Sedapnya !! Musim Laici Kini Kembali | SITI.YANG.MENAIP

Sedapnya !! Musim Laici Kini Kembali

/
24 Comments
May 25, 2021

 


Kalau korang dah lama jadi kawan aku di ruangan SYM ni.. patut dah tahu aku sangat suka makan buah laici fresh. Yang dalam tin pun suka juga tapi tak akan sama sedapnya berbanding makan yang fresh. Last few weeks ada yang tinggalkan soalan di entry laici aku yang lepas bertanyakan mana nak beli bila musim dan sebagainya.. Jujurnya aku tak tahu dengan tepat jawapan kepada persoalan beliau. Tapi inilah dia.. inilah dia masanya kalau korang pun tercari-cari buah laici fresh. Yang aku tahu, negara kita tak tanam laici secara komersial - kalau fakta ni salah aku minta maaf. Tapi negara-negara jiran seperti Vietnam dan Thailand memang tanam laici dan akan export ke negara kita. Aku search bila musim laici di negara-negara sebelah, aku dapat jawapan sekitar bulan April hingga Julai. Jadi aku buat anggaran sendiri, within these months rasanya buah laici akan masuk negara kita juga.

Disebabkan tak boleh keluar meronda mencari, aku cari di Facebook.. kat search tu taip saja related keywords. Ada rezeki adalah penjual laici yang iklankan di Facebook. Aku jumpa beberapa orang yang jual laici fresh sekitar Kajang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi dan Serdang. Aku message dan terus order. Boleh contact brother ni (aku tak tahu nama dia tak sempat berkenalan) di 0132406995. Kalau korang duduk di Kajang dan Bandar Baru Bangi, boleh ke kedai buah di Jalan Reko Sentral berdekatan dengan Econsave Jalan Reko atau terus hubungi 0193439993 untuk delivery. Tanya dulu ada buah ke tidak kang penat saja pergi..

Huuurmm sejak PKP ni sis buat part time promote buah laici.

Yang atas ni kecil sikit buahnya berbanding yang tahun lepas beli besar amat. Sekilo RM15 memang inilah standard harga laici fresh.

Bagi those yang tercari-cari, teringin nak rasa laici fresh silalah buat pencarian sekarang. Kadang-kadang ada juga penjual buah tepi jalan yang jual laici. Semoga ada rezeki jumpa dan rasa nikmatnyaaa buah laici fresh. Lagi-lagi bila dah sejukan dulu.. Perggh..



You may also like

24 comments:

  1. Uihhh..musim2 panas ni..mkn laici yg baru keluar dari petiais...nikmat tak terkata

    ReplyDelete
  2. Sedapnya laici fresh! Terasa-rasa manisnya kat hujung lidah ni hihihihiii.

    ReplyDelete
  3. ada beli jg..tapi dpt yg masam..huhu..

    ReplyDelete
  4. sedap nmpknya..biasa mkn laici yg dlm tin je

    ReplyDelete
  5. sedapnya buah laici....
    terliur tengok...
    sini x nmpk pun lagi...

    ReplyDelete
  6. Selalunya kat pasar minggu ada jual

    ReplyDelete
  7. rindunya pasar malam reko... sedap tu laici fresh.. yg tin kakmim x berani sgt mkn sbb baca mcm² di medsos... mudah terpengaruh kn?

    ReplyDelete
  8. Bagus Siti beritahu bila buah laici keluar sebab bukan mudah jumpa.

    ReplyDelete
  9. Laici fresh memang sedap. Nak cari gak lah. Lama tak makan

    ReplyDelete
  10. Memang susah nak cari laici yg fresh macam ni . Kebanyakkan dalam tin je lah .

    ReplyDelete
  11. Negara sebelah semua ada laici , ciku , longan lah ...sebut saja . semua manis dan bersaiz besar. tapi hati2 kena basuh bersih2 bagi hilang racun buah yg melekat dikulitnya .

    ReplyDelete
  12. allah teringinnya nak makan yang fresh .. Yana xpernah jumpa lagi .. huhu nak sikit =P

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaa laici. Mna nk cari musim2 covid ni

    ReplyDelete
  14. suka mkn buah laici segar. tp skrg harganya pasti mahal berbanding dulu. dulu rm10/kg dah boleh dpt di Kelantan. skrg x leh harga tu..

    ReplyDelete
  15. fuhhhh sedapnya tengok. haritu ada nampak buah laici dekat NSK tapi tak rasa nak beli sebab tak pernah makan haha

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaa laici...lama jugak x makan hii

    ReplyDelete
  17. Lama x makan buah laici mcm ni..kupas sendiri ^_^ selalu dalam tin jah :)

    ReplyDelete
  18. sedapnya alahai. lagi pula makan fresh2

    ReplyDelete
  19. sini belum nampak lagi orang jual.. harapnya ada lah juga.. simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk memang best..

    ReplyDelete
  20. Masa pi guangzhou dulu musim laici seronoknya tenguk buah laici fresh dari ladang.
    Dapat makan perghhh juicy airnya dan buahnya.

    ReplyDelete
  21. Akak suka laici fresh...kalau nampak kat kedai buah memang akak akan beli x kisah la mahal

    ReplyDelete
  22. Anak-anak ksarie ni kalau dapat laici fresh memang depa sekali hadap je

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.