranha dalam tu. Terapi mata tengok pelbagai jenis ikan comel comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tangki ikan Piranha tu awal sekali menyambut
      kedatangan haaa.. seram x seramm hehe..

      Delete
    2. haruslah seram. lagi lagi kalau dia ada buat pertunjukkan macamana piranha makan. huhu

      Delete
    3. haha piranha2 tu tak berenang sangat tau..
      diorang cem static je.. dala ada human skeleton letak situ..

      Delete
  16. Ada juga ikan pirahna dalam aquarium. Ingatkan ikan ganas ni tak boleh dipelihara di sini. Kalau yang dah biasa menyelam atau snokerling di laut mesti rasa macam sedang menyelam bersama hidupan laut tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takut aktiviti menyelam tu semua jadi saya pegi akuarium sajalah sebab suka tengok binatang2.. ada kak Piranha kat situ.. awal2 depa letak buat sambut pengunjung hehe..

      Delete
  17. Dah pernah pergi tapi dah lama dah lupa macamana suasana kat situ. Tapi seronok tenguk ikan jaws atas kita. kalaulah runtuh huhuhu habislah jaws ngap kita hahahahaha apalah imaginasi tinggi sangat padahal penakut yang amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha akak dun worry.. ramai je berfikiran macam tu. saya pun
      ada cakap dengan kawan2 what if tiba2 kan tangki pecah.. jeng jeng..

      Delete
  18. akak belum sampai lagi yg kat klcc tu...yg kat langkawi pernah p sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aquaria saya rasa lagi best.. sbb baru kan berbanding di Langkawi.
      tapi dedua pun memuaskan dan kasi pengalaman sama tengok sealife..

      Delete
  19. Berbaloi betul beli tiket online tu..
    Dah lama berhajat nak bawa anak-anak ke sini.. Kena tunggu PKPB habislah nampak nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah lepas PKP ni saya rasa masih ada online deals..
      jauh lebih murah berbanding harga asal.. grab the chance..

      Delete
  20. Wah bestnya aquaria buka rupanya time pkp ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini masa before PKP 2.0.. time PKP ni tak pasti la pulak..

      Delete
  21. Syok tengok ragam hidupan laut kan, macam-macam gaya dok ada 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. paling best tangki besar ada jerung tu la..
      excited sangat tengok depa berenang..

      Delete
  22. Ya Allah rindunya nak ke Aquaria. Last time kesana masa arwah ibu masih ada. can't wait to go back 🙏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti da habis PKP blh kesana lagi.. down memory lane..
      seronok kan puas hati juga tengok ikan2 nya..

      Delete
  23. banyakkan ikann.. sini pernah pergi dekat UMS tapi sikit ja ikannya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bawa kanak2 ni mmg diorang truja abes ni..
      jadila kan nak lepak2.. sikit pun mesti seronok juga..

      Delete
  24. Ishhh..Lama sangat dah tak pi aquaria..best kalau bawak anak² pi nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi.. anak2 sure suka tengok binatang2 ni..
      kita pun enjoy hehe..

      Delete
  25. Memang best bawa anak2 ke sini. Masa bawa anak hari tu, kemain teruja dia dpt tgk mcm2 jenis hidupan laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang diorang la paling suka kan kalo kesana..
      kita pun sama happy tngk depa hehe..

      Delete
  26. sampai ke sudah tak masuk2 aquaria ni.. ada anak nanti lah kot baru nk masuk. hahaha
    byk spesis ikan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe yess Nina yess.. xpa nanti ada ada insyallah
      boleh bawak tengok ikan-ikan..

      Delete
  27. Aquaria KLCC banyak simpan kenangan zumal. Haha. Lama tak pergi KLCC

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii Zumal.. kenangan apa tu
      kat Aquaaariaa ha..

      Delete
  28. betul..best kat aquaria ni..pernah gi ke sini beberapa tahun lepas. mmg kita yg dewasa teruja tengok semua hidupan laut. apa lagi kanak-kanak, dorang lagi excited.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nasib kami pergi semua dewasa kan.. x rasa guilty sngt
      kot ada anak2 tengok prangai makcik2 cemni hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.