Recap Tahun 2020 | Siti Yang Menaip | SITI.YANG.MENAIP

Recap Tahun 2020 | Siti Yang Menaip

/
36 Comments
December 31, 2020
Pejam celik akhirnya sampai ke muka surat akhir tahun penuh suka duka dan ujian - Tahun 2020. Siapa sangka, tahun 2020 yang begitu dinantikan menjadi satu mimpi ngeri buat semua. Satu dunia terkesan Siapa sangka, tahun 2020 yang begitu dibanggakan akan jadi satu titik tolak norma baru untuk setiap penduduk Bumi. Itulah kuasa Tuhan, sebijak manusia merancang sepandai manusia menyusun pun.. masih tak akan mampu menandingi takdir dan ketentuanNya. Aku pasti segala yang berlaku sepanjang tahun 2020 tak akan dilupakan. Dari setiap golongan dan lapisan masyarakat, sangat ramai yang terkesan - gaya hidup berubah terus dan macam-macam lagi. Ada yang terjatuh dan sedang cuba untuk bangkit. Ramai yang berusaha gigih demi yang menanti di rumah dan ramai juga yang kehilangan - hilang yang tiada pernah akan ada ganti. Tapi sebagai orang Islam, kita kena yakin dengan apa yang dah disuratkan dan percaya disebalik setiap satu ujian yang datang dariNya pasti ada hikmah. Rahsia disebalik ujian pandemic Covid19 ini, hanya Dia Yang Maha Tahu. Dalam duka masih ada banyak yang kita perlu bersyukur  dan hargai. Nikmat sihat nikmat bahagia dan segala nikmat yang Dia tak pernah putus beri pada kita semua. Masih punya rezeki makan dan minum.. Detik-detik masa terluang diisi dengan berada disamping ahli-ahli keluarga tercinta. Betapa kita beruntung masih punya mereka yang kasih dan sayang pada kita. Tak ramai yang punya peluang itu lagi.. Kesempatan ujian ini Dia beri tempoh kita merenung akan ingatan dan teguran yang Dia hadirkan untuk kita semua. Sedikit Dia jentik dengan ujian tengok betapa kita semua kerdil dan hina. Dia hanya kirimkan ingatan bahawa kita semua adalah hambaNya. Sepanjang tahun 2020, aku belajar banyak perkara. Cuba untuk improve demi masa depan diri sendiri. Aku antara yang terjatuh tapi belum jumpa jalannya nak berdiri semula. Sakit !! Tapi semua dah tak guna nak diratapi. Ada sesetengah perkara memang kita tak mampu nak ubah walau dah cuba segala daya. Jadi aku decide untuk hanya follow the flow jangan pening kepala dan terus berdoa. Aku serahkan semua padaNya.

Dia dengar doa kita dan Dia akan beri tiba masa yang sesuai. He knows best..


Tak mahu sedih dan murung sangat.. Pahit manis perjalanan hidup itu biasalah. Manis memanjang tak ada pahit pun tak boleh juga.. Nanti lalai. Aku ingat tahun 2020 aku sendu but it was not that bad actually. Macam-macam juga aku buat dan sememangnya tahun 2020 aku penuh perisa. Alhamdulillah.. syukur Ya Rabb for everything. Sebenarnya, dari tahun lepas aku dah rancang untuk tak kemana-mana luar dari Malaysia untuk setahun dua. Aku dah all out untuk trip ke New Zealand jadi perancangan untuk 2020 dan 2021 adalah untuk menabung semula. Tabung dah kosong tinggal coins jadi kena isi kasi penuh. Plan untuk meronda dalam Malaysia adalah sikit-sikit tapi banyak yang terbantut sebab PKP. Jomlah ikut aku recap perjalanan sepanjang tahun 2020..

JANUARY 2020

Tirai tahun 2020 dibuka dengan trip santai jalan-jalan makan-makan ke Melaka. Asalnya adalah untuk pergi tengok teater di Encore Melaka dan singgah makan di beberapa tempat makan best disana. Wajib cuba semestinya Coconut Shake Klebang, Mango Royale Float dan Ee Ji Ban Chicken Rice Ball. Melaka sebenarnya menarik juga dan memang antara spot favourite rakyat Malaysia nak pergi bercuti. Ada macam-macam tarikan ada saja aktiviti baru nak dibuat. In January juga, ahli-ahli Geng Bulat had a mini gathering sempena tahun baru di rumah Onni sempena new year.


FEBRUARY 2020

Haaa.. February kelam kabut sikit sebab kalut process pindah rumah dari Penang ke Selangor. Fuuuh !! Berdua dengan MamiZ uruskan semua memang rasa nak putus urat tenaga tak cukup lepas tu masing-masing pun dah berusia. Sangat penat tapi apa-apa pun alhamdulillah segala urusan jadi mudah dari process mengemas, angkat barang dan cuci rumah. Dua hari lepas trip pertama lori selesai hantar barang ke Selangor, kerajaan umum PKP satu negara. Panic terus sebab masih banyak barang di Penang. Syukur barang-barang penting nak survive ketika PKP dah diangkut dulu jadi tak adalah sehelai sepinggang atau tak cukup peralatan masa baru pindah. 

MARCH - JUNE 2020

Ini adalah tempoh bertenang rakyat Malaysia - tempoh PKP fasa pertama. Masa ni semua masih blur dan jakun apa itu PKP. Obviously tak kemana-mana selain ulang alik kedai runcit Acheh beli barang dapur. Hari-hari dipenuhi aktiviti memasak dan makan diseling-seli tidur sampai tengah hari dan tengok movie. Khatam habis segala KDrama dan cerita-cerita sampai rasa nak muntah tengok screen. Habis tempoh PKP fasa pertama, first outing aku dan MamiZ - pergi makan di The Chicken Rice Shop Alamanda. Perasaan masih takut untuk keluar dari rumah dan ke mall.

MAY 2020

Selamat masuk ke usia 30-an alhamdulillah syukur untuk kesempatan menikmati nikmat dunia. Celebrate birthday time puasa dan PKP adalah satu kenangan. MamiZ memang tak reti buat surprise ke celebration ke jangan expect apa-apa. Aku dah biasa memang setiap tahun macam ini. Tapi kasi duit untuk urus sendiri nak apa sempena birthday. Kalau orang baru kenal mesti kesian kat aku sebab buat semua sendiri untuk birthday sendiri. Hahaha.. mak aku !! Tapi sebenarnya dari kecil tak adalah celebration sangat pun.. Usually pergi makan saja jarang celebrate dengan cake. Bukan kebiasaan dala keluarga aku.. tapi dah PKP tak boleh keluar, kita bawa makanan ke rumah. Funny thing happened, ordered a cake then terlupa nak simpan dalam fridge. By the time nak potong cake lepas berbuka, meleleh habis semua krim dan topping cake dah tak ada rupa. Aku pandang hang.. hang pandang aku. Syukur rasa sedap dimakan tapi rupa memang dah hancur kelaut.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri paling penuh bersejarah namun masih diberi nikmat perayaan agung umat Islam sedunia. Solat Sunat Aidilfitri dan bacaan khutbah raya pertama kali dibuat dirumah dengan bilangan ahli-ahli keluarga yang sangat limited dibenarkan berkumpul. Antara raya yang syahdu sebab ramai tak dapat pulang ke kampung halaman dan antara yang sangat bermakna untuk kita lebih menghargai mereka yang tersayang. Sesuatu yang kita pasti tak akan lupa..

JUNE 2020

Kena serang sakit gigi dan suku daripada gigi geraham depan aku pecah tiba-tiba. Tak tahulah aku kunyah apa keras sangat sampai pecah. Had to go to the dentist dan buat rawatan Root Canal. Pergi ke private dental clinic sebab que Klinik Pergigian Kerajaan memang berbulan. Mana nak tahan gigi gusi semua dah sakit membengkak. Jadi sepanjang June - July aku ada three visits untuk selesaikan process rawatan. First visit lepas rawatan, sakit gusi seminggu dan terus demam. Yang kedua dan ketiga more to check-up. Dentist suruh buat crowning sekali tapi nanti-nantilah.. Itu kena kumpul duit lain pula. Harga semua bukan sikit-sikit, segedebuk terus kena bayar. Alhamdulillah gigi okay setakat ini janji rajin gosok dan jaga kebersihan selalu. Kali pertama buat rawatan Root Canal masa Tingkatan 4. Aku dan masalah gigi memang berpisah tiada. Huuurm..

JULY 2020

Setelah berbulan akhirnya dapat balik ke Penang dan sambung segala urusan pindah rumah yang tergendala. Satu lagi trip lori hantar barang ke Selangor. Aku dan MamiZ ambil kesempatan juga untuk pusing Penang for few days, pergi ke tempat-tempat favourite kami sekeluarga melepak sambil terkenangkan memories 30 tahun menjadi Penangites. Penang is always a home untuk aku walaupun tak pekat pure utara tapi darah Penang tetap ada dalam badan. Lepas ni kalau kesana lagi, mesti rasa awkward dan perasaan tak akan sama. Terima kasih Penang, untuk segala kenangan pahit manis yang mendewasakan.

In July juga sempat aku dan MamiZ naik Cameron Highlands buat day trip. Memang plan nak singgah few places saja tak bermalam pun. First place Baby (kereta aku) pergi masa baru dibeli adalah Cameron Highlands jadi bawa naik sekali lagi sempana usia 10 tahun perkhidmatan. Naik ikut Simpang Pulai dan turun ikut Tapah. Kali ni singgah ke Kea Farm dan The Sheep Sanctuary saja. Second gathering ahli-ahli Geng Bulat sempena tamat PKP fasa 1. Sempat kami terjah Ikea Cheras lepak makan-makan sambil berkongsi macam-macam cerita. Sepanjang PKP pun rajin buat video call bosan sangat dah duduk rumah.

AUGUST 2020

Birthday month MamiZ - aku plan mini celebration bawa makan ke Indus Putrajaya by Bora Ombak. Not bad juga makanan-makanan disana. First time tempah service birthday beli belon dan cake untuk surprise MamiZ. Sempena lepas PKP banyak benar offer hehehe.. Kita grab. Gathering ahli-ahli Geng Bulat lagi dan kali ni kami ke Aquaria KLCC. Beli discounted tickets dari website Wonderfly - first time aku kesana. Menarik dan puas hati tengok hidupan-hidupan laut.


SEPTEMBER & OCTOBER 2020

Bulan September dan October, dua kali aku buat trip ke Ipoh. Trip santai lepak-lepak sambil makan-makan. Bila dah makin berusia, aku notice yang diri tak adalah teruja sangat nak buat macam-macam aktiviti. Just nak spend quality time dengan kawan-kawan sembang catch up session dah memadai. Pergi jugalah ke Concubine Lane cari kedai bertemakan Harry Potter, makan dimsum sedap di Canning Dimsum, makan shellout, pergi Tasik Cermin dan beberapa lagi aktiviti-aktiviti. Early September, sempat berendam di Lubuk Timah, Simpang Pulai berkelah dengan kawan-kawan. Lega rasa dapat mandi air sungai. Orang tak ramai tak sesak nikmatnya berkelah macam tempat tu kita yang punya. In October ingat nak ke Lata Kekabu di Lenggong tapi sayangnya bila kami sampai, kawasan hutan lipur ditutup untuk sebarang aktiviti berkelah. Patah hati..

NOVEMBER 2020

Diserang sakit gigi lagi tapi bukan kawasan yang sama. Kali ni wisdom tooth pula buat perangai.. Nak buka mulut tak boleh dekat dua minggu. Aku pergi check di Klinik Pergigian Kerajaan dan sadly appointment yang boleh dibuat untuk buang wisdom tooth di Hospital Serdang paling cepat bulan February 2021. Gelak dulu sendirian bila fikir nak kena tunggu until next year. Ended up aku pergi contact dental clinic yang buat rawatan root canal few months ago tapi sebab tengah bengkak teruk apa pun tak boleh buat. Makan ubat selama dua minggu tup tup sakit pun hilang. Okay !! Tak jadi jumpa dentist. Hahaha.. Doa saja wisdom tooth tak buat perangai balik. Kalau sakit balik baru kita fikir nak buat apa - ya !! Aku takut.

Next, aku dan kawan-kawan dah siap book nak beriadah di Gopeng Glamping Park dan beberapa hari lepas tu Perak umumkan PKP seluruh negeri. Bayaran penuh semua dah dibuat dan tak boleh refund langsung. Cuma nanti boleh adjust semula tukar tarikh baru. Excited sangat kami berempat nak kesana sebab sangat susah nak cari masa nak berkumpul tapi adalah tuuu hikmah tersembunyi. Tak apa.. Nanti kita adjust semula tarikh yang sesuai. Kasi keadaan reda pulih kita pun rasa selamat nak berjalan-jalan insyallah nanti kita kesana.

DECEMBER 2020

Nothing much memang rasa banyak terperuk dirumah sepanjang December. Plan nak ke Pantai Timur terpaksa dibatalkan sebab tengok jumlah kes semakin meningkat sangat jadi kami decided untuk tak pergi berjalan. We did not want to take any risk.. Biarlah nanti pula jalan-jalan sabar dulu dan doa semoga semua kembali pulih. Jalan dekat-dekat kawasan sekitar adalah pergi makan pergi sightseeing sikit. Ohoo.. My cousin nak bernikah jadi aku tolong siapkan dulang hantaran untuk dia. Ada jugalah benda nak buat ada aktiviti nak isi masa lapang.


Haaa macam-macam juga aku buat sepanjang 2020 walaupun aku ingat macam sendu semacam saja. Apa-apa pun.. We are so done with 2020 dan segala ups and downs yang terjadi. Di hari terakhir tahun 2020 ini mari kita semua mensyukuri nikmat dan rahmat yang diberikan olehNya dan berdoa semoga hari-hari mendatang di tahun baru akan lebih baik lebih indah dan bahagia. Semoga cepat Allah SWT redakan segala ujian yang melanda dan kembali seperti sedia kala.

Jaga diri semua.. ikut SOP yang dah diarahkan oleh kerajaan.
Selamat tinggal 2020 - Terima kasih untuk segala kenangan dan pengajaran.

Remember the good times of 2020.. and get ready for the better times of 2021.
Jumpa lagi insyallah di tahun baru lembaran baru tahun 2021.

- SELAMAT TINGGAL 2020 -

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

36 comments:

  1. Wah, banyak jugak aktiviti awak yea.. macam akak nie xleh gie mana² sebab terikat dgn peraturan opis.. yealah even WFH tapi kamk takleh ke mana² sebab nak kena report pd pihak atasan mana kita pergi.. in the end duduk jealah kat rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah saya ingat saya macam kurang activity tapi rupanya macam2 juga saya buat sepanjang tahun.. kalau terikat gitu mmg susah sikitla tapi demi kebaikan juga. tak apa insyallah semua dah reda nanti qada balik part jalan2 okay =)

      Delete
  2. 2 kali kena sakit gigi. Bertabahlah.

    Rasa tahun ini sangat tenang dan tiada kekecohan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaaa boleh pula 2x kena sakit gigi. yang kedua tu kiranya xda kesudahan lagi cuma dia tngh duduk bebaik tak sakit..

      Delete
  3. Aduihh part sakit gigi tu seksanya cheq membacanya. Bertabahlah SYM, cheq pun dok pi klinik gigi swasta ja selama ni sebab tak sanggup tunggu lama. Dental problem ni memang nak kena bagi selesai secepat mungkin. Cheq syorkan SYM guna ubat gigi Sensodyne. InshaAllah lepas ni tak payah kena pi jumpa dentist selalu, paling kerap pun sekali setahun ja 🤓

    Selamat menempuh tahun baru 2021..💪🏻😷

    ReplyDelete
    Replies
    1. usually mmg at least 2x stahun pegi dentist untuk scaling gigi tapi untuk rawatan ke cabut gigi ke memang tak pernah. serammm dan takut.. niat nak ke klinik kerajaan untuk jimat cost tapi betul.. bab sakit gigi takleh tunggu lama nak kena settle cepat. amekla duitku amekkk.. janji cepat tak sanggup sakit. tak pernah cuba Sensodyne.. insyallah boleh lepas ni. thank you..

      salam tahun baru 2021 juga ya..

      Delete
  4. Salam tahun baru SITI... moga tahun 2021 kita masih bole jalan2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tahun baru 2021.. insyallah semoga semua cepat
      reda dan kembali normal seperti dulu..

      Delete
  5. Selamat menyambut tahun baru 2021.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru 2021 Wak..
      semoga ceria-ceria selalu..

      Delete
  6. Banyak juga trip Siti di tahun 2020 ek.. best nye!
    Happy New Year Siti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula bila disusun semula ehh.. banyak juga tempat pergi..
      ingatkan macam kurang activity..

      Delete
  7. selamat tahun baru cik siti yg vogue tuuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe thank you Wak.. selamat tahun baru jugaaa =)

      Delete
  8. Detail jalan ceritanya.. walaupun pelbagai dugaanntetapu alhamdulillah Kita masih boleh survive.. semoga tahun 2021 lebih menjanjikan kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dan kita wajib bersyukur masih okay bertahan..
      semoga tahun baru ni lebih baik hendaknya..

      Delete
  9. 2020 was one hell of a year. For all of us and I think everyone can relate to the part in March - June 2020. Makan tido tengok tv sampai tak tau nak tengok apa dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha those months memang months yang rakyat Malaysia sngttt berjemaah punya rasa yang sama. to the extend mmg rasa muak yang amat tngk screen..

      Delete
  10. Banyak juga terisi tahun 2020 awak. Yang pastinya tahun 2020 adalah sebuah sejarah yang pasti semua orang ingat sampai bila bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula dalam rasa tak ada apa2 aktiviti rupanya banyak juga. memang kan.. tahun penuh kenangan pahit manis..

      Delete
  11. Wahhhh banyak juga aktiviti Siti di tahun 2020. Mac - June tuh macam sama je aktiviti kita. Thank you sharing cerita recaps 2020. Ups and downs in life kalau takde covid19 pun memang ada cuma bila covid19 ni terasa downs nya tuh extra pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe satu Malaysia berjemaah makan tido makan tido masa PKP fasa pertama tu kan.. okaylah sebab ramai cemtu tak adalah rasa macam krik krik sangat. kenangan semua ups and downs. baik buruk kita belajar =)

      Delete
  12. wah banyak juga aktiviti ct. Aktivii akak yang banyak ialah acara makan potluck dalam opis. hehehehehe buat legakan hati sebab tak leh ke sana ke sini. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itula potluck pun seronok kak makan-makan hiburkan hati yang lara. semoga tahun 2021 ni lebih ceria dan bahagia..

      Delete
  13. tahun lepas, tak banyak travel tapi ada jugak la keluar dari Johor Bahru ni..buat lepas gian nak mengembara tu..moga2 tahun ni semua akan jadi lebih baik di seluruh dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kan gili gili da tapak kaki tapak tangan semua ni.. mudah2an hari2 mendatang lebih baik dan cepatla semua ujian berlalu pergi..

      Delete
  14. 2020 yang meriah. Selamat menjadi warga Selangor. Amboi tak tahan ayat masing-masing dah berusia. Baru 30 ye, kalau kak Sal ni yelah dah tua. Haha. Selamat tahun baru Siti! Kirim salam kat Mak ye. Jaga diri tau. If ada weekend free akak terjah rumah awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe da 30 tu kira berusia jugakla kak.. da tak boleh nak buat perangai sangat dah adult hehehe.. mari mari roger awal2 k.. boleh makan2 hehe..

      Delete
  15. 2020 bakal di kenang sbb negara kita dilanda corona virus....smoga cpt la ia berlalu...mcm2 suka duka 2020 kn...paling tk best kalo kena sakit gg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya akan dibawa ke 2021 ni tak nampak akan ada perubahan lagi ke arah yang baik.. makin buruk adalah. tapi kita doa sajala yang baik2 untuk semua.

      Delete
  16. apa pun yg berlaku tahun 2020 akan dikenang sampai bila2. stay safe di mana pun berada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tahun penuh pahit manis yang pastinya akan kita ingat sampai bebila. dalam sejarah betul kan 2020.. kita doakan yang baik2 saja jom..

      Delete
  17. tak ada siapa ckp yg 2020 thn yg mengagumkan... tp tu laa... benda dah lps... kita sama2 doa semoga thn ni jd lbh baik dr thn lps...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda da lepas dan wajib kita jadikan pengajaran. cumaaa tengok attitude ramai macam tak serik saja hahah.. kita doakan sajala benda yang baik kan..

      Delete
  18. Adoi.. part sakit gigi tu memang tak boleh bawa bincang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sapa kacau memang meminta sangat..
      cari gaduh betul hahah..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.