Trip New Zealand 2019 : Hobbiton Movie Set Tour Matamata | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Hobbiton Movie Set Tour Matamata

/
20 Comments
July 27, 2020

Trip New Zealand 2019 : Hobbiton Movie Set Tour Matamata

Day 6 [16122019 Monday]

Hobbiton Movie Set tersenarai diantara tempat wajib visit dan iconic di North Island tapi mengikut perancangan awal, aku tidak berminat untuk singgah. Sebab utama - aku bukan peminat trilogies Lord Of The Rings dan The Hobbits jadi tak teruja dan tak excited pun. Memang nak skip dan pergi tempat lain. Tiba-tiba MamiZ sebut tentang Hobbiton Movie Set dan tanya kami akan kesana atau tidak. MamiZ nak pergi - aik !! Macam mana dia tahu tentang Hobbiton pula.. Rupanya ada kenalan berkongsi gambar-gambar yang diambil di Hobbiton Movie Set di FB. MamiZ kata cantik jadi baiklah aku include dalam itinerary. Faktor kedua aku malas nak pergi - harga ticket mahal. Aku cuba cari deals ticket discount murah di Bookme tapi semua ada bergabung dengan activity lain dan extra mahal. Tak berminat.. Ticket dibeli online direct terus di website Hobbiton Movie Set Tour dengan harga NZD89.00 (RM253.31 approx) untuk seorang dewasa. Aku bayar guna Debit Card saja dan terus approved dapat confirmation email. Kena book slot siap-siap jadi rancang perjalanan sebaik mungkin. Aku ambil slot pagi pukul 9:30AM. Jarak dari bandar Matamata ke Hobbiton Movie Set tak adalah jauh sangat - sekitar 20 minutes memandu. Jadi mari kita ke Hobbiton Movie Set Matamata. Mari tengok berbaloi atau tidak kesana dan betul ke cantik seperti yang MamiZ bayangkan ?



SEJARAH PEMBINAAN HOBBITON MOVIE SET MATAMATA

Hobbiton Movie Set adalah salah satu lokasi sebenar tempat pengambaran filem-filem bersiri Lord Of The Rings dan The Hobbits. Banyak lagi lokasi-lokasi pengambaran films ini disekitar New Zealand yang synonym dengan gelaran 'Middle Earth' - fictional setting yang dicipta oleh JRR Tolkien. Lokasi Hobbiton Movie Set pada asalnya adalah ladang ternakan kambing biri-biri milik keluarga Alexander seluas 1250 acre. Masa nak start shooting team LOTR tengah mencari lokasi dan set yang sesuai untuk membina 'The Shire - perkampungan The Hobbits'. Jatuh cinta dengan kecantikan sekeliling dan ciri-ciri lokasi adalah hampir sama dengan apa yang digambarkan dalam novel by JRR Tolkien, Peter Jackson terus beli 12 acre tanah untuk membina set pengambaran kekal perkampungan The Hobbits pada tahun 1998. Satu kawasan kecil saja ditengah-tengah ladang kambing biri-biri ada seketul perkampungan The Hobbits. 9 bulan masa diambil untuk menyiapkan pembinaan lokasi pengambaran - 37 buah Hobbit Holes™, The Mill, Green Dragon™ Inn dan jambatan. Ada satu pokok besar yang memang sedia ada di lokasi dikekalkan sebab fit dengan gambaran sebenar The Shire di dalam novel. Kerajaan New Zealand telah meminjamkan askar-askar untuk membantu pembinaan jalan untuk menyiapkan set pengambaran. Baik sangat haih.. Sebagai menghargai jasa askar-askar, Peter Jackson tengah mengambil kesemua askar sebagai pelakon tambahan especially untuk watak-watak Army of the Dead. Gituuu.. Lepas selesai pengambaran, diorang nak demolished The Shire tapi masih ada beberapa Hobbit Holes™ yang remained. Dari situlah bermulanya idea untuk membuka pintu The Shire kepada semua peminat-peminat trilogies LOTR dan The Hobbits untuk menjenguk set sebenar lokasi pengambaran bermula pada tahun 2002.


Signage Hobbiton di bandar Matamata.

i-Site Matamata - walking distance dari hotel. Awal sangat.. tak buka lagi.

Kena claim ticket di counter.

PILIHAN TOUR DAN HARGA TIKET HOBBITON™ MOVIE SET

Kita tak dibenarkan berkeliaran meronda sesuka hati di dalam Hobbiton jadi kena ikut masa tour yang ditetapkan dan package tertentu. Kita akan masuk secara berkelompok dan ditemani seorang tour guide yang akan bawa kita mengelilingi sekitar Hobbiton sambil menerangkan tentang sejarah dan cerita belakang tabir pembikinan filem-filem LOTR. Tempoh untuk habiskan tour adalah sekitar 2 jam jadi cukup masa nak bergambar sepuasnya. Bukan concept touch and go singgah sekejap terus balik. Ada banyak options dan packages yang available jadi kita pilih mana yang kita nak dan bersesuaian.

1. Hobbiton™ Movie Set Tour

Ini paling basic dan pilihan ramai orang. Guided tour dan bergerak dalam kumpulan kecil sekitar 20 orang. Bila kita beli ticket, kita diminta untuk isi sekali waktu berlepas yang kita nak. Kalau bawa kenderaan sendiri, boleh terus park di The Shire's Rest™ dan claim tickets di counter seterusnya beratur untuk naik bus yang telah disediakan. Harga tickets adalah NZD89.00 untuk dewasa dan NZD44.00 untuk kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak berusia 8 tahun dan kebawah. Kalau tak bawa kereta sendiri, ada juga dua points berlepas iaitu dari Matamata i-Site, akan ada shuttle datang ambil dan hantar balik dan harga sama dengan berlepas dari The Shire Rest™. Those yang dari Rotorua pun boleh ke Hobbiton Movie Set sekiranya tak ada kenderaan sendiri - ada service shuttle juga.

Tapi !! Disebabkan ujian pandemic (ketika entry ini ditaip), hanya departure dari The Shire Rest™ saja yang available.

2. The Evening Banquet Tour

Rasai pengalaman berbeza meronda di The Shire ketika waktu senja dan hidangan makanan seperti di dalam filem The Hobbits juga akan disediakan di The Green Dragon™ Inn. Tempoh untuk tour ini adalah sekitar 4 jam. Harga pula adalah NZD199.00 (RM566.40 approx) untuk seorang dewasa dan NZD162.00 (RM461.09 approx) untuk kanak-kanak dewasa. Pergh hargaaa.. Tercekik rasa tapi kalau dah namanya die hard fan, they will go to this extend. Pilihan makanan pun banyak - berbaloi dengan harga yang dilaburkan.

Ada banyak lagi packages available - boleh terus rujuk Hobbiton - Packages.
Packages berubah-ubah ikut musim dan ada pelbagai festival diadakan sepanjang tahun. Sebelum beli tickets tu study dulu jadual-jadual dan offers yang available.

Jom kita ke The Shire..


Departure point di The Shire Rest.

Our tour guide, Sandy tengah bagi taklimat ringkas.

Sandy sangat ceria dan energetic. Gigih dia explain semua trivia dan facts setiap ceruk tentang Hobbiton Movie Set. Setiap perincian habis dia ceritakan.  Segala computer trick macam mana nak bagi Hobbits nampak pendek dan muat masuk ke Hobbit Holes dan macam-macam lagi. Sandy juga explain beberapa spots yang wajib bergambar disana. Setiap sudut yang penting mesti Sandy akan suruh stop dan ambil gambar. Di Hobbiton Movie Set ada beberapa buah Hobbit Holes yang famous - rumah watak-watak utama seperti Bilbo Baggins dan Frodo Baggins. Memang ramai nak bergambar disini sebab sangat iconic dalam movie. Lepas tu ada juga Hobbit Holes yang dikategorikan mengikut warna. Yang ini Sandy explained tapi aku dah lupa. I did not pay attention sangat sebab aku bukan peminat LOTR dan The Hobbits jadi ada banyak benda aku tak boleh relate. Adalah tengok beberapa movies tapi tengok gituuu saja. Tahulah sikit-sikit nama watak utama dan plot cerita. Bila Sandy tanya soalan-soalan related to the movies, orang lain laju jawab aku sah-sah terpinga-pinga disitu. Sandy told us that semua pengambaran setting saja dibuat disini, segala actions dan kebanyakan lakonan dilakukan di studio especially kalau scene dalam Hobbit Holes, mana muat pelakon nak masuk dalam tu.. jadi bukan 100% shooting di Hobbiton.


Kawasan tak wheelchair friendly tapi boleh naik buggy.

Kami paling belakang sekali..

Jangan sampai terpisah dengan ahli-ahli rombongan yang lain..

Permandangan The Shire dari atas bukit. Macam postcard..

Antara props yang ditinggalkan.. Tak boleh masuk pun..

I believe this is Sam's house.


Holding the Gandalf's staff - might be a stick, cane or a wand.
Also known as the 'walking stick'.

Rumah Bilbo dan Frodo Baggins.

Dihujung sana - The Green Dragon Inn.

Traditional mill yang dibina mengikut gambaran novel.

Dah sampai ke The Green Dragon Inn.

Interior dalaman The Green Dragon Inn. Sebiji dalam movie..

Langit dah gelap hujan pun turun..

The Mill.

Hobbit Holes yang mengadap tasik. Wow..

My personal favourite view.

THE HOBBIT™ SOUTHFARTHING™ RANGE

Last pit stop before naik bus dan kembali ke The Shire Rest adalah di The Green Dragon Inn. The Green Dragon Inn adalah tempat melepak khas untuk The Hobbits berkumpul dan bergembira. Disini, semua pengunjung The Hobbiton Movie Set boleh dapatkan minuman khas bernama Southfarthing secara percuma. Rasa ala-ala Ginge Ale katanya.. Dihidangkan terus dari barrel khas, ada dua jenis - with alcohol and without alcohol. You get to choose which one you nak. Obviously us Muslims, akan opt untuk yang non-alcohol. Ada juga cafe yang menyediakan menu-menu lain kalau berminat. Aku pun dah excited nak minum the iconic drink tapi.. Bila aku sendiri dah sampai disana, aku decided untuk tak minum langsung. Why ? Aku nampak gelas-gelas yang digunakan bercampur saja dengan yang minum ada alcohol atau pun non-alcohol. Hati mula ragu-ragu obviously masa dibasuh pun bercampur tak mungkin ada separate areas so I ended up tak minum apa-apa. Selebihnya.. korang sendiri buat penilaian sama ada nak minum atau tak. Masa kami di The Green Dragon Inn, langit dah gelap dan hujan lebat mula turun. Alhamdulillah sepanjang tour langit cerah cantik kalau tak mesti rasa tak selesa nak berjalan dalam hujan. Kami kembali ke The Shire's Rest.

SOUVENIRS SHOP DI THE SHIRE'S REST

Haruslah ada souvenirs shop kan.. Disinilah nak dapatkan semua LOTR dan The Hobbits punya merchandises dan barangan-barangan lain. Harga memang standard barang original kena siap sedia duit kalau betul-betul berminat. Walaupun aku bukan fan LOTR dan The Hobbits, aku beli juga sikit souvenirs tanda aku dah berjaya jejak kaki ke The Hobbiton Movie Set. Jom tengok beberapa souvenis yang available disana yang mana sempat aku ambil gambar sikit..

Soft toy Gollum. Ada yang berminat ? Hihihi..

This is nice.. Hampir beli tapi tak jadi.

Buku-buku related to the stories. Range harga NZD15.00 - NZD60.00.

Cute baby romper.

Tumbler anyone ? Bagi aku this one nampak cheap tapi harga yahudi.

Board games.

I like this one as well tapi MamiZ tak kasi beli. Huhuhu..

Keychain.

And finally.. I bought this hat for NZD29.90 (RM85.10 approx).

TIPS KE THE HOBBITON MOVIE SET

1. Beli Ticket Secara Online

Disebabkan The Hobbiton Movie Set ni memang tarikan utama, orang ramai nak pergi. Jangan decide nak walk-in better beli ticket terus secara online. Decide tarikh dan waktu dan datang pada waktu yang dah ditetapkan supaya tak lama sangat menunggu. They are really punctual.

2. Pilih Outfit Yang Sesuai

This is an outdoor activity jadi pilih pakaian yang selesa dan sesuai. No high heels please.. Pakai sneakers elok. Jangan pilih outfit warna hijau sebab kawasan sekitar The Hobbiton Movie Set sangat penuh kehijauan. Nanti tak boleh beza korang dengan background. Hihihi.. Ada orang tak kisah sangat tapi aku kisah.

3. Tak Perlu Usung Tripod

Ini aku menyesal.. Gigih usung tripod konon nanti nak ambil gambar aku dan MamiZ berdua. Tak sempat pacak tripod pun nak setting. You can always ask someone nak tolong ambil gambar tapi sepanjang tour ramai saja offer help. Plus, yang mana ada selfie stick atau Gopro better ambil gambar sendiri.

4. Bawa Bekalan Makanan / Minuman

Makanan tak boleh bawa ke The Hobbiton Movie Set tapi boleh siap sedia lunchbox untuk makan di The Shire's Rest. Ada kerusi meja disediakan. Cantik kawasan sekitar ada ladang biri-biri. Tapi kalau hujan.. makan dalam kereta jawabnya. Bawa air sebab penat juga nak menapak seluruh kawasan Hobbiton.

5. Payung / Raincoat

Cuaca disana unpredictable.. Sekejap cerah sekejap terus hujan tanpa warning. Kawasan pula open space tak ada tempat berteduh. Nak masuk Hobbit Holes pun tak muat. Payung disediakan untuk semua orang kalau nak boleh ambil di entrance The Hobbiton tapi besar sangat dan berat. Aku rasa better sediakan raincoat senang nak pakai kalau tiba-tiba hujan turun.

6. The Hobbiton Movie Set Tidak Wheelchairs Friendly

Kawasan adalah berbukit dan tak sekata jadi memang tak wheelchairs friendly. Tapi untuk sesiapa yang kurang upaya, perkhidmatan tour bersama buggy ada disediakan. Kalau nak bawa family members yang dah sikit berusia, boleh sediakan tongkat. Tak adalah tinggi sangat nak kena mendakit tapi untuk keselesaan baik bersedia.

BERBALOI ATAU TIDAK KE THE HOBBITON MOVIE SET ?

Jawapan jujur dari seorang yang bukan peminat tegar - sangat berbaloi !! Alhamdulillah MamiZ ajak ke The Hobbiton Movie Set kalau tak mesti aku rasa terkilan. Walaupun korang bukan peminat, tetap kena pergi dan experience the tour. Bukan khas untuk peminat movie LOTR dan The Hobbits saja. Macam kami anak-beranak, we just enjoyed the view and the beautiful scenery di perkampungan Hobbits, The Shire sebab memang cantik so serene hijau mendamaikan. Pengalaman yang seronok jadi wajiblah untuk semua yang ke New Zealand especially di North Island untuk include this tour dalam itinerary korang. You should not miss this one out.

Okay. Masih jauh perjalanan nak sampai Rotorua.
Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

20 comments:

  1. Rindu nya nak gi nZ lagi....
    Tapi dulu saya ke South island je..
    Kalau ada rezeki lagi.. nak try yg belah north plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ada rasa rindu tak reti nak luah macam mana..
      tak apa nanti boleh ke North Island pula =)

      Delete
  2. Cantik sangat pemandangannya xD

    ReplyDelete
  3. Tempat yang sangat menarik. Saya pasti ramai yang teringin nak datang sini. Okaylah tu kan ada rules dan kena ikut tour guide. Tempat pun terjaga dan demi keselamatan juga sebab kawasan dia boleh tahan besar juga tu. Lucky you SYM dah sampai sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Dia kasi rezeki tu dah bertahun2 simpan duit..
      insyallah rezeki kawan2 lain juga satu hari nanti..

      Delete
  4. Sangat cantik kan? teringat nyer lahai kenangan dapat ke sana suatu ketika dahulu. Entah bila dapat kembali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. saya rasa berbaloi duit yang dikeluarkan nak kesana..walaupun mahal tapi cantik so saya puas hati. insyallah bila keadaan dah reda boleh jalan2 semula..

      Delete
  5. Ini salah satu tempat menarik dan tercantik di NZ. Selalu nampak iklan pelancongan lalu lalang di wall FB, mesti ada gambar ni. Sejak covid-19, dah tak nampak dah iklan2 seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Covid dah reda menjelma balik gambar2 perlancongan..
      cantik tempatnya dan memang kena pergi kalau dah sampai sana..

      Delete
  6. Sempat singgah di sini tapi tak mampoo nak masuk sebab kami berempat mau kena lebh RM1K..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay la tu PLM amek bau dan tinggal juga jejak..
      mmg ikut harga tuuu saya pun tamau pada mulanya..

      Delete
  7. tak pernah tgk movie lord of the rings..tapi ok jg, cantik movie set ni..ala-ala country village..the mill, hobbit holes tepi tasik tu cantik viewnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok tapi tak follow sebab rasa macam dark sangat.. tak seseronok harry potter hahaha.. memilih sangat.

      Delete
  8. Hobbiton set tu lah yang buat ahkak teringin nak pi NZ. Tapi memang cantik view2 NZ kan. Keindahan alam ciptaan tuhan yang sangat cantik. Mudahan Allah rezekikan akak ke sana. Wish list juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau da sampai sana mmg wajib pergi kak.. seronok walaupun hanya tour pusing2 dalam tu saja. cantik tempatnya.. insyallah kak !! akan sampai juga kesana..

      Delete
  9. Pemandangan memang tidak dinafikan cantik. Kawasan rumah-rumah Hobbit dijaga baik.
    Oklah satu hari pergi nanti sebab sama bukan peminat tegar LOTR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa benar walaupun bukan a fan yang tegar.. kena pergi
      jugaaa sebab comel dan cantik tempatnya..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.