ORYN Skincare : Produk Tempatan Berasaskan Vitamin C | SITI.YANG.MENAIP

ORYN Skincare : Produk Tempatan Berasaskan Vitamin C

/
28 Comments
June 15, 2021
Bila dah masuk umur 30an memang antara main concern aku adalah penjagaan kulit. Masa remaja jaga juga tapi tak serious sangat macam sekarang. Cepat sangat alert dengan perubahan kulit especially kulit muka. Mula nampak tanda-tanda penuaan mula nak risau. Lagi-lagi kulit muka aku jenis combination – ada zone kering dan ada zone cepat berminyak. Biarlah orang nak kata muka tak berapa lawa pun itu belakang kira, janji kulit nampak sihat dan sentiasa bersih. Alhamdulillah kulit muka aku bukan sejenis acne prone (sangat senang berjerawat) tapi tak bermaksud tak ada jerawat langsung. Ada masa timbul juga sebiji dua.. Cuma syukur tak pernah mengalami keadaan kulit breakout teruk. Kalau kita tanya dermatologist, apa ingredient terbaik untuk kulit muka – jawapannya adalah Vitamin C. Bukan hanya baik untuk tubuh badan kita, Vitamin C juga adalah agent terbaik untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kita untuk mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.

Aku diperkenalkan dengan produk penjagaan kulit tempatan ORYN Skincare yang menggunakan asas Vitamic C dalam formula produk yang dihasilkan. Masalah utama kulit muka aku adalah masalah liang pori (pores) yang besar di bahagian berhampiran hidung dan masalah blackheads dan whiteheads. Ini memang normal juga dalam kalangan wanita tapi kalua dah tak dibendung memang akan bertambah buruk. Dah lebih tiga minggu aku cuba set penjagaan muka ORYN Skincare yang dikirimkan dan amatlah berpuas hati. Haaa.. Inilah nak dikongsikan dengan korang semua.


Produk dari ORYN Skincare yang aku dapat adalah :

1. ORYN Hydrabright Gentle Cleanser
2. ORYN Hydrabright Moisturizer
3. ORYN Hydrabright Clear Gel (For Acne, Whitehead & Blackhead)

ORYN Hydrabright Gentle Cleanser
Pencuci muka yang kurang buih dan lembut ini adalah sangat bersesuaian untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Bahaya ya guna pencuci muka yang banyak buih dalam jangka masa panjang. Seeloknya kena pilih yang mild dan tak merosakkan kulit. Diformulasikan dengan menggunakan bahan semula jadi khas untuk membantu membersihkan, menyegarkan dan mencerahkan kulit. ORYN Hydrabright Gentle Cleanser adalah sangat mild dan sesuai untuk kulit muka sensitif – tidak membuatkan kulit rasa terlalu tegang dan mencegah kulit daripada menjadi semakin teruk kerana terlalu kering. Jadi, ORYN Hydrabright Gentle Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit.


Bahan-bahan kandungan ORYN Hydrabright Gentle Cleanser :
  • Multi-Action Vitamin C – Membantu mengurangkan kesan-kesan jerawat dan mencerahkan tona kulit nampak lebih cerah dan sekata.
  • Hyaluronic Acid & Panthenol – Membantu melembabkan kulit dan menghalang kulit menjadi terlalu kering.
  • Niacinamide – Membantu mengecilkan size liang pori yang besar, mengurangkan masalah kulit berjerawat dan membantu membaiki kulit rosak.
  • Pentavitin & Sweet Almond Oil – Membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang kulit menjadi terlalu kering.

ORYN Hydrabright Gentle Cleanser adalah produk bebas SLS dan SLES serta Mercury yang sememangnya bahaya untuk kulit kita semua. Setelah lebih tiga minggu aku cuba ORYN Hydrabright Gentle Cleanser ni, aku rasa kulit aku kurang berminyak. Walaupun musim PKP hanya duduk dirumah, kadang-kadang sebab cuaca panas berpeluh juga dan tahu-tahu muka pun sama berminyak. Rasa perbezaan kulit lebih lembab dan tak oily teruk. Texture pula sangatlah lembut memang sedap dok massage muka. Bau pula wangi sebiji bau buah oren. Sambil cuci muka sambil menikmati bau cleanser. Aku pump sikit saja tau tak banyak itu pun dah cukup cover seluruh muka. Harga pula bagi aku mampu milik, RM24.90 (50ml) – selalunya perempuan sanggup nak invest duit extra sikit untuk dapatkan produk penjagaan muka yang berkualiti.

ORYN Hydrabright Moisturizer
ORYN Hydrabright Moisturizer sangat kaya dengan kandungan Multi-Action Vitamic C dari Korea dan gabungan bahan-bahan lain yang mampu membantu kulit kelihatan lebih cerah, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit muka. Penggunaan yang konsisten dapat membantu kulit muka menjadi lebih sihat dan nampak lebih muda.


Bahan-bahan kandungan ORYN Hydrabright Gentle Cleanser :
  • Multi-Action Vitamin C – Sejenis antioxidant yang melindungi kulit dari radikal bebas dan mengurangkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan kesan-kesan hitam dan membantu mencerahkan kulit menjadi lebih sekata.
  • Glutathione & Arbutin – Bahan-bahan yang membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan penghasilan melanin untuk kulit yang lebih cerah.
  • Natural Plants – mengandungi extracts tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti Cantella Asiatica, Aloe Vera dan Chamomile yang membantu mengurangkan iritasi kulit sensitif, mengurangkan kegatalan kulit muka dan membantu mempercepatkan penghasilan sel-sel baru.
  • Niacinamide – Sejenis Vitamin B3 yang membantu menghalang kerosakan hasil daripada sinaran UV dan mengurangkan pigmentation. Juga membantu mengecilkan liang pori pada kulit muka.
  • Hyaluronic Acid & Pentavitin – Berfungsi untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kekeringan kulit.

Aku sepsis yang sangat malas pakai moisturizer. Tahuuu memang moisturizer penting untuk kulit tapi aku tak suka sebab belengas dan melekit. Tadi aku dah bagitahu kulit aku cepat berminyak jadi kalau pakai moisturizer memang mengundang rasa tak selesa. Untuk waktu pagi, aku hanya pakai lapisan nipis saja dan pada waktu malam aku akan pakai extra sikit sebelum tidur. Bau sangat wangi dan selesa bila dipakai. Cepat meresap dan yang penting – tidak melekit. Untuk sebekas 30ml ORYN Hydrabright Moisturizer hanyalah berharga RM44.90.

ORYN Clear Gel (For Acne, Whitehead & Blackhead)
Diformulasikan daripada kandungan Vitamin C terbaik untuk merawat jerawat dan jeragat pada kulit muka. Kandungan bahan-bahan yang ringan dengan level pH yang sesuai untuk semua jenis kulit muka sangat membantu untuk mendapatkan kulit muka yang cantik dan bersih – mengurangkan kesan parut jerawat dan jeragat, membantu untuk mengurangkan tumbuhnya jerawat baru. Hasilnya, kulit akan lebih cantik.


Bahan-bahan kandungan ORYN Clear Gel :
  • Multi-Action Vitamin C – Membantu mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads.
  • Salicylic Acid – Membantu merawat jerawat, blackheads dan whiteheads dan mengurangkan iritasi kemerahan pada kulit muka.
  • Aloe Vera Extract – Memberi kesan yang lembut dan tenang untuk mengawal iritasi kulit yang bermasalah terutamanya yang berjerawat dan gatal.
  • Niacinamide – Membantu mengecilkan liang pori yang besar dan mengurangkan penghasilan sebum yang menggalakkan pertumbuhan jerawat.
  • Zinc Extract – Mengawal penghasilan sebum kulit muka dan mengecilkan size liang pori.

Dalam ketiga-tiga produk yang aku cuba, ORYN Clear Gel is my favourite. Memang sangat best bila apply serum pada muka rasa fresh dan sangat cepat menyerap tak rasa melekit. Dicadangkan untuk apply pada Kawasan yang bermasalah saja tapi aku sapu seluruh muka. Kawasan bermasalah aku adalah di sekitar hidung jadi disitu apply lebih sikit. Walaupun akua da masalah blackheads dan whiteheads, alhamdulillah tak teruk tak mengganggu pun. Sesekali memang aku belek juga hidung nak keluarkan blackheads dan sejak pakai produk ORYN Skincare, aku perasan blackheads di sekitar atas batang hidung semakin kurang. Di kawasa sekitar lubang hidung masih ada – kena apply lagi ni.. Pores kelihatan lebih kecil dari biasa. Memang best sangat rasa..

Kena pakai lebih konsisten jangan culas.. Bagi aku, amatlah penting untuk kulit kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Nak nampak extra cantik pakai make up itu urusan kedua. Yang mana ada masalah kulit sensitif dan selalu breakout, boleh ikhtiar cuba pakai produk ORYN Skincare. Untuk korang yang nak cuba produk penjagaan muka dari ORYN Skincare, boleh cuba jangan takut. Boleh juga korang consult dengan sesiapa yang lebih arif juga untuk dapatkan nasihat tentang kandungan bahan-bahan dalam produk ni sekiranya rasa was-was. It is okay untuk dapatkan pengesahan especially kalau kulit muka korang sangat sensitif dan cepat breakout.

Untuk rujukan lanjut, boleh terus ke :


Facebook : ORYN Skincare

Instagram/Twitter : @orynskincare



You may also like

28 comments:

  1. produk wajah terbaik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara yang ok saya pernah cuba..
      boleh pilih masuk skincare routine..

      Delete
  2. kita pun guna..best,..")

    ReplyDelete
  3. Set skincare yang macam menarik untuk dicuba ni. Detail penerangan Siti. Baguih sangat. Kulit sihat yang paling penting kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. cantik bab kedua nak kena kasi sehat dulu..
      baru nampak otometik akan cantik..

      Delete
  4. Tak pernah dengar pulak pasal ORYN ni. Macam menarik untuk dicuba memandangkan Lya pun dah nak masuk 3 series, kena jaga skin huhu. Thanks for an honest review!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi dah nak masuk 3 series kena extra penjagaan.. mula dari skrng.. samala tak penah dngr before.. tapi dah cuba dan puas hati..

      Delete
  5. Anonymous18 June, 2021

    Kita pun try skincare ni, best kan muka rasa glowy je. Sekarang dah habis pakai dah haha, moisturizer je masih berbaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak yang clear gel tu habis dulu ehe.. suka yang tu..

      Delete
  6. I love the packaging

    ReplyDelete
    Replies
    1. the packaging looks so sleek right..
      cantik kemas ja..

      Delete
  7. Produk tempatan ye.. Baru tahu.. menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. product tempatan..
      saya pun baru tahu bila first cuba..

      Delete
  8. comel ja model tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. adoii.. tidur tak lena laaa model tu..

      Delete
  9. Patut la kulit dia cantik ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahua jauh lagi perjalanan nak kulit cantik tu kak..
      pape pun janji sihat kulit kita tu penting..

      Delete
  10. tak cuba lagi, tapi tengok ingredients dia nampak menarik. Harga pon berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kan harga tu berpatutan dan blh cuba..
      bau wangi.. best..

      Delete
  11. macam best je... label pun cun. makin berseri2 lah cik siti kita lepas ni.

    ReplyDelete
  12. Pernah tengok Oryn ni tak tahu pulak produk tempatan.
    Curlassss... packagingnya

    ReplyDelete
  13. macam okay je produk dia. ingredients semua okay tu.

    ReplyDelete
  14. kalo ada hyaluronic acid, memang confirm hasilnya nanti kulit jadi lembap aje...nicee

    ReplyDelete
  15. Wah local produk pun packaging lawa dah. Ingatkan produk dari luar.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.