Pengalaman Cucuk Vaksin Astra Zeneca Dose Pertama & Simptom Sampingan | SITI.YANG.MENAIP

Pengalaman Cucuk Vaksin Astra Zeneca Dose Pertama & Simptom Sampingan

/
30 Comments
June 03, 2021
Alhamdulillah aku dan MamiZ dah selesai cucuk vaccine first dose few days ago. Baru rasa kuat sikit hari ni selepas tiga hari dicucuk. Dua hari kecundang.. Fuuh boleh tahan juga penangan cucuk vaccine walaupun dose yang pertama. Tapi korang janganlah takut dan risau insyallah semua okay tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Ini adalah salah satu dari ikhtiar untuk kekal sihat dan usaha untuk kembali hidup normal. Macam makan ubat.. cuma ubat kita telan ini kita cucuk. Negara kita dah bersetuju keluarkan fatwa yang berkaitan hasil perbincangan orang-orang yang tinggi ilmu agama dan orang-orang cerdik dari pelbagai bidang - aku yang cetek pengetahuan better duduk diam. Sekarang ni kita tak boleh nak memilih nak itu nak ini - kita nak cepat capai herd immunity tak kiralah dengan vaccine apa pun. Plus, kena syukur kerajaan kasi vaccine free saja untuk kita semua.



Kali ini aku nak kongsikan dengan korang pengalaman cucuk vaksin Astra Zeneca - process dan kesan symptoms sampingan. Panjang sikit aku nak membebel ni.. 

Macam mana aku dapat vaccine Astra Zeneca ni cepat ??
Cepat tu tak cepat sangat juga..

Ingat tak bila Astra Zeneca batch pertama sampai Malaysia dan ramai kecam kerajaan sebab tak mahu Astra Zeneca dimasukkan dalam senarai vaccine under Program Imunisasi Covid19 Negara ?? Kecoh masa tu sebab tiba-tiba timbul beberapa kes darah beku di Europe dan America selepas dicucuk. Pening kepala kerajaan sebab benda dah sampai dah beli sayang kalau buang. KJ pun decided untuk gugurkan Astra Zeneca dari senarai vaccine yang diluluskan sebab rakyat dah bising dan open kepada public yang sukarela untuk menerima vaccine Astra Zeneca dan khas untuk penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Aku tengok MySejahtera tak bergerak pun walaupun dari bulan February aku register jadi aku beranikan diri untuk apply Astra Zeneca. Tinggal pula di kawasan yang memang hari-hari kes tinggi memang risau sentiasa. Membuak-buak rasa nak cepat capai herd immunity.


Inilah yang aku apply pada 2 May 2021 dan esoknya terus dapat confirmation di MySejahtera. Daftar sekali untuk MamiZ aku tak tanya pun nak tak nak.. Daftar dulu fikir kemudian. Sebenarnya aku tak tahu menahu pasal ni dan sehari sebelum pendaftaran ada kawan kongsi jadi aku terus stand by nak mendaftar. Masa ni ramai yang takut kononnya nanti dijadikan lab rats sebab batch pertama kan.. Tapi semua slots tetap sold out !! Wahh.. Ini menunjukkan memang ramai sangat rakyat Malaysia yang mahu menerima vaccine. Dose pertama mula diberikan bermula tempoh 5 May 2021 - 6 June 2021. Aku sengaja pilih tarikh sebulan lambat sebab to be honest, aku takut. Takut tapi mahu.. jadi aku rasa tempoh sebulan tu cukup untuk aku siapkan diri emosi untuk menerima vaccine.

01 June 2021 - Hari nak cucuk vaccine dose pertama.

Slot aku di UKM Bangi pada pukul 12:30PM dan MamiZ pukul 02:00PM hari yang sama. Saja tanya di kaunter pendaftaran boleh tak MamiZ pun cucuk sekali supaya tak perlu tunggu. Alhamdulillah dibenarkan lagipun orang tak ramai. Semua process berjalan lancar dan by 12:41PM aku dan MamiZ berdua dah selesai dicucuk. Keseluruhan process ambil masa plus minus 30 minutes. Banyak kaunter saringan - kaunter nak tekan link, scan dan consultation dengan doctor. Jawab jujur kalau ada sakit jangan selindung. Lagi bagus kalau ada surat doctor dan jenis ubat yang kena makan. Kalau doctor rasa tak lepas untuk dicucuk, memang kita tak dibenarkan cucuk yaaa.. Semua adalah untuk keselamatan dan kesihatan.

Barang penting kena bawa :
  1. Kad pengenalan
  2. Pen
  3. Mobile phone sebab nak guna MySejahtera (make sure battery penuh)
  4. Medical report kalau ada
  5. Senarai ubat yang dimakan
Isi borang dulu.. Dua salinan..

Aku memang tak ambil gambar sangat sebab aku nervous tak sempat fikir benda lain. Di kawasan dalam dewan dibenarkan ambil gambar cuma di ruangan cucuk tak dibenarkan. Tapi ikut budi bicara tukang cucuk, kalau dia bagi ambil gambar silalah ambil sebagai kenangan. Kawan aku dapat doctor sporting gila siap izinkan buat video. Perrgh.. Tapi aku memang tengah pucat lesi seram sejuk jadi tak terlintas nak ambil gambar ke apa. Proses sangat laju tau tau aku dah sampai booth cucuk. Haaa.. Haha.

Sakit ke kena cucuk ?? Ni ramai orang tanya..
Tipu sangat kalau kata tak rasa apa.. Ikut logic mesti rasa ada benda tajam masuk kat tangan kita kan.. Aku tak mahu kata sakitlah cuma nyut nyut sikit yang sangatlah boleh ditahan dan lepas keluar booth cucuk hilang rasa macam tak jadi apa pun. Come on !! Aku yang penakut ni boleh buat.. korang mesti boleh juga. Dah selesai cucuk kita semua kena tunggu sekejap di ruangan pemerhatian. Kalau ada symptoms kita kena tunggu lebih lama kalau tak ada apa-apa, lepas 15 minutes dah boleh balik. Kalau pening dan loya sebaik saja dicucuk sila bagi tahu helpers. Jangan risau.. semua disana sangat membantu. Dah selesai boleh ke booth bergambar. Kalau pergi seorang diri - akan ada helpers yang sedia untuk menolong kita.

Pergi berdua pun helper tolong ambil gambar. Ihiks..

Sebelum keluar kita akan dapat card ni..
Simpan baik-baik nanti second dose kena bawa..

Sebenarnya dah daftar in February tapi macam tak sure betul ke cara daftar sebab tak gerak apa pun.. Jadi aku delete dan register sekali lagi in April. Haaah !! Cerdik.

Ok alhamdulillah selesai dose pertama. Mari kita sembang bab symptoms pula yang semua orang risau sangat kan.. Memang aku faham concern korang sebab aku pun ada perasaan risau takut tertanya-tanya tu.. Lain orang lain tindak balas dan macam mana kita nak tahu, kita kena cucuk dulu. Memang akan ada normal side effects jadi kita sendiri kena pantau keadaan diri sendiri juga.



Seeloknya pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berteman. Lagi-lagi kalau PPV jauh dari rumah. Biar ada teman tolong drive. Ada individu yang dapat symptoms betul-betul lepas kena cucuk ada individu yang ambil masa beberapa jam baru mula nak rasa symptoms. Semua berbeza-beza. Kalau korang jenis yang cepat kena symptoms, takut tak larat nak drive dan bahaya drive dalam keadaan pening dan sebagainya.

Adalah normal untuk demam dan mengalami beberapa symtomps lain lagi. 10 jam selepas dicucuk aku masih kuat dan sikit sakit pun tak terasa. Tidur seperti biasa tapi semua symptoms bermula sebelum Subuh esok harinya. Sekitar pukul 04:00AM aku terjaga rasa bahang yang amat berpeluh-peluh sekejap badan rasa panas sekejap rasa sejuk menggigil. Badan aku lebih kerap panas dari rasa sejuk. Dah sudah !! Tapi jangan panic.. Sebab memang normal ya selepas dicucuk vaccine Astra Zeneca. Aku tengok orang yang cucuk vaccine lain pun ada yang demam juga. Selain demam, rasa sakit di kawasan cucuk dan sakit sendi sakit otot satu badan. Sakit yang bukan sikit yaaa sebab nak tukar posisi tidur pun akan rasa lenguh dan sengal yang amat. Nak merengek rasa gerak sikit pun terasa lenguh. By tengah hari aku rasa demam dah kebah sikit tapi badan masih sakit. Sekarang ni dah lebih 48 jam selepas dicucuk, syukur dah tak demam tapi badan masih rasa sengal sikit lagi. Tapi tak adalah macam hari semalam. Alhamdulillah aku langsung tak pening kepala, tak loya dan tak sakit perut sejak detik dicucuk. Memang ditekankan untuk pantau sekiranya pening, loya dan sakit perut yang berpanjangan melebihi tiga hari dari tempoh dicucuk. Kalau tak kurang kena pergi dapatkan rawatan segera. The best part, aku tetap ada selera makan walaupun demam. Lagi rasa lapar adalah dan craving macam-macam. Mengada sangat time PKP nak itu ini..

Diingatkan sebelum keluar pusat PPV, jangan sapu minyak panas dan jangan urut kawasan cucuk kalau rasa lenguh. Biarkan saja nanti sakit akan hilang sendiri. Kalau rasa burning boleh letak ais batu kasi lega. Selain daripada pesanan tu.. tak ada apa pun. Boleh mandi boleh buat segala jenis aktiviti yang kita nak tak ada halangan. Seeloknya lepas cucuk terus balik rumah dan berehat saja jangan buat aktiviti lasak atau terlebih rajin nak mengemas rumah ke bercucuk tanam ke apa ke.. Duduk diam-diam dan rehat. Aku dan MamiZ memang dah standby Paracetamol dan Cool Fever sebab based on our observation memang majoriti akan demam. Kami continue makan supplement macam biasa dan minum VitaminC Soluble untuk bantu support badan supaya cepat sihat. Memang berehat sajalah makan ubat dan tidur. Insyallah in a day or two dah sihat.

Ini adalah pengalaman aku tau.. 
Mungkin sama dan mungkin tak sama dengan orang lain.

MamiZ pula demam panas, pening, tak ada selera makan dan sakit satu badan juga esok harinya selepas dicucuk. Lambat kebah demam dari aku tapi hari ni dah kembali kuat. Sediakan panadol dan cool fever standby jika diperlukan.

Ada yang tanya aku ambil apa-apa supplement ke sebelum cucuk ??
Aku dan MamiZ memang makan Habbatusauda, Olive Oil dan Pomegranate Oil setiap hari. Other than that, aku makan BComplex dan Calcium Pill ikut kerajinan hahaha.. Jadi bila orang kata tak perlu vaccine hanya makan makanan sunnah dah cukup.. atau sebaliknya aku memang tak setuju. Aku percaya kedua-duanya adalah ikhtiar untuk sembuh. Makanan sunnah memang kita tahu khasiat dan keberkesanan tak perlu dipersoalkan lagi. Tapi ubat hasil kajian sains juga adalah hasil dari ilmu yang Allah SWT ilhamkan buat hamba-hambaNya. Dia kurniakan kita dengan kecerdikan akal fikiran jadi gunakan sebaiknya untuk cari jalan penyelesaian.

Macam mana nak hadap golongan antivax ??
Lantak ke diorang jangan dilayan. Biarkan mereka dengan idealogy mereka lama-lama nanti diamlah. Patutnya kerajaan wajibkan pengambilan vaccine tak perlu bagi muka nak ambil tak nak tak perlu ambil. Buat ikut sectors senang.. Nak pergi kerja ?? Cucuk dulu. Nak pergi melancong ?? Cucuk dulu. Nak pergi mengajar ?? Cucuk dulu. Nak berniaga makanan ?? Cucuk dulu. Nak beli makanan ?? Cucuk dulu. Nak pergi shopping mall ?? Cucuk dulu. Hihihi.. Nampak kejam dan dictator sikitlah tapi baru nampak berkuasa sikit dan tegas. Geram jugalah bila dapat forwarded text macam-macam cerita macam-macam news dan hasutan. Come on.. banyak sangat ke masa korang nak sebar benda entah betul entah tidak ni.. Lagi kesian bila semua messages sampai ke pakcik makcik di kampung sana yang jenis percaya bulat-bulat apa yang orang hantar. Anak pula dikejauhan tak boleh tolong tapi infomation. Oiii geram oiii !! Kalau golongan antivax ni tak mahu vaccine duduk dendiam.. Jangan keluar rumah langsung. Ini nanti bila herd immunity dah berjaya dicapai, diorang keluar rumah dan tak kena apa-apa jangkitan mulalah kata - tak cucuk vaccine kami elok saja. Padahal.. orang-orang yang dah cucuk vaccine tolong protect diorang sama. Geram kan ?? Tapi biarkan saja.. Kita tunggu dan lihat.

Maaflah.. terpenuh emosi pula. Hihihi..

Jadi marilah sama-sama kita sahut seruan kerajaan untuk cepat-cepat membina herd immunity. Normal untuk kita rasa takut nak ambil vaccine sebab benda baru dan tak pernah kita terlintas pun satu hari nanti keadaan negara kita diuji macam ni. Normal untuk kita rasa was was dan tak yakin. Normal untuk kita ada pelbagai keraguan. Tapi kawan-kawan, mencari kesembuhan pun adalah tuntutan agama dan semoga usaha kita ini diberkati olehNya untuk kita semua kembali hidup normal. Mesti dah penat berkurung dalam rumah kan ?? Mesti dah rindu kebebasan dunia luar kan ?? Jadi ayuh !! Sama-sama kita usaha ke arah yang lebih baik. Insyallah aku doakan yang mana belum dapat tarikh akan cepat dapat tarikh dan cepat dapat suntikan vaccine dose pertama.

Sesungguhnya segala kesembuhan dan perlindungan hanya dengan izin Allah SWT.
Kita hanya berusaha dan tawakal.

Dengar cerita Sputnik on the way nak masuk Malaysia.. Betul ke ??
Waaahh.. ada bau Russia lah lepas kena cucuk nanti. Gurau ja.. Jangan serious sangat.

Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya dibawah yaaa..
Aku jawab seadanya yang mana mampu dan tahu.

Take care.


You may also like

30 comments:

  1. Alhamdulillah.. skrg ni dh xleh nk memilih sgt... asalkan kena vaksin je.. kes blom ada tanda nk menurun skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. mana2 vaccine yang available adalah yang terbaik
      untuk kita janji dapat vaccine secepat mungkin..

      Delete
  2. Terima kasih kongsi pengalaman. Memang akak hendak sangat tahu. Memang takut, ingat hendak jadi orang akhir dicucuk. Hehe. Apapun tahniah kerana berjaya lawan ketakutan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham sngt perasaan takut tu sebab benda baru dan kita tak tahu macam mana kesannya pada kita selagi sendiri tak cucuk. insyallah semua akan baik2 saja..

      Delete
  3. Tahniahhh. sy pun takud.. kalau leh.. nak tunggu pas 6 bulan org len amek.. baru sy follow.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya pun decide ambil lewat sikit dari orang lain..
      masih takut walaupun acah2 berani serah diri pi vaccine..

      Delete
  4. ALHAMDULILLAH SELAMAT SEMUA RAMAI YG MASIH TUNGGU GILIRAN TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an yang masih menunggu akan segera dapat vaccine..
      kita nak cepat2 cipta herd immunity.. boleh keluar bebas..

      Delete
  5. Alhamdulillah satu keputusan yang bijak. Yang penting kita dah vaksin. Kalau daftar mysejahtera tak gerak2 tu kena faham, kan kerajaan ada buat fasa demi fasa. Sekarang dah fasa ke 2 untuk warga emas. Yang dewasa fasa ke 3. Stok vaksin lambat dapat tu yang terpaksa ikut fasa demi fasa. Tapi bila kes semakin meningkat orang yang ambil vaksin mesti lebih ramai dah ambil. AZ dan pfizer kuman dia kuat sikit dibandingkan dgn sinovac tapi simptom lepas cucuk tu bergantung lain orang lain siptomnya. Apa pun alhamdulillah ct dan mamiz dah di vaksin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah juga daftar masa AZ buka fasa pertama untuk orang Selangor dan KL.. memang tunggu di MySejahtera tak gerak2 tapi saya faham saya duduk di kawasan yang lebih ramai perlukan vaccine dari saya. itula kan kesan sampingan tu memang kena cucuk dulula baru boleh tahu apa nak jadi.. ada orang tak ada apa ada yang teruk ada yang mild. apa2 pun kita doakan semoga semua okay insyallah..

      Delete
  6. ye betul setiap org lain kesan sampingan nya...
    mcm k ret, mmg alhamdulilah, takde demam cuma hari ke3 baru rs sakit kt tmpat cucuk...
    Dan alhamdulilah masa hari kena cucuk tu dpt doktor yg bagus sbb mmg x rasa pun kena cucuk hehehe mksd k ret x rasa langsung jarum masuk kat lengan kita..

    pape pun mmg hari cucuk tu dipermudahkan, senang n cepat... dpt plak malam, kebetulan x ramai org..smoooth aje proses...
    n buat yg lelain yg blm dapat vaksin, kita doa semoga giliran korang akan smp jua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah bagus tak ada kesan yang teruk.. sakit kat tangan tu memang normal saja kan dulu kat sek kena cucuk pun lenguh2.. hihi.. yang demam dan sakit2 badan tu yang seksa sikit adoiii lenguh yang amat. masa jarum masuk tu rasa juga ada benda macam menjalar dan masa vaccine masuk tu pedih sket alaa hai gitu2 je rasa dia. keluar booth dah hilang rasa macam tak ada apa..

      betul.. memang didoakan yang lain2 supaya cepat dapat vaccine..
      lagi cepat kita dapat cipta herd immunity..

      Delete
  7. Tahniah
    Wak pun tengah tunggu giliran

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah Wak.. semoga cepat2 dapat vaccine =)

      Delete
  8. Akak memang takut jarum, doktor dan perkara yang sewaktu dengannya. Seram la pulak side effect dahla badan kecik, mesti lagi kuat. Huhu. Tapi secara sainsnya, kalau ada benda baru masuk badan,memang ada reaction. If takde lagi kena risau sebab tu tanda tak menjadi. Anyway thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan takut kak.. you can do it !! pegi berteman kalau boleh.. hilang sikit rasa nervous tu. side effect takleh jangka. kawan saya kurus kecik macam akak alhamdulillah tak teruk sngt. dia just badan rasa dedar2 tapi tak demam panas pun. third day dah okay.. kesan2 normal tu memang takleh elak..

      Delete
  9. TAHNIAH DAH BERJAYA DAPAT VAKSIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. semoga yang belum dapat
      cepat2 akan dapat juga hendaknya..

      Delete
  10. hoho, tahniah kak ct dah cucuk, timm baru jer daftar dekat mysejahtera,tak kisah mana2 pun asalkan divaksin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah Timm.. mana2 pun asalkan cepat itula yang terbaik..
      hopefully dalam masa terdekat ni semua akan cepat dapat..

      Delete
  11. Tahniah sebab dah berjaya vaksin. Aku pun tengah dok tunggu giliran bila laaa nak dapat vaksin ni. Nampak gaya nyer geng2 utara lambat lagi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah akan dapat tu dalam masa terdekat.. mungkin kerajaan focus
      lebih pada kawasan2 kes mencanak tinggi dan warga emas dulu..

      Delete
  12. Alhamdulillah tahniah sebab dah berjaya cucuk vaksin dose pertama. Harapnya ada rezeki ksarie nanti untuk vaksin ni nanti. Terima kasih juga share pengalaman dan tips tentang vaksin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah kak dalam masa terdekat tu.. ikut fasa dan berperingkat..
      our government is trying their best. meanwhile jaga diri ya..

      Delete
  13. alhamdulillah da dpt vaccine. sy x register lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayuhh register cepat.. nanti makin
      lambat dapat..

      Delete
  14. Alhamdulillah.. Dah cucuk dah ye Siti..
    Lain orang lain kesan sampingannya kan.. terima kasih atas perkongsian ini..
    Sha masih lagi menanti.. huhuhu..

    ReplyDelete
  15. saya baru register, agak lambat, huhu. tapi seronok baca pengalaman org, dapat ilmu baru

    ReplyDelete
  16. haha masa first registration tu terlambat bangun. Bila nak register dah habis dah AZ ni. Ha'ah masa inject vaksin haritu ada rasa burning pastu tangan lenguh. Nasib baik sehari je sakitnya.

    ReplyDelete
  17. housemate akak hari tu pun demam jugak lepas cucuk AZ..yang sorang lagi Sinovac, tapi takde side effect apa2 sangat, just sakit kat tempat cucuk tu je..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.