Salam Dari Tanah Suci | SITI.YANG.MENAIP

Salam Dari Tanah Suci

/
23 Comments
July 05, 2023

 


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. Kadang-kadang bila rindu scroll juga baca entries kawan-kawan semua. Hobi menaip yang dah lama tak dapat nak dilayan.

Alhamdulillah.. Saya telah selesai menyempurnakan manasik Haji bersama-sama jemaah-jemaah Malaysia yang lain bagi tahun 1444H. Semoga Allah SWT menerima ibadah kami. Pantas masa berlalu terasa macam semalam baru sampai ke Tanah Suci ehhh dah menghitung hari nak balik. Insyallah.. Nanti akan cari masa kongsikan perjalanan dan mungkin sedikit tips dan ibrah dari perjalanan ini.

Saya titipkan juga doa kesejahteraan keafiatan kesihatan buat semua kawan-kawan. Tidak kira sama ada yang kenal secara personal atau juga yang tidak pernah bertemu. Buat semua saya mohon kepadaNya. Semoga kita menjadi orang berjaya dunia akhirat. Ameen.

Okay. I shall stop here.
Menaip lagi nanti ~



You may also like

23 comments:

  1. alhamdulillah... semoga beroleh haji mabrur. doakan segala kebaikan buat kami di sini

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dijemput Allah untuk menunaikan haji.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selesai dah rukun haji ct, emoga dipermudahkan perjalanan ct balik Malaysia nanti,

    ReplyDelete
  4. Doa kan kak nieda ya CT dijemput ke tanah suci lagi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Ya Allah seronoknya muda-muda dah di jemput menunaikan ibadah haji. Doakan akak ye dapat jemputan Haji sebelum akak pencen. Aamiin. Semuga siti baik-baik sahaja di mekah.

    ReplyDelete
  6. 1. Jangan berhenti menaip.. (samalah nasihat utk diri sendiri hahaha..)
    2. Alhamdulillah seronoknya dapat tunaikan ibadah haji.. syukur diberi kesempatan dan rezeki utk tunaikan haji ini :D

    ReplyDelete
  7. Cepat2 update pasal perjalanan haji ni tak ramai yg tulis kisah mereka :D

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah selesai semuanya. Moga beroleh Haji yang mabrur buat semua. Seronoknya dapat menunaikan ibadah Haji. Rindu nak ke sana lagi.

    ReplyDelete
  9. AllahuAkbar, Alhamdulillah. semoga kami sekeluarga pun ada rezeki ke sana juga 1 hari nanti

    ReplyDelete
  10. Tahniah kerana menjadi salah seorang terpilih untuk mengerjakan haji tahun ini.. moga dapat haji yang mabrur..

    ReplyDelete
  11. waalaikumsalam hajjah .. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. wah tahniah hjh siti alhamdulillah terharu terima khabar

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah, tahniah Hajjah.. semoga Kak Sue pun dikurniakan rezeki untuk ke sana satu hari nanti.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dapat pergi ke tanah suci

    ReplyDelete
  15. Moga memperolehi umrah maqbullah...

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah..seronoknya dapat pergi ke tanah suci..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.. seronoknya dapat pergi ke tanah suci Mekah.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah ...dah lama tak singgah di sini. Moga beroleh kesihatan baik untuk kita semua

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah. Mogq dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  20. Sitiiii.. masyaAllah lamanya tak jengah blog siti. Selalu dkt fb je skodeng siti 😂😂😂.. tiba2 td ternampak seseorg di ig yg namanya hampir sama dgn siti, terus ingat kat siti. Cn lagi lamaaaa tak tulis blog, bukat setakat bersawang, dah jadi hutan belantara agaknya blog tu 😂🤣

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah dapat berhaji ke tanah suci, semoga menjadi haji yang mabrur

    ReplyDelete
  22. Jom update blog new beginning for 2024

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.