Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah | This Raya Stay At Home | SITI.YANG.MENAIP

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah | This Raya Stay At Home

/
43 Comments
May 13, 2021


Assalamualaikum semua. Berlalu Ramadhan Kareem menjelma pula Syawal Mubarak yang mulia dan penuh kemenangan. Semoga ada rezeki kita semua bertemu lagi Ramadhan akan datang. Betul-betul mencabar jiwa dan emosi yaaa perayaan raya kita semua tahun ni.. Menjerut rasa betul bila diumumkan PKP seluruh negara. Memang sedih sayu tapi demi kebaikan dan keselamatan kita bersama.. marilah kita pandang dari sudut positive dan jangka masa panjang. Ini adalah jalan terbaik untuk kerajaan bendung penularan wabak Covid19 yang masih berleluasa in fact semakin teruk. Aku rasa aku tak ada hak nak pertikaikan keputusan kerajaan dan pihak berwajib sebab mereka dah bertungkus lumus nak jaga kita. I'm not talking politics ya.. Aku cakap perihal common sense yang semua orang patut sedar. Ingat tahun lepas ?? Bila kita rasa seakan-akan hampir menang.. Kita lalai dan akhirnya kembali tewas. Sedih sangat tengok usaha gigih frontliners kita seakan-akan tak dihargai. May Allah SWT bless their souls and grant them His loves. Tapi.. aku juga tiada hak untuk persoalkan tentang rungutan rakyat sana sini sebab I am not wearing their shoes. Susah payah mereka dikala PKP dan rasa rindu menggunung pada keluaga tercinta - I won't judge - I cannot judge I don't have the right. Jadi aku ambil langkah berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan bila baca postings di FB di Instagram yang menyuarakan kekecewaan tak dapat balik beraya ke kampung. Dalam perit dan sedih, aku kirim doa buat mereka yang berjauhan dengan keluarga tersayang supaya tetap diberikan rasa gembira menyambut kemenangan Syawal. Insyallah.. Semua ini akan berakhir dan keadaan akan kembali normal.

Dikesempatan ini, aku nak mohon maaf salah silap kepada semua rakan-rakan Bloggers yang kenal diri ini sejak hari pertama SitiYangMenaip dicipta 15 tahun lalu (sejak dari nama lama zaman hingusan) sehingga hari ini. Pejam celik dah 15 tahun rupanya aku bertahan di platform ini. Semua posts lama yang dah tak ada kaitan aku delete. Tak mau kenang hihi.. Ada yang dari dunia maya diberi kesempatan kenal dan berjumpa.. Banyak pahit manis sebenarnya dunia blogging ni dan itulah yang mengajar dan mendewasakan. Maaf andai sepanjang usia perkenalan kita ada tersalah silap terkasar bahasa bergurau kasar dan sebagainya. Mohon maaf sekiranya diri ada ada melukakan hati mana-mana pihak secara langsung mahupun tidak. Kadang-kadang terlupa diri seketika taip entah apa-apa. Ampun maaf kepada mana-mana pihak yang rasa tak senang rasa menyampah rasa tak puas hati dan apa-apa jenis rasalah dengan diri ini.

Have a blast raya celebration tak kira dimana juga korang berada. Walaupun hati sayu berjauhan dengan keluarga - raya tetap raya. Ambillah masa sikit untuk merayakan manisnya Syawal.

Selamat menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya.

Jaga diri patuh SOP dan sama-sama kita usaha untuk menangani masalah Covid19.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah | This Raya Stay at Home



You may also like

43 comments:

  1. Alhamdulillah
    Selesai puasa 30 hari ramadan.
    Selamat menyambut 01 Syawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. pejam celik je kan Wak..
      dah berlalu 30 hari kita berpuasa..

      Delete
  2. Selamat hari raya Siti. Sama juga kalau ada komen yang kurang menyenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri Kak NA =)
      hehe tak ada tak ada jangan risau..

      Delete
  3. Selamat Hari Raya kak...salam syawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya too sisturr.. take care =)

      Delete
  4. Wkmsalam
    salam lebaran 1442 H
    Maaf zahir dan batin juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lebaran Wak sekeluarga. maaf zahir batin =)

      Delete
  5. SALAM AIDILFITRI SITI N FAMILI

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri buat Kak PI dan keluarga juga =)

      Delete
  6. Salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin…

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya siti, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugaa.. maaf zahir batin..
      stay safe..

      Delete
  8. Datang nk kutip duit raya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi alamakkkk saya duit raya pun tak dapat..
      saya kirim doala ya di angin lalu.. selamat hari raya =)

      Delete
  9. Salam Aidilfitri, moga terus selamat, dijauhi dari perkara merbahaya. Moga Covid 19 pergi jejauh dari hidup kita.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri maaf zahir batin.. yaaa semoga cepat ujian Covid ni berakhir. dan kita kembali dapat hidup bebas..

      Delete
  10. Selamat Hari Raya, Siti..maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya buat Siti sekeluarga. Kak Amie pun nak mohon ampun maaf kalau ada perkataan atau tulisan yang menyinggung perasaan. Moga Covid-19 segera berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri buat Kak Amie sekeluarga. maaf zahir batin.. samalah kak.. andai ada mengguris hati. ameen ya rabb.. cepatla Covid pergi..

      Delete
  12. Selamat hari raya Siti. Maaf zahir dan batin juga segala salah silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri Kak Sal.. maaf zahir batin =)

      Delete
  13. Selamat Hari Raya Aidilfitri

    ReplyDelete
  14. selamat hariraya mohon maaf salah silap juga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya maaf zahir batin Mama =)

      Delete
  15. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat siti juga..

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya SYM. Maaf jugak jika ada salah dan silap. Semoga COVID-19 cepat pupus. Aaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri sisturr =)
      maaf zahir batin dan take care yaaa..

      Delete
  18. salam 9 syawal buat ct sekeluarga... maaf zahir dan batin ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syawal kak.. hehe maaf zahir batin..

      Delete
  19. mcm da lambat sgt wish ni.hahaha selamat hari raya kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe okay saja.. raya kan sebulan hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.