Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang | SITI.YANG.MENAIP

Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang

/
38 Comments
January 21, 2021

 Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang

Tirai tahun 2021 dibuka dengan ujian kepada penduduk-penduduk negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan apabila banyak kawasan dinaiki air dan banjir kilat melanda. Sangat meruntun jiwa tengok keadaan di negeri-negeri yang terjejas. Rosak rumah dan jalan raya. Dalam keadaan pandemic Covid19 yang belum reda, pergerakan jadi terbatas banyak faktor kena fikir sebelum buat keputusan. Syukur sangat tengok ramai yang menghulurkan bantuan dan sumbangan. Banyak agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta individu tertentu yang turun padang. Kalau aku ada kudrat dan kuasa memang ada keinginan nak pergi bantu jadi aku cari solution.. apa yang aku boleh buat dari jauh untuk kurangkan beban mangsa-mangsa banjir disana.

SUMBANGAN KHAS UNTUK WANITA-WANITA MANGSA BANJIR

I came across satu post di account Instagram Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis ( WOMEN:girls ) yang meminta sumbangan khas untuk wanita-wanita yang menjadi mangsa banjir. Antara barang-barang yang diperlukan adalah tuala mandi, pakaian dalam, sanitary pads, sarung bantal, socks dan beberapa items lagi related to women. Tak perlu ke lokasi banjir, kita hantar barang-barang ke pusat pengumpulan nanti diorang yang hantar kesana. Bila fikir balik, selain dari makanan memamgn benda-benda yang diminta sangat penting untuk wanita. Terpanggil rasa nak derma tapi aku tak ada duit beribu berjuta. Aku up di Instagram minta sumbangan dari kawan-kawan lain yang berminat untuk sama-sama menyumbang. Aku guna duit terkumpul beli barang-barang baru untuk didermakan. Boleh saja nak derma barangan terpakai, tapi aku prefer beli baru. Alhamdulillah.. dalam masa dua hari aku dapat kumpul RM2000.00 - jumlah yang diamanahkan untuk aku beli barang-barang yang diperlukan !! Aku kongsikan di sini sebagai kenangan kerjasama semua pihak yang menyumbang. Teringat zaman belajar di universiti bila aku dan kawan-kawan agak aktif bergiat dalam kokurikulum berkaitan CSR. Seronok.. Mudah-mudahan ada bahagian kita disana kelak dengan bantuan-bantuan yang kita hulurkan.

Aku hanya focus pada sanitary pads, underwares, towels dan cleaning supplies.

Borong sanitary pads dan tuala mandi.

Ngam ngam boot kereta ihik.. Alhamdulillah dapat 40 packs.

Cleaning supplies untuk lokasi pasca banjir.
Borong di Tesco - kebetulan ada discount lagi banyak boleh dapat.

Ready to go !! Ayuh..

Di lokasi pusat pengumpulan. Ramai yang datang menderma..
Pemurah sangat hati rakyat Malaysia..

UNTUNG ORANG ISLAM YANG KAYA DAN PEMURAH

Alhamdulillah selesai hantar barang-barang yang dibeli untuk diagihkan. Semoga mudah urusan pihak NGO untuk edarkan dan agihkan kepada mereka yang memerlukan. Seronok buat kerja-kerja amal macam ni akan timbul sejenis perasaan yang tak boleh digambarkan. Beruntung bagi mereka (Muslims) yang dikurniakan rezeki melimpah ruah ada wang yang banyak dan diinfakkan pada jalan yang benar. Lagi-lagi pada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Beri sumbangan pada sekolah-sekolah tahfiz pun sangat digalakkan.. Taja mereka yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran pastinya ada habuan untuk kita. Bila Allah SWT soal disana, kemana hartamu dibelanjakan - moga ada bahagian kita boleh jawab didermakan diinfakkan dan macam-macam lagi. Tengok Ustaz Ebit Lew sudah.. rezeki banyak boleh dikongsi dengan ramai orang. Sedikit pun tak berkira duit dibelanjakan macam air untuk tolong orang.. Subhanallah !! Seronok dan sebab itulah orang-orang Islam kena kaya, supaya foundation kita kuat untuk tolong satu sama lain. Makin dikongsi makin banyak rezeki sebab janji Allah SWT itu pasti, sedekah adalah salah satu pintu rezeki. Kita yang tak ada duit banyak macam Ustaz Ebit Lew macam mana ? Haaa.. Bersedekahlah mengikut kemampuan. Jangan sampai menzalimi diri sendiri, lain pula hukumnya. Janji sedekah tak kira nilai kecil atau besar semua diambil kira disisiNya. Hanya Allah SWT yang tahu niat hati kita.

Alone we can do so little..
Together we can do so much..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

38 comments:

  1. Itulah salah satu sikap saya kagum dengan rakyat Malaysia iaitu pemurah.
    Moga ringan beban yang terlibat dalam ujian. Amin.
    Ya tolong apa yang mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. masa post di IG ingat tak ada orang nak join..
      alhamdulillah ada ramai juga menghulur =)

      Delete
  2. haritu ada nampak uncle tu beli pads satu troli. Kita tak mampu, derma jumlah kecik je lah hehe. Semoga ibadah kak siti diberkati dan dimurahkan rezeki aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumlah derma kecil atau besar tak kisah yang.. semua ada nilai dengan keikhlasan hati. kadang yg kecil lagi besar nilai dari yang derma banyak..

      Delete
  3. Kagum dengan Ustaz Ebit Liew.
    Role model terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bettul tu.. semoga ada rezeki jadi macam dia..
      menyumbangkan harta pada jalanNya..

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Semoga dapat meringankan sedikit beban mangsa2 banjir tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula harapannya Wak.. tak banyak..
      sedikit pun diharapkan dapat membantu..

      Delete
  5. TERBBAIK SITI YG MEMERLUKAN WAJIB SIBANTU

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 terbaik.. sumbangan saya sikit saja..
      banyak tu sebab ramai join hihi..

      Delete
  6. Tahniah, dik. Tak kiralah besar atau kecil nilai bantuan yang dihulur, asalkan dapat meringankan beban orang lain kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an dapat bantu mereka yang memerlukan..
      nak kesana tolong tak mampu..

      Delete
  7. Good job Siti. Moga dimurahkan rezeki. U are so rajin. Yelah kan, nak gi jadi volunteer tak boleh sebab kan dalam usaha nak putuskan rantaian Covid. I'm so proud of u. *virtual hug*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada chance pergi rasanya memang pergi.. tapi Covid pulak. ujian sungguh.. wahh dapat virtual hugggg best !! hihi..

      Delete
  8. semoga dipermudahkan dn dpt meringankan urusan mangsa banjir...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Bagus nye Siti dan team.
    Semoga dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb mudah2an dapat membantu mereka yang terjejas..

      Delete
  10. alhamdulillah.. murah rezeki saling membantu :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..moga murah rezeki Siti & mereka yg infaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb mudah2an.. semoga Allah SWT terima..

      Delete
  12. Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki Siti dan semua yang memberikan sumbangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb.. semoga Allah SWT terima
      dan jadi saham disana..

      Delete
  13. Alhamdulillah. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn

    ReplyDelete
  14. Semuga Allah mempermudahkan urusan Siti. Lain kali war-warkan lah kat blog boleh juga akak tumpang kedua-dua kaki. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb.. insyallah kak kalau ada lagi nxt time..
      itula hari tu xdan la tu laju kat IG je terus..

      Delete
  15. alhamdulillah, dipermudahkan urusan menolong orang yg memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb.. semoga ada peluang lagi nak bantu..
      seronok cuma kekangan kemampuan nak kasi derma tu..

      Delete
  16. Semoga murah rezeki siti dan semua yang menghulurkan sumbangan dan bantuan

    ReplyDelete
  17. Sikap pemurah rakyat Malaysia memang yang paling baguslah..
    Barang-barang yang Siti beli ini memang keperluan penting pun..
    Bagus sangat usaha Siti dan kawan-kawan ini.. Memberi inspirasi pada pembaca lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. rakyat Malaysia pemurah2 belaka. alhamdulillah.. saya saja suka2 buat tak sangka dapat sambutan. seronok juga sesekali buat kutipan macam ni..

      Delete
  18. org malaysia bab menyumbang ni mmg tip top. sgt2 terpuji.

    moga usaha ct dan lain2 akan diterima Allah dan diberi ganjaran pahala yg bsr aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah saya pun syukur ramai yang join turut menyumbang. saja suka2 tak sngka dapat sambutan. terima kasih semua yang menyumbang..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.