May 2021 | SITI.YANG.MENAIP


Assalamualaikum semua.. Dah lama sebenarnya berhajat nak buat NZ Souvenirs Giveaway tapi asyik bertunda sampai makan tahun. Jangan risau sebab semua souvenirs disimpan rapi kemas masih cantik elok berbalut khas dibeli dan diterbangkan dari New Zealand untuk korang semua. Insyallah semua souvenirs juga adalah yang bagus berkualiti. Sempena bulan mulia Syawal dan bulan birthday aku, elok sangat kalau sekarang ni buat giveaway. Dah lama menyepi blog tersayang ni harapnya boleh kembali bersinar. Ditambah pula dengan PKP jadi semua tengah bermuram duka.. dengan adanya giveaway ini aku harap muka korang ada itu sikit senyum.

Haaa.. Jom tengok syarat-syarat dah hadiah yang menanti =)

Okay !! Perhatian ya.. Giveaway kali ini ada  dua (2) categories.
Tolong baca betul-betul dan ikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Mudah saja tak susah cuma please.. Baca !!

Sila pilih SATU category penyertaan SAHAJA.

Category Satu | NZ Fridge Magnet x 5 (5 Pemenang)

Syarat-syarat :

  1. Follow blog SITIYANGMENAIP - WAJIB
  2. Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI - OPTIONAL
  3. Buat entry bertajuk 'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip'
  4. Letak banner giveaway dan backlink pada entry INI
  5. Publish entry penyertaan, tinggalkan link penyertaan dan nyatakan category pilihan di ruangan comment entry INI sahaja
  6. Nyatakan sekali Youtube Channel korang supaya SYM boleh subscribe kembali #kitasupportkita

Category Dua | NZ Tote Bag & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang) atau
NZ Tshirt Size L & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang)

Syarat-syarat :

  1. Follow blog SITIYANGMENAIP - WAJIB
  2. Buat entry bertajuk 'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip'
  3. Letak banner giveaway dan backlink pada entry INI
  4. Publish entry penyertaan, tinggalkan link penyertaan dan nyatakan category pilihan di ruangan comment entry INI sahaja
  5. Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI - OPTIONAL
  6. Nyatakan sekali Youtube Channel korang supaya SYM boleh subscribe kembali #kitasupportkita
  7. Tinggalkan SATU comment di mana-mana Video pilihan dalam senarai dibawah : WAJIB - tak ada Youtube Channel pun tak apa, boleh tinggalkan comment saja.


Tempoh Giveaway : 16 MAY 2021 - 31 MAY 2021

Haaa senang saja kan ? Selalu aku buat syarat-syarat yang sangat simple tapi kali ni advance sikit sebab souvenirs yang akan diberikan agak pricey setelah ditukar ke nilai mata wang kita walaupun hanya sekadar seketul fridge magnet. Memang beli untuk diberikan kepada rakan-rakan yang bertuah. Jomlah ramai-ramai join giveaway aku kali ni.. Sesekali buat giveaway marilah memeriahkan sempena tak ada aktiviti sangat during PKP ni. All the best. All the best.

Senarai Peserta :

Category 1 :
  1. https://www.shikinrazali.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  2. https://www.tiarasaphire.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  3. https://www.budakpening.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  4. http://famf-tower.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  5. https://mazuriah.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  6. https://loveneddy.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  7. http://www.naniey.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  8. https://me-soul-searching.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  9. https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  10. https://www.alienoren.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  11. https://pemudattbc.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  12. http://www.zianaeunos.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  13. https://www.mialiana.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  14. https://cempakabiru-nieda.blogspot.com/2021/05/jom-joint-nz-souvenirs-giveaway-by.html
  15. https://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  16. https://mumblingcici.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  17. https://ciksukataip.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html?m=0
  18. https://aniesandyou.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  19. https://blognisalpunya.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html?m=1
  20. https://www.dinohauz.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  21. https://salamisimon1.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  22. https://www.farhanajafri.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  23. https://www.nonasani.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html?m=1
  24. https://theredzachannelz.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  25. https://imwritingformyself.blogspot.com/2021/05/969-nz-souvenirs-giveaway-by.html
  26. http://www.zukidin.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  27. https://www.shidaradzuan.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

Category 2 :
  1. https://anakomak6.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  2. https://miziejusoh.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  3. https://syuderis.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  4. http://www.vitaminayu.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  5. https://kasihkuamani.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  6. http://www.suriaamanda.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  7. https://www.nurulzayani.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  8. https://salatulzarida.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  9. https://www.lyanaishak.my/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  10. https://tetikusmerah.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  11. https://www.travelogsyuhadasalleh.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  12. https://thejagungspirasi.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  13. https://saranur74.blogspot.com/2021/05/httpswwwsitiyangmenaipcom202105nz.html
  14. https://itsthesuraya.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  15. https://juliaali.blogspot.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  16. http://www.fatimahnabila.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
  17. http://www.mamapipie.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

Bayang nak dapat travel memang tak nampak lagi. Rasanya ambil masa tiga empat tahun juga baru nak mula pulih secara berperingkat. Kalau dah boleh travel pun aku rasa mesti requirements akan sangat banyak dan rumit. Haiiih.. Tak apalah memang tak dapat buat apa pun plus bagus juga sebab duit pun tak ada sangat lagi-lagi musim Covid19 pendapatan tak menentu. Jadi kita duduk diam dirumah sambil sambung menabung dan tingkatkan ibadah gituuu. Dunia pun makin tenat.. Ada tertulis rezeki ada jodoh lagi bolehlah travel semula. Dah tak boleh keluar merayau tak boleh shopping kat negara orang, kita bawa barang-barang dari luar masuk ke negara kita. Aku kirim snacks dari Australia from my friend yang tinggal di Melbourne. Terima kasih tolong beli pack dan post sampai depan pintu rumah. Parcel dari New Zealand pula aku order di Shopee - ada individu yang tinggal disana open order dan post ke Malaysia.

Thank you so much yang jauh jadi dekat..


Yang dah pernah ke Australia mesti faham perasaan best shopping di grocery shop disana seperti Coles, BigW dan K-Mart. Haiih !! Antara aktiviti yang aku rindu nak buat. Tu aku kirim beberapa items yang selalu borong di Coles. Sour Cream & Onion Chips tu favourite MamiZ. Irony sangat - chips tu diimport dari Malaysia. Hahahaha.. Di Australia aku geram betul sebab ada banyak M&Ms pelbagai perisa dan pilihan. Rambang mata nak buat pilihan semua rasa nak cuba. Aku pilih yang aku rasa tak masuk Malaysia atau aku tak pernah jumpa. Kadang-kadang pergi kedai runcit mahal ada juga choices yang jarang dilihat. Jangan risau sebab semua jelas terpampang logo Halal. KitKat dan Oreo pun sama.. kat sana banyak gila choices menarik. Semua bekalan ni nampak banyak tapi aku kongsi dengan keluarga juga. Jenuh makan benda manis banyak-banyak no no no. Beli snacks macam ni kadang tu sampai lima enam bulan ada lagi.

Okaylah sesekali kirim dari jauh..
Kalau selalu memang ranap poket..


Whittaker's L&P tu aku suka sangat !! Masa pergi NZ aku beli beberapa packets habis laju. Katanya ada dijual di Malaysia tapi setakat hari ni belum pernah jumpa. Cookies Mrs Higgins pula aku tak sempat rasa masa disana jadi bila ada orang open order aku belilah nak rasa. Ramai kata cookies Mrs Higgins lagi sedap dari cookies Cookie Time, tapi aku rasa cookies Cookie Time lagi sedap. Cookies orang putih ni selalunya soft cookies - aku suka juga tapi prefer yang crunchy. Baru puas nak makan kunyah ada bunyi.

Sesekali bolehlah nak order macam ni sebab harga shipping pun boleh tahan. Nak lepaskan kerinduan travel semata kita shopping macam inilah.. Semoga dunia kembali pulih cepat sembuh dan kita semua dapat kembali hidup normal bebas dan bahagia.


 


Kalau korang dah lama jadi kawan aku di ruangan SYM ni.. patut dah tahu aku sangat suka makan buah laici fresh. Yang dalam tin pun suka juga tapi tak akan sama sedapnya berbanding makan yang fresh. Last few weeks ada yang tinggalkan soalan di entry laici aku yang lepas bertanyakan mana nak beli bila musim dan sebagainya.. Jujurnya aku tak tahu dengan tepat jawapan kepada persoalan beliau. Tapi inilah dia.. inilah dia masanya kalau korang pun tercari-cari buah laici fresh. Yang aku tahu, negara kita tak tanam laici secara komersial - kalau fakta ni salah aku minta maaf. Tapi negara-negara jiran seperti Vietnam dan Thailand memang tanam laici dan akan export ke negara kita. Aku search bila musim laici di negara-negara sebelah, aku dapat jawapan sekitar bulan April hingga Julai. Jadi aku buat anggaran sendiri, within these months rasanya buah laici akan masuk negara kita juga.

Disebabkan tak boleh keluar meronda mencari, aku cari di Facebook.. kat search tu taip saja related keywords. Ada rezeki adalah penjual laici yang iklankan di Facebook. Aku jumpa beberapa orang yang jual laici fresh sekitar Kajang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi dan Serdang. Aku message dan terus order. Boleh contact brother ni (aku tak tahu nama dia tak sempat berkenalan) di 0132406995. Kalau korang duduk di Kajang dan Bandar Baru Bangi, boleh ke kedai buah di Jalan Reko Sentral berdekatan dengan Econsave Jalan Reko atau terus hubungi 0193439993 untuk delivery. Tanya dulu ada buah ke tidak kang penat saja pergi..

Huuurmm sejak PKP ni sis buat part time promote buah laici.

Yang atas ni kecil sikit buahnya berbanding yang tahun lepas beli besar amat. Sekilo RM15 memang inilah standard harga laici fresh.

Bagi those yang tercari-cari, teringin nak rasa laici fresh silalah buat pencarian sekarang. Kadang-kadang ada juga penjual buah tepi jalan yang jual laici. Semoga ada rezeki jumpa dan rasa nikmatnyaaa buah laici fresh. Lagi-lagi bila dah sejukan dulu.. Perggh..


Satu lagi giveaway mari kita join ramai-ramai. Senang juga syarat-syaratnya. Ada beberapa hari lagi berbaki kalau berminat nak join cepat lekaih.

Tarikh tutup penyertaan : 31 May 2021


Jom ramai-ramai kita join Giveaway Kak Suria Amanda. Senang sangat syarat-syaratnya tak perlu pening. Masih ada banyak masa nak join ayuhhh kita =)

Tarikh tutup penyertaan : 6 June 2021

 


| 14052021 |

hey self,
Happy 31st Birthday.


Assalamualaikum semua. Berlalu Ramadhan Kareem menjelma pula Syawal Mubarak yang mulia dan penuh kemenangan. Semoga ada rezeki kita semua bertemu lagi Ramadhan akan datang. Betul-betul mencabar jiwa dan emosi yaaa perayaan raya kita semua tahun ni.. Menjerut rasa betul bila diumumkan PKP seluruh negara. Memang sedih sayu tapi demi kebaikan dan keselamatan kita bersama.. marilah kita pandang dari sudut positive dan jangka masa panjang. Ini adalah jalan terbaik untuk kerajaan bendung penularan wabak Covid19 yang masih berleluasa in fact semakin teruk. Aku rasa aku tak ada hak nak pertikaikan keputusan kerajaan dan pihak berwajib sebab mereka dah bertungkus lumus nak jaga kita. I'm not talking politics ya.. Aku cakap perihal common sense yang semua orang patut sedar. Ingat tahun lepas ?? Bila kita rasa seakan-akan hampir menang.. Kita lalai dan akhirnya kembali tewas. Sedih sangat tengok usaha gigih frontliners kita seakan-akan tak dihargai. May Allah SWT bless their souls and grant them His loves. Tapi.. aku juga tiada hak untuk persoalkan tentang rungutan rakyat sana sini sebab I am not wearing their shoes. Susah payah mereka dikala PKP dan rasa rindu menggunung pada keluaga tercinta - I won't judge - I cannot judge I don't have the right. Jadi aku ambil langkah berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan bila baca postings di FB di Instagram yang menyuarakan kekecewaan tak dapat balik beraya ke kampung. Dalam perit dan sedih, aku kirim doa buat mereka yang berjauhan dengan keluarga tersayang supaya tetap diberikan rasa gembira menyambut kemenangan Syawal. Insyallah.. Semua ini akan berakhir dan keadaan akan kembali normal.

Dikesempatan ini, aku nak mohon maaf salah silap kepada semua rakan-rakan Bloggers yang kenal diri ini sejak hari pertama SitiYangMenaip dicipta 15 tahun lalu (sejak dari nama lama zaman hingusan) sehingga hari ini. Pejam celik dah 15 tahun rupanya aku bertahan di platform ini. Semua posts lama yang dah tak ada kaitan aku delete. Tak mau kenang hihi.. Ada yang dari dunia maya diberi kesempatan kenal dan berjumpa.. Banyak pahit manis sebenarnya dunia blogging ni dan itulah yang mengajar dan mendewasakan. Maaf andai sepanjang usia perkenalan kita ada tersalah silap terkasar bahasa bergurau kasar dan sebagainya. Mohon maaf sekiranya diri ada ada melukakan hati mana-mana pihak secara langsung mahupun tidak. Kadang-kadang terlupa diri seketika taip entah apa-apa. Ampun maaf kepada mana-mana pihak yang rasa tak senang rasa menyampah rasa tak puas hati dan apa-apa jenis rasalah dengan diri ini.

Have a blast raya celebration tak kira dimana juga korang berada. Walaupun hati sayu berjauhan dengan keluarga - raya tetap raya. Ambillah masa sikit untuk merayakan manisnya Syawal.

Selamat menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya.

Jaga diri patuh SOP dan sama-sama kita usaha untuk menangani masalah Covid19.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah | This Raya Stay at Home

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.